PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Masyarakat Cina minat sertai SPRM

4 posters

Go down

Masyarakat Cina minat sertai SPRM Empty Masyarakat Cina minat sertai SPRM

Post  HsianMin (U6B/2010) Mon May 10, 2010 2:24 pm

Lebih 405 calon fasih berbahasa Mandarin datang sesi temu duga pegawai penyiasat

KUALA LUMPUR: Pengambilan terus 40 jawatan pegawai dan penolong pegawai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini, semalam, mendapat sambutan dari 405 calon dari seluruh negara.

Program pertama kali dilaksanakan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zhong) bersama SPRM bagi menarik lebih ramai masyarakat Cina menyertai sektor kerajaan mendapat maklum balas memberangsangkan sehingga ada calon yang sampai seawal jam 7 pagi bagi menghantar borang permohonan, bermula jam 12 tengah hari.

Timbalan Setiausaha Agung gabungan itu, Dr Chin Yew Sin, berkata pihaknya tidak menjangka program itu mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat Cina.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana mereka berkeyakinan berkhidmat dalam sektor kerajaan menjamin masa depan selain mendapat gaji yang lebih lumayan serta menikmati pelbagai keistimewaan lain.

“Ramai calon yang datang hari ini bukan bermakna mereka tidak bekerja, menganggur sebaliknya mereka datang untuk mencari peluang kerja yang lebih baik.

“Persepsi mereka kini sudah berubah berbanding dulu yang menganggap bekerja dengan kerajaan menerima gaji yang rendah,” katanya pada majlis Hari Kerjaya SPRM khusus untuk golongan Cina di dewan itu semalam.
Pada majlis itu, sesi taklimat SPRM turut diberikan Penolong Pesuruhjaya Unit Komunikasi Korporat SPRM, Zainal Adam.

Chin berkata, berikutan sambutan memberangsangkan itu, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan kementerian lain.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Masyarakat Cina minat sertai SPRM Empty Re: Masyarakat Cina minat sertai SPRM

Post  Ong SQ (U6B/2010) Mon May 10, 2010 2:56 pm

Saya berharap dengan pengambilan pegawai-pegawai ini, SPRM dapat melaksanakan tugas mereka dalam menbendung masalah rasuah di negara kita dengan lebih efektif. Masalah rasuah ini bukan sahaja boleh menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga boleh memburukkan nama baik negara kita. Oleh itu, kerjasama daripada semua lapisan masyarakat untuk menghapuskan jenayah rasuah adalah sangat penting. Marilah kita bersama-sama mengurangkan kes jenayah rasuah ke angka sifar. tongue
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Masyarakat Cina minat sertai SPRM Empty Re: Masyarakat Cina minat sertai SPRM

Post  leeyoong_U6B Tue May 11, 2010 11:27 am

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan satu peluang keemasan bagi masyarakat cina untuk berkhidmat di sektor awam.. Dengan program ini, masyarakat akan dapat peluang temu duga bagi melibatkan diri dalam sektor awam. Walaupun ini merupakan kali pertama program ini diadakan, namun begitu, program ini masih mendapt sokongan meriah daripada masyarakat Cina. Ini telah membuktikan bahawa masyarakat Cina juga berminat untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan.
Semoga Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zhong) bersama SPRM akan melaksanakan program sebegini bagi menarik lebih ramai masyarakat Cina menyertai sektor kerajaan... Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Masyarakat Cina minat sertai SPRM Empty Re: Masyarakat Cina minat sertai SPRM

Post  Khang Wei (U6B/2010) Tue May 11, 2010 12:00 pm

Ini merupakan langkah yang baik kerana melibatkan kaum lain dalam sektor awam.
Ahli suruhanjaya yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat berkongsi pandangan dan langkah ini juga dapat memupuk kerjasamaan antara kaum.
Walaupun pemilihan calon kini hanya melibatkan kaum cina. Namun, ini merupakan langkah awal untuk melibatkan kaum lain dalam sektor awam secara beransur.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Masyarakat Cina minat sertai SPRM Empty Re: Masyarakat Cina minat sertai SPRM

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum