PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TPM mahu MFA promosi kempen penjagaan kesihatan

Go down

TPM mahu MFA promosi kempen penjagaan kesihatan Empty TPM mahu MFA promosi kempen penjagaan kesihatan

Post  ong poh lee U6B Sat Apr 24, 2010 10:04 am

KUALA LUMPUR 24 April – Timbalan Perdana Menteri mahu Persatuan Fosioterapi Malaysia (MFA) bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi mempromosikan kempen kesedaran penjagaan kesihatan di sekolah seluruh negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penglibatan secara langsung MFA merupakan satu platform berkesan untuk mendidik pelajar pada peringkat akar umbi termasuk ibu bapa bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, skop lain yang boleh disumbangkan oleh pengamal fisioterapi adalah mengadakan kempen imbasan kesihatan otot dan tulang penduduk negara ini, bukan hanya terhad kepada mereka yang sakit tetapi turut meliputi individu yang sihat.

"Sebagaimana kita sedia maklum, kelemahan dan kesakitan anggota badan akan mula dirasai apabila mencapai usia 40 tahun.

"Seorang anggota fisioterapi yang berpengalaman dan bagus akandapat mengenalpasti simptom ini dan mampu mengatasinya lebih awal apabila ujian itu dapat dibuat lebih awal," katanya semasa melancarkan Persidangan Kebangsaan MFA ke-47 di sini hari ini. - Utusan

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum