PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

RM60 juta untuk pembangunan ICT

Go down

RM60 juta untuk pembangunan ICT Empty RM60 juta untuk pembangunan ICT

Post  ong poh lee U6B Tue Mar 23, 2010 12:14 pm

KOTA BAHARU 23 Mac — Multimedia Development Corporation (MDeC) menyediakan dana berjumlah RM60 juta untuk membantu membangunkan usahawan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh negara, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Halim Ali.

Beliau berkata peruntukan itu diamanahkan oleh Multimedia Super Coridor (MSC) Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat berasaskan ICT dan multimedia bagi merebut peluang untuk bersaing dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi ini.

Tambahnya ketika berucap pada majlis penyerahan sijil Status MSC Malaysia Inkubator kepada ICT Inkubator Sdn Bhd, sebuah jawatankuasa kerja MCS Malaysia peringkat negeri Kelantan telah ditubuhkan pada 11 Mac tahun lepas.

Jawatankuasa ini berperanan merancang serta melaksanakan pelbagai program MSC di negeri ini. - Bernama

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum