PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PM mahu media jadi rakan kongsi

Go down

PM mahu media jadi rakan kongsi Empty PM mahu media jadi rakan kongsi

Post  ypeng(U6A/10) Sat Mar 20, 2010 12:57 pm

KUALA LUMPUR 19 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu media di negara ini menjadi rakan kongsi kerajaan dalam usahanya mentransformasi Malaysia ke arah negara yang lebih makmur dan harmoni.

Perdana Menteri berkata, antara bentuk kerjasama yang boleh diberikan adalah peranan media sebagai pendidik masyarakat terutama berkaitan dengan polisi serta dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Sebagai contoh katanya, keputusan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini yang sepatutnya dilaporkan dari sudut yang positif.

“Media sebenarnya mampu mempengaruhi pemikiran rakyat. Oleh itu dalam melaporkan kenaikan harga gula, media bagi saya harus bersama kerajaan dalam usaha kita mengurangkan penggunaan gula di kalangan rakyat.

“Langkah kerajaan ini juga berkaitan dengan usaha kita menjaga kesihatan rakyat. Ringkasnya apa yang kita lakukan ini telah memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada malam penganugerahan Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC)-NAZA di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Sebanyak enam anugerah diberikan pada malam ini dan salah satu penerimanya ialah Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Mohd. Zaini Hassan.

Dalam pada itu Najib berkata, sebelum harga gula dinaikkan harganya di Malaysia adalah 60 sen lebih murah daripada negara jiran dan sudah tentu kenaikan bahan itu memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Inilah antara tanggungjawab yang harus dipikul oleh media kerana ia memberi faedah bukan sahaja kepada rakyat malah kepada ekonomi negara.

“Sehubungan itu saya kira tidak seharusnya media melaporkan kenaikan harga gula ini dalam perspektif negatif,” ujarnya.

Sementara itu beliau menyifatkan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa tiada kebebasan media di negara ini sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, perkara itu jelas kerana liputan mengenai pihak pembangkang turut disiarkan di media tempatan khususnya media arus perdana selain terdapat banyak berita-berita mengkritik kerajaan.

“Walaupun media arus perdana mempunyai tanggungjawab dalam melaporkan berita-berita mereka pada satu standard yang ditetapkan itu, bukan bermakna mereka tidak mengamalkan kebebasan media,” katanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum