Tidak guna cuti awal jika pemandu degil - PM

View previous topic View next topic Go down

Tidak guna cuti awal jika pemandu degil - PM

Post  WAN SEN (U6A) on Sat Sep 19, 2009 6:14 pm

Tidak guna cuti awal jika pemandu degil - PM
PUTRAJAYA 18 Sept. - Langkah kerajaan memberi cuti persekolahan awal bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri tidak membawa makna jika pemandu masih liat mematuhi undang-undang jalan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mereka sepatutnya memanfaatkan keputusan kerajaan memberikan cuti khas hari ini bertujuan mengelak kesesakan jalan raya sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.

"Kerajaan selalu beri nasihat, cuma mereka (pengguna jalan raya) yang tidak mendengar nasihat.

"Kalau mereka dengar nasihat, tidaklah berlaku banyak kemalangan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Permata Negara di sini hari ini.

Kelmarin, Kabinet bersetuju memberi cuti khas kepada semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran pada hari ini sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut Ahad atau Isnin ini.

"Kita ambil kira semua perkara dan kita ada bermacam-macam program, tapi yang degil masih degil," katanya.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Tidak guna cuti awal jika pemandu degil - PM

Post  HanXin (U6A/10) on Wed Sep 23, 2009 2:39 pm

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. kebanyakan kes kemalangan jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Sleep Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

HanXin (U6A/10)

Posts : 19
Join date : 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum