PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kempen kurang makan gula

Go down

Kempen kurang makan gula Empty Kempen kurang makan gula

Post  leeyoong_U6B Fri Feb 19, 2010 9:05 pm

SIPITANG 18 Feb. - Gula merupakan bahan tambahan yang mampu menjadikan makanan dan minuman amat menyelerakan.

Bagaimanapun, jika diambil berlebihan ia boleh menjadi 'racun' merosakkan tubuh manusia secara perlahan-lahan.

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan seseorang itu menghidap pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, tulang rapuh dan kanser.

Selain itu, Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati orang yang meminum minuman bergas dan minuman berasaskan sirap dua kali sehari atau lebih, menanggung risiko 90 peratus lebih tinggi dijangkiti kanser pankreas dan kulit berbanding mereka yang tidak meminumnya.

Apa yang pasti, pengambilan gula berlebihan nyata mengundang kemudaratan.

Oleh itu, atas kesedaran ini, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula di seluruh negara.

Di Sabah, kempen itu bermula selepas pelancaran oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri memberitahu, kadar penggunaan gula oleh rakyat negara ini masih tinggi sehinggakan ia terpaksa menjadi barang kawalan oleh kerajaan.

Katanya, secara purata rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula sehari, iaitu tiga kali ganda berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 10 sudu teh gula sahaja.

Ini termasuklah gula yang terdapat dalam makanan harian iaitu beras, roti, jus minuman dan susu.

''Pada tahun lepas, penjualan gula untuk keperluan domestik negara mencecah 803,318 tan metrik setahun. Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kelapan tertinggi di dunia dalam senarai penggunaan gula," katanya.

Sehubungan itu, beliau menambah, kempen berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai akibat penggunaan gula secara berlebihan dalam diet seharian kepada kesihatan.

Ismail Sabri berkata, menerusi kempen itu diharap orang ramai dapat mengurangkan pengambilan gula dalam menu harian mereka dan mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Menurut beliau, pemakanan gula akan mengganggu keseimbangan fungsi tubuh kerana asid berlebihan dalam badan.

Katanya, tidak dinafikan pengambilan gula di kalangan orang muda menyebabkan kadar obesiti golongan remaja meningkat selain kerosakan gigi terutama bagi kanak-kanak.

''Sebagai menteri yang menjaga pengguna, kita mahu nasihatkan pengguna supaya tidak beli 'penyakit' (dengan mengambil gula berlebihan," ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa soal penjagaan tidak sepatutnya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan semata-mata, tetapi perlu disokong oleh semua pihak termasuk pengguna.

Mengikut laporan Persatuan Diabetes Malaysia, bilangan pesakit diabetes di Malaysia kini mencecah 1.2 juta orang dan meningkat setiap tahun.

Sementara itu, Laporan WHO pula menjangkakan jumlah pesakit diabetes di negara ini akan bertambah 2.5 juta menjelang 2030.

''Di Sabah, pesakit diabetes mencatatkan jumlah yang paling rendah iaitu 4.9 peratus berbanding 14.9 peratus bagi seluruh negara," katanya.


(DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE)

*** Ayat-ayat yang "bold" merupakan kesan pengambilan gula berlebihan
*** Ayat-ayat yang "italic" dan berwarna colour ini merupkan matlamat kempen ini diadakan

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Kempen kurang makan gula Empty Re: Kempen kurang makan gula

Post  leeyoong_U6B Fri Feb 19, 2010 9:13 pm

Seperti yang kita tahui, pengurangan pengambilan gula bukanlah satu perkara yang mudah. Ini agak susah bagi orang ramai untuk menukar selera yang sudah sebati dengan pelbagai makanan berasaskan gula. Semoga melalui dengan kempen ini, semua masyarakat akan mengambil perhatian tentang cara pemakanan yang terbaik dengan mengurangkan pengambilan gula demi kebaikan dan kesihatan. Amalan pemakanan dan gaya hidup sihat memang perlu diterapkan di kalangan masyarakat negara ini bagi membendung pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, tulang rapuh dan kanser... Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menghindari semua penyakit ini... Cool

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum