PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Najib mahu masyarakat Cina jadi rakan penting usaha transfor

Go down

Najib mahu masyarakat Cina jadi rakan penting usaha transfor Empty Najib mahu masyarakat Cina jadi rakan penting usaha transfor

Post  Kar Yung (U6A/2010) Tue Feb 23, 2010 6:06 pm

SIBU: Datuk Seri Najib Razak mahu masyarakat Cina, terutama di Sarawak, menjadi rakan penting di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) bagi membantu usaha dalam transformasi ekonomi menerusi kemahiran keusahawanan yang dimiliki mereka.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu menggabungkan kekuatan setiap masyarakat dan kerana terdapat ramai usahawan di Sarawak, termasuk Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group yang berpangkalan di Sibu, yang telah berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya ingin menyatakan mengenai kepentingan kita bekerjasama sebagai 1Malaysia sama seperti perbandingan Yee Sang yang mempunyai pelbagai ramuan tetapi rasanya sedap apabila dicampur," katanya semasa menghadiri majlis makan tengah hari sempena Tahun Baru Cina bersama masyarakat Cina di sini.

Najib berkata, beliau yakin masyarakat Cina tempatan akan memahami aspirasi kerajaan BN yang membenarkan setiap orang menggunakan kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan.

Sebelum itu, Najib melakukan tinjauan mesra di Pasar Besar Sibu yang terletak di tebing Sungai Rajang dan menerima sambutan hebat. Najib juga tertarik dengan perancangan teliti di pusat bandar itu.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan memperuntukkan RM150 juta bagi menaik taraf lapangan terbang Sibu seperti yang pernah dijanjikannya kepada penduduk Sibu.

Katanya, kerja projek yang bakal menjadi mercu tanda ikon bagi Sibu itu dijangka dimulakan secepat mungkin.

Sibu adalah tempat persinggahan terakhir Najib dalam lawatan dua hari ke Sarawak.

"Saya berjanji kepada rakyat Sarawak bahawa saya mahu membuat perubahan dan semasa dua hari lalu saya telah melawat banyak tempat, bersalam dengan begitu ramai orang dalam tempoh singkat tetapi saya telah mendapat kepuasan yang sebenarnya," katanya.

Katanya, apa yang menyentuh hatinya ialah dengan memberikan bantuan kewangan daripada Yayasan 1Malaysia kepada seorang kanak-kanak dari sebuah rumah panjang di Nanga Tada, Kanowit dekat sini.

"Untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan, anda perlu merasai nadi rakyat dan negara," katanya.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum