PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah

3 posters

Go down

Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah Empty Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Wed Feb 17, 2010 6:06 pm

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) mahu kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi menambah bilangan hari cuti bersalin para pekerja swasta dari 60 ke 90 hari seiring dengan negara anggota Asean yang lain.

Setiausaha Agung Nube, J Solomon, berkata kebanyakan negara anggota Asean sudah menerima pindaan Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Perlindungan Bersalin yang bukan saja menetapkan tempoh cuti bersalin lebih panjang tetapi juga peruntukan untuk penyusuan ibu dan penjagaan anak.

Singapura memperuntukkan cuti bersalin sebanyak 112 hari manakala Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina menetapkan 90 hari.

Beliau berkata, Kemboja turut mewajibkan syarikat yang mempunyai lebih 100 pekerja wanita untuk menyediakan bilik menyusukan bayi dan pusat penjagaan anak. Kemudahan serupa turut disediakan untuk ibu di Indonesia.

Solomon berkata, Malaysia akan dapat mengikuti tindakan negara anggota Asean yang lain dan menyediakan kemudahan lebih baik bagi kira-kira 5.1 pekerja wanita yang terpaksa membahagikan masa untuk bekerja, dan pada masa yang sama bertanggungjawab untuk menguruskan kesihatan, tumbesaran dan pembangunan anak-anak.

Beliau berkata, Nube akan menyerahkan satu memorandum mengenai isu itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam masa terdekat. - Bernama

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah Empty Re: Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah

Post  yeow_U6A/2010 Thu Feb 18, 2010 3:50 pm

di sini saya ingin menambahkan sedikit berita.
Tambah cuti bersalin tak rugi firma

Pindaan Akta Pekerjaan 1955 bolehkan ibu beri penyusuan secara eksklusif

KUALA LUMPUR: Menambah bilangan cuti bersalin pekerja swasta dari 60 hari kepada 90 hari dilihat tidak menjejaskan mutu dan prestasi kerja kakitangan wanita sebaliknya ia berupaya meningkatkan produktiviti selain menjadi satu motivasi kepada mereka.

Sudah tiba masanya, kerajaan bertindak meminda Akta Pekerjaan 1955 yang diguna pakai sekarang, untuk membolehkan wanita terbabit memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bayi termasuk memberi penyusuan eksklusif, selain memastikan kesihatan ibu benar-benar pulih sebelum memulakan tugas.

Naib Presiden Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO) Faridah Khalid, berkata pihaknya meminta kerajaan menimbang cadangan itu kerana tempoh cuti 60 hari yang diberikan sekarang masih belum mencukupi bukan saja untuk ibu tetapi juga kepada bayi berkenaan.

"Banyak perkara yang perlu difikirkan oleh ibu terbabit selain memberikan tumpuan kepada bayi dengan memberi penyusuan eksklusif untuk tempoh tiga bulan, mereka juga perlu memikirkan soal mendapatkan orang gaji untuk menguruskan bayi berkenaan.

"Jadi, sekiranya mereka diberi cuti bersalin sehingga 90 hari, kehidupan mereka akan menjadi lebih teratur serta memberi ruang secukupnya kepada bayi sekali gus selepas tempoh itu berakhir mereka boleh kembali memulakan kerja dengan tenang dan lebih bersemangat," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mahu kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi menambah bilangan hari cuti bersalin pekerja swasta dari 60 hari ke 90 hari seiring dengan negara anggota Asean yang lain.

Setiausaha Agungnya, J Solomon, berkata kebanyakan negara Asean menerima pindaan Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Perlindungan Bersalin yang bukan saja menetapkan tempoh cuti bersalin lebih panjang tetapi juga peruntukan untuk penyusuan ibu dan penjagaan anak.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Abim, Fadhlina Sidek, berkata penambahan tempoh cuti bersalin tidak akan menjejaskan mutu kerja dan ini sudah dibuktikan oleh beberapa negara Asean yang memberikan tempoh cuti bersalin lebih lama kepada kakitangannya.

"Ibu baru bersalin perlukan rehat secukupnya selepas melalui satu fasa yang agak memenatkan dan mungkin tempoh cuti lebih lama ini juga akan memudahkan mereka menyusukan bayi untuk tempoh yang lebih lama berbanding sekarang hanya dua bulan," katanya.

Ahli Majlis Penasihat Wanita Negara, Dr Rokiah Talib berkata, pihaknya melihat cadangan itu suatu yang positif kepada kaum wanita tetapi pada masa sama apa yang membimbangkan adalah keberkesanan proses pelaksanaannya.

"Polisi ini memang bagus tetapi adakah ia akan sama seperti yang dirancangkan. Itu yang kita bimbangkan sekarang ini. Bagi kita, cadangan ini amat bertepatan dengan keperluan semasa di mana ramai wanita berkerjaya dan pada masa yang sama menjadi seorang ibu.

"Justeru, dia perlu menguruskan masa antara keluarga dan kerjaya sebaik mungkin. Disebabkan masalah ini ramai di kalangan wanita ini terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan rumah tangga dan mungkin sekiranya mereka terus bekerja tanpa rehat yang cukup produktiviti mereka sebagai pekerja akan menurun," katanya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, pihaknya pernah menghantar kertas cadangan kepada kerajaan beberapa tahun lalu berhubung tempoh cuti bersalin 60 hari kepada 90 hari.

"Sehingga kini kita masih belum menerima sebarang maklum balas. Bagaimanapun, kita tidak berputus asa dan berharap tahun ini akan memberikan sesuatu yang positif kepada kakitangan awam.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah Empty Re: Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 18, 2010 6:54 pm

yeow_U6A/2010 wrote:
Pindaan Akta Pekerjaan 1955
Menambah bilangan cuti bersalin pekerja swasta dari 60 hari kepada 90 hari dilihat tidak menjejaskan mutu dan prestasi kerja kakitangan wanita sebaliknya ia berupaya meningkatkan produktiviti selain menjadi satu motivasi kepada mereka.
Sudah tiba masanya, kerajaan bertindak meminda Akta Pekerjaan 1955 yang diguna pakai sekarang, untuk membolehkan wanita terbabit memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bayi termasuk memberi penyusuan eksklusif, selain memastikan kesihatan ibu benar-benar pulih sebelum memulakan tugas.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebaikan yang ditunjukkan memang akan direalisasikan sekiranya cadangan penambahan cuti hari cuti bersalin para pekerja swasta dari 60 ke 90 hari berjaya dilaksanakan. Ibu boleh menyelesaikan isu penjagaan kehidupan harian bayi dan memberi tumpuan ke atas kerja selepas cuti mereka. Dengan ini, kehidupan mereka akan menjadi lebih teratur.

Namun, pernahkah kamu fikirkan bahawa penambahan cuti bersalin juga akan memberi kesan negatif kepada struktur syarikat yang lebih kecil. Cuba kamu bayangkan apakah yang akan berlaku bagi sebuah syarikat yang kecil lagi tidak mencukupi pekerja....? Syarikat tersebut tidak dapat memprosess dengan teratur. Sehubungan itu, ini akan menjejas produktiviti dan imej syarikat tersebut. Itulah masalah yang akan terbangkit!

Pada pendapat saya, cadangan ini hanya boleh dilaksanakan bagi struktur syarikat yang besar atau syarikat yang maju. Disebabkan mereka mempunyai pekerja yang mencukupi, oleh itu, jikalau kurang satu pekerja pun tidak akan memberi kesan kepada syarikat tersebut. Namun, cadangan ini agak susah untuk dilaksanakan bagi syarikat yang kecil....

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah Empty Re: Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah

Post  yeow_U6A/2010 Sun Feb 21, 2010 5:36 pm

leeyoong_U6B wrote:

Saya setuju dengan pandangan saudari berkenaan dengan cadangan memanjangkan hari cuti bersalin hanya sesuai dengan sesetengah syarikat. Tetapi, jika sebagai seorang ibu yang sepatutnya mendapat hari cuti yang patut tetapi diketepikan, apakah yang akan terjadi ? Tentulah Si Ibu ini akan berfikir keluarga lebih penting dan seterusnya mungkin meletak jawatan.

Pernahkah saudari berfikir sampai tahap ini, jika Si Ibu ini meletak jawatan dan menjaga anak dia, ini akan mengurangkan kadar pengangguran untuk tahun yang seterusnya.
Manakala jika hari cutinya dapat dipertimbangkan, maka penurunan kadar pengangguaran akan terjadi dalam tempoh masa yang pendek.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah Empty Re: Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah

Post  leeyoong_U6B Thu Feb 25, 2010 7:52 pm

yeow_U6A/2010 wrote:Tetapi, jika sebagai seorang ibu yang sepatutnya mendapat hari cuti yang patut tetapi diketepikan, apakah yang akan terjadi ? Tentulah Si Ibu ini akan berfikir keluarga lebih penting dan seterusnya mungkin meletak jawatan.

Saya tidak setuju dengan pandangan saudara ini.. Kegawatan ekonomi yang berlaku telah membebankan kehidupan masyarakat. Saya pasti saudara sering dengar orang ramai berkata, "Wang tidak mencukupi bagi kehidupan..." "Money is not enough for living... "
Dalam keadaan ekonomi yang melesat, bukan sahaja pendapatan dan bonus pekerja akan dikurangkan, terdapat juga sesetengah majikan memecat pekerja bagi menjimatkan kos syarikat. Selain itu, berlakunya inflasi yang telah membawa kepada peningkatan harga barangan. Dalam situasi yang tertekan sebegini, tiada sesiapa yang sanggup meletakkan jawatan. Jika anda meletakkan jawatan, terdapat ramai orang yang menunggu untuk mengambil alih kerja anda. Sekiranya kehilangan kerja, lagilah susah untuk menyara anak dan keluarga. Secara tidak langsing, tekanan ini akan menetapkan hati ibu untuk bekerja lebih tekun dan lebih gigih melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Walaupun susah sedikit, namun ini memuaskan ibu-ibu kerana jawatan yang dipegang masih dapat diperkekalkan. Seperti yang kita tahui, pada masa kini, yang paling penting sekali adalah mengekalkan sumber pendapatan dahulu.

yeow_U6A/2010 wrote:Pernahkah saudari berfikir sampai tahap ini, jika Si Ibu ini meletak jawatan dan menjaga anak dia, ini akan mengurangkan kadar pengangguran untuk tahun yang seterusnya.
Manakala jika hari cutinya dapat dipertimbangkan, maka penurunan kadar pengangguaran akan terjadi dalam tempoh masa yang pendek.

Saya tidak berapa faham apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh saudara..... Ini mengurangkan kadar pengganguran? dan menambahkan kadar penggangguran lagi pada tahun seterusnya? Bolehkah saudara terangkan dengan lebih lanjut?

confused

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah Empty Re: Nube mahu bilangan cuti bersalin ditambah

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum