PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kempen tak tonton TV

+14
S.Teng(U6A/2010)
xiaowen_U6B
keat sin (U6A)
lisee(U6A)
yeow_U6A/2010
Ong SQ (U6B/2010)
ZiAmUn(U6A/'10)
leeyoong_U6B
YeeYew™ [SonG][U6B]
yeeleng(L6A)
ong poh lee U6B
kuanchin91
PnLeela
WAN SEN (U6A)
18 posters

Go down

Kempen tak tonton TV Empty Kempen tak tonton TV

Post  WAN SEN (U6A) Sat Apr 17, 2010 7:30 am

Fomca sasar generasi muda

PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mengadakan kempen 'Minggu Tidak Menonton Televisyen' di seluruh negara dengan menyasarkan golongan muda, pada 21 hingga 27 April ini.

Penyelaras Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) Fomca, Datuk Paul Selva Raj, berkata usaha itu dilakukan berikutan kajian mendapati, kanak-kanak menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari menonton televisyen, sekali gus membawa kepada gaya hidup tidak sihat

“Dalam kajian pada 2005 membabitkan penggunaan peralatan berskrin termasuk televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati aktiviti masa lapang golongan muda ialah 87 peratus melayari internet, 73 peratus menonton televisyen, 42 peratus bermain permainan video dan 36 peratus menulis blog.

“Keseluruhannya, kesan negatif rentetan daripada masalah ini membawa kepada peningkatan masalah kegemukan, berat berlebihan serta diabetes yang membahayakan kesihatan jika tiada perancangan melakukan aktiviti lain bagi menggantikan masa menonton televisyen,” katanya di sini, semalam.

Semua pihak diminta mengurangkan penggunaan peralatan berskrin sebaliknya lebih banyak melakukan aktiviti aktif sebagai tanda menyokong kempen itu.

Risalah Minggu Tidak Menonton Televisyen diedarkan di Lembah Klang dan bandar utama manakala, pada hari terakhir kempen Fomca mengadakan sesi berkongsi pengalaman aktiviti apabila tidak menonton televisyen.
Sehingga kini katanya, sebanyak 5 tadika di seluruh negara menyatakan kesediaan mengambil bahagian dalam kempen ini.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Apakah pendangan anda?

Post  PnLeela Sun Apr 18, 2010 12:53 pm

Kelas tolong beri respon anda tentang pelancaran kempen ini

1. Adakah kempen ini sesuai untuk generasi muda pada zaman ini?

2. Berikan satu kebaikan dan satu keburukan kempen ini

Jawapan perlu di hantar sebelum 20 April 2010.
Jawapan terbaik dari segi isi kandungan dan kematangan fikiran akan di beri hadiah Smile

Selamat mencuba

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  kuanchin91 Sun Apr 18, 2010 5:26 pm

tidak

Kebaikan: pelajar dapat lebih meluangkan masa dalam bidang pelajaran
keburukan:pelajar mungkin menyalahgunakan masa dalam bidang lain seperti permainan komputer.

kepentingan:pelajar hendaklah mempelajari cara mengawal diri sendiri~
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  ong poh lee U6B Mon Apr 19, 2010 11:50 am

1.tidak

2. kebaikan : pelajar dapat meluangkan masa dalam mata pelajaran mereka serta mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

keburukan: pelajar mungkin meluangkan masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak selepas sesi persekolahan.

ong poh lee U6B

Posts : 79
Join date : 2009-09-10

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  yeeleng(L6A) Mon Apr 19, 2010 1:49 pm

tidak

KEBAIKAN
Dengan pelaksanaan kempen ini , golongan muda dapat menggantikan masa menoton televisyen kepada masa untuk pembelajaran.Apabila mereka menggunakan masa itu untuk kegunaan pembelajaran , mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan mengulang kaji.

KEBURUKAN
Golongan muda tidak dapat melepaskan tekanan. Sesetengah golongan muda akan menggunakan masa menonton televisyen untuk melepaskan tekanan kerana program-program tertentu dapat menghiburkan mereka dan hiburan ini dapat melepaskan tekanan seseorang.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Mon Apr 19, 2010 3:27 pm

Kempen ini TIDAK sesuai dengan remaja zaman kini.

Kebaikan Kempen :
Masa dapat digunakan untuk :
1. Sukan/ Kokurikulum
2. Pembelajaran
3. Aktiviti Riadah bersama keluarga

Keburukan :
1. Tiada perkembangan dari segi General Knowledge.
2. Tidak dapat melepaskan stress/tekanan
3. disebabkan berkurang satu aktiviti harian, kemungkinan remaja akan terjerumus dalam kegiatan tidak sihat, e.g. Mat Rempit, Dadah, Rokok, misc.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  leeyoong_U6B Mon Apr 19, 2010 5:08 pm

1) Pada pendapat saya, kempen ini tidak berapa sesuai bagi generasi baru... Televisyen merupakan salah satu hiburan yang tidak boleh dikecualikan bagi generasi baru. Ia amat penting bagi generasi baru untuk mengurangkan stress,bebanan dan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan harian. Oleh itu, kempen ini agak susah untuk dlaksanakan di kalangan generasi baru secara effektif. keberkesanan kempen ini agak rendah..

2)
KEBAIKAN
Namun, memang tidak dinafikan bahawa kempen ini membolehkan generasi baru mempunyai lebih banyak masa. Mereka bukan sahaja boleh menggunakan masa ini untuk mengulang kaji bahkan juga mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan kerja rumah.. Selain itu, mereka juga boleh meluangkan sedikit masa dalam bidang sukan. Dengan sentiasa bersenam, badan barulah akan cergas, minda barulah akan cerdas. Secara tidak langsung, ini dapat menghindarkan penyakit yang tidak diingini seperti diabetes.
KEBURUKAN
Generasi baru akan kehilangan media untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Sebagai tanda menyokong kempen ini, mereka dikehendaki mengurangkan penggunaan peralatan berskrin sebaliknya lebih banyak melakukan aktiviti aktif. Mereka tidak boleh melepaskan tekanan seperti biasa. Mereka tidak boleh menonton televisyen, tidak boleh melayari internet, tidak boleh memain permainan komputer... Sehubungan itu, mereka akan menghidap penyakit melankolia ...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Mon Apr 19, 2010 6:22 pm

1.)
-Tidak sesuai untuk pelajar yang berumur 15 tahun ke atas. Kebanyakan pelajar ini mula matang, mereka mempunyai pemikiran yang tersendiri, mengetahui apa yang perlu dibuat, penting dan tahu mengaturkan masa untuk mengulangkaji. Kempen ini tidak begitu berkesan kerana mereka akan berasa bosan Sleep dan akan bersembang atau menjalankan kegiatan yang lain. Apa yang disampaikan dalam kempen itu tidak akan didengarkan.

-Sesuai untuk pelajar yang berumur 15 tahun ke bawah. Ini kerana mereka matang lagi dan suka bermain Basketball . Mereka amat memerlukan bimbingan dari ibubapa, guru-guru dan pihak yang lain.

2.)
KEBAIKAN Very Happy
-Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjalankan aktiviti yang lebih bermanfaat/ berfaedah bersama keluarga seperti berkelah, bersenam, bersiar-siar bersama-sama keluarga. Selain merapatkan hubungan keluarga, amalan kesihatan yang baik juga diamalkan. Secara tidak langsungnya, kesan negatif seperti masalah obesiti, hipertensi dan diabetes (kencing manis) dapat diatasi.

- Penggunaan peralatan berskrin seperti TV pula akan membantutkan perkembangan prestasi akademik pelajar. TV mampu membunuh IQ, membekukan otak, menyekat kreativiti, menghalang daripada berfikir secara mendalam serta jelas, mengeluarkan idea dan mengganggu tidur. Kebanyakan masa akan dihabiskan di depan televisyen dan menyebabkan kesukaran kanak-kanak untuk belajar, memberikan tumpuan yang berterusan dan mengambil keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.


KEBURUKAN Twisted Evil
-Ini akan menyekatkan masyarakat daripada memperoleh maklumat, berita terbaru dan pengetahuan. Penggunaan peralatan berskrin seperti menggunakan komputer untuk melayari Internet dapat membantu kita mencari maklumat yang lebih luas dan berguna.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon Apr 19, 2010 6:34 pm

1) kurang berkesan tetapi saya berasa kempen kurangkan masa tonton TV lebih efektif daripada kempen tak tonton TV.

2) kebaikan : -mempunyai masa untuk berinteraksi dengan keluarga dan melakukan aktiviti senaman
-mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan mempunyai badan yang cergas
-lebih tertumpu dalam pelajaran
- boleh melakukan perkara yang berfaedah

Keburukan : - hilang salah satu aktiviti hiburan
- boleh mengakibatkan gangguan atau tekanan emosi
- mungkin akan terlibat dalam masalah sosial
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  yeow_U6A/2010 Mon Apr 19, 2010 7:05 pm

1)Pada pendapat saya, kempen ini TIDAK sesuai untuk generasi muda. Ini disebabkan generasi sekarang kurang mendengar nasihat orang lain terutamanya nasihat yang baik.

2)KEBAIKAN
Dengan melaksanakan kempen ini ibu bapa dapat mengurangkan kos bil elektrik. Pada masa yang sama, tindakan ini mesra alam. Dengan mengadakan kempen ini, karbon dioksida yang dikeluarkan oleh TV juga akan dikurangkan.

KEBURUKAN
Pelaksanaan kempen ini juga akan mendatangkan keburukan iaitu generasi muda akan mengubah minat mereka kepada aktiviti mengguna komputer. Demi mengisi masa lapang, mereka akan menuju ke pusat komputer. Keadaan ini akan mewujudkan kalangan pelajar yang melepak.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  lisee(U6A) Tue Apr 20, 2010 11:52 am

Saya rasa kurang berkesan.Ini disebabkan kebanyakan fikiran generasi muda adalah cukup matang.Walaupun mereka jelas tentang keburukan menonton tv,mereka tiada keinginan untuk mengubah tabiat tersebut.

Kebaikan
Kempen ini boleh biarkan generasi muda dan juga golongan lain jelas tentang kesan-kesan buruk yang akan dibawa oleh tabiat menonton tv seperti obesiti.Mereka boleh menggunakan masa menonton tv untuk melakukan aktiviti lain seperti membaca,berjoging,membuat kerja rumah dan lain-lain lagi.Sesetengah generasi muda suka menonton program tv atau melayari web yang berunsur negatif seperti pornografi dan keganasan.Dengan mengadakan kempen ini,masalah sosial dan kes jenayah yang dibawa oleh program tv dan internet dapat dikurangkan.Contoh kes jenayah adalah seperti kes rogol dan pembunuhan.

Keburukan
Untuk pengetahuan umum,tv dan internet juga memainkan peranan sebagai media massa.Pelbagai pengetahuan dan informasi boleh didapati dalam masa menonton tv dan melayari internet.Pada era teknologi ini,semakin ramai orang suka membaca berita terkini dari tv dan internet supaya menjimatkan masa dan kos yang digunakan untuk membeli suratkhabar.Selain itu,tv mempunyai banyak program yang menarik.Skrin yang berwarna dan berbentuk animasi juga dapat menarik penonton.Sebaliknya,bahan bacaan seperti buku dan suratkhabar adalah lebih bosan sekiranya berbanding dengan tv dan internet.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  keat sin (U6A) Tue Apr 20, 2010 12:44 pm

1. Tidak. Hal ini disebabkan mereka telah biasa dengan menonton televisyen setiap hari demi memperolehi hiburan serta informasi terkini.

2. Kebaikan:
- Dapat menjimatkan elektrik serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida daripada TV yang mampu memberi impak negatif terhadap bumi seperti berlakunya pemanasan global.

Keburukan:
- Pelajar tidak memperolehi hiburan daripada TV lalu mudah terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak dan kerap mengunjungi pusat-pusat permainan video/kafe siber sebagai hiburan.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  xiaowen_U6B Tue Apr 20, 2010 3:56 pm

kempen ini kurang sesuai untuk generasi muda pada zaman ini .

1.Kebaikan: Masa yang digunakan untuk menonton televisyen boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih bermakna, contohnya mengulang kaji pelajaran, melakukan senaman, menolong ibu melakukan kerja rumah dan melakukan aktiviti kebajikan di mana-mana tempat. Kedua, penonton juga akan dipengaruhi oleh iklan-iklan yang dipaparkan dan membazirkan wang untuk pembelian yang tidak diperlukan. Ketiga, terdapat juga maklumat yang salah yang akan memburukkan akhlak penonton dan seterusnya meningkatkan kes jenayah.

2. Keburukan: Sebenarnya melalui media massa ini, penonton dapat memperolehi pelbagai maklumat yang berguna dan secara langsungnya meluaskan ilmu pengetahuan. Selain itu, penonton juga dapat mendapat perkembangan yang terkini dari segi politik, ekonomi, dan sosial di dalam dan luar negara.Segala maklumat di dalam dan luar negara, kita perolehi dalam masa yang singkat. Di samping itu, televisyen merupakan alat hiburan yang sangat penting untuk merehatkan minda kita selepas keletihan sepanjang hari.Seterusnya, menonton televisyen dapat mengeratkan hubungan antara keluarga kerana ahli keluarga akan mengeluarkan pendapat masing-masing tentang sesuatu isu.

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Apr 20, 2010 5:02 pm

Pada pendapat saya, kempen ini masih tidak sesuai untuk generasi muda kini. Kerana ia memerlukan lebih banyak masa untuk diterima dan dilaksanakan oleh generasi muda.

Kebaikan :
1. iklan-iklan yang berunsur negatif akan mempengaruhi remaja berfikiran negatif. Dengan ada kempen ini, dapat mengurangkan jenayah, vandelism, samseng dan lain-lain aktiviti yang tidak berfaedah sekiranya remaja berjaya melibatkan diri dalam kempen ini dengan sepenuh hati.

Keburukan :
2. akan tetapi, terdapat juga keburukan seperti remaja tidak dapat maklumat yang terkini, ilmu pengetahuan yang terhad, lebih cenderung mengguna komputer dan internet dan lain-lain.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  You Lee Shuen Tue Apr 20, 2010 6:27 pm

1) Saya berpendapat bahawa kempen ini tidak sesuai untuk kebanyakan remaja hari ini kerana menonton televisyen merupakan salah satu hiburan remaja untuk menhilangkan tekanan. Selain itu, ia juga salah satu saluran yang membolehkan remaja mendapat infomasi terbaru.

Kebaikan
-dapat membetulkan gaya hidup remaja yang tidak sihat.
-Ada sesetengah remaja yang tidak kira pagi atau malam, boleh menonton televisyen hinnga larut malam dan tidak mempunyai tidur yang mencukupi. Akibatnya menghancurkan kesihatan remaja.
-Dengan perlancaran kempen ini, remaja terpaksa membuang kebiasaan yang tidak sihat ini dan membetulkannya.

Keburukan
seperti yang disebutkan, menonton televisyen dapat menghilangkan stres yang ditimbuni daripada hidup seharian seseorang.Selain itu, ia juga merupakan salah satu saluran untuk mendapat informasi terkini selain daripada internet. Ini merupakan salah satu cara yang memudahkan merka yang ingin mendapat indormasi terkini tetapi tidak mempunyai akses kepada internet.
bom
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  satoshiash(L6A) Tue Apr 20, 2010 6:29 pm

Tidak

kebaikan: Ia boleh menggunakan masa yang tidak menonton tv untuk membuat kerja-kerja lain, seperti membuat kerja rumah dan membuat ulangkaji.

Keburukan: Menonton tv boleh mendapat pengetahuan secara tidak langsung kerana program-program tv seperti dokumentasi atau berita boleh memberikan pengetahuan kepada penonton.

satoshiash(L6A)

Posts : 6
Join date : 2009-09-20

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Wed Apr 21, 2010 5:57 pm

sesuai.

kebaikan:
-remaja akan mempunyai lebih banyak masa lapang untuk mengulangkaji atau menyiapkan kerja rumah mereka.
-Selain itu,remaja juga boleh melangkah keluar dari rumah untuk mengadakan "outdoor activities". aktiviti tersebut membolehkan remaja mendapat udara yang segar.

keburukan:
-mereka akan kehilangan media untuk mendapatkan informasi.Ini adalah sebab dengan menonton televisyen,banyak pengetahuan am dan informasi terkini akan diketahui.
-interaksi antara ahli keluarga akan mengurang. Sebenarnya,menonton televisyen bersama seisi keluarga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga kerana pendapatan setiap ahli keluarga akan disuarakan dan perbincangan akan dijalankan.
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  PnLeela Thu Apr 22, 2010 5:30 pm

cheers syabas diucapakan kepada semua pelajar yang memberi ulasan dan pandangan jitu dan padat tentang tajuk di atas. Saya akan paparkan respon yang terbaik dari segi huraian dan kematangan fikiran serta tatabahasa.
teruskan usaha anda.
A untuk mata pelajaran pengajian am di tangan anda sunny

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty A untuk mata pelajaran pengajian am di tangan anda

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Sat Apr 24, 2010 10:21 am

betul boleh dapat A kah?xp
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sun Apr 25, 2010 5:36 pm

wa.... A sudah dapat.... ok lah, tak mahu belajar PA lagi.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  ong yee wee L6B Mon Apr 26, 2010 11:38 am

Pada pendapat saya, kempen ini tidak sesuai untuk generasi muda kini.Ini adalah kerana televisyen merupakan satu alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara.

Kebaikan: Alat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat.

Keburukan: Hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini berlaku apabila ketika kanak-kanak tersebut menyiapkan kerja sekolah, TV dibiarkan terpasang, oleh yang demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu.

ong yee wee L6B

Posts : 10
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Kempen tak tonton TV Empty Re: Kempen tak tonton TV

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum