PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Geran permulaan RM4.9 juta untuk prasekolah swasta

Go down

Geran permulaan RM4.9 juta untuk prasekolah swasta Empty Geran permulaan RM4.9 juta untuk prasekolah swasta

Post  ypeng(U6A/10) Mon Apr 12, 2010 12:19 pm

RAWANG 12 April - Kerajaan memperuntukkan RM4.9 juta pada tahun ini untuk operasi prasekolah swasta di kawasan miskin bandar dan luar bandar dan jumlah peruntukan itu akan ditingkatkan kepada RM5 juta pada tahun akan datang.

Timbalan Perdana Meteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini sebanyak 426 prasekolah swasta yang memulakan operasi pada tahun ini dikenal pasti layak menerima geran daripada peruntukan itu dengan setiap pengusaha mendapat RM10,000 yang diberi secara one-off (sekali sahaja).

"Geran permulaan ini diharap akan membantu pengusaha baru prasekolah membuka lebih banyak prasekolah terutamanya di kawasan-kawasan miskin bandar dan luar bandar yang mana kawasan-kawasan ini tidak dicapai oleh pihak kerajaan,” katanya ketika berucap sebelum menyerahkan geran permulaan prasekolah swasta kepada 30 pengusaha prasekolah di Bandar Sungai Buaya, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, pemberian geran itu diharapkan dapat meningkatkan lagi usaha para pengusaha prasekolah swasta dalam meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah yang disediakan.

"Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti tidak seharusnya diletakkan di atas pihak kerajaan sahaja, strategi seterusnya saya rasakan begitu penting sekali adalah meningkatkan perkongsian pintar kerajaan dan pihak swasta dalam pembangunan pendidikan pada semua peringkat dari prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah,” katanya. - Bernama

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum