PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ops mengejut pekerja asing bermula

2 posters

Go down

Ops mengejut pekerja asing bermula Empty Ops mengejut pekerja asing bermula

Post  ypeng(U6A/10) Thu Mar 18, 2010 3:29 am

KUALA LUMPUR 17 Mac - Kerajaan hari ini membuat keputusan untuk mengadakan pemeriksaan ke atas semua premis yang menggajikan pekerja asing di sektor-sektor tertentu dengan serta merta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, fokus pemeriksaan adalah untuk memastikan majikan menjaga kebajikan pekerja asing antaranya dari aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat kerja.

Selain itu beliau berkata, pemeriksaan itu juga bertujuan untuk mengesan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia.

''Kita sebenarnya mahu memastikan para majikan sentiasa mematuhi standard-standard perburuhan dan langkah-langkah perlindungan yang ditetapkan di bawah dasar serta undang-undang buruh negara.

"Untuk pengetahuan semua pemeriksaan ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agenda Pengurusan Warga Asing Merangkumi Isu Pemerdagangan Orang di Parlimen, di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dipengerusikan bersama dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Dalam pada itu Hishammuddin berkata, jumlah keseluruhan pekerja asing yang direkodkan pada masa ini ialah seramai 1.8 juta orang dan mereka bekerja dalam beberapa sektor antaranya pembinaan, perladangan, pembuatan dan restoran.

Menjawab soalan lain beliau berkata, sebanyak RM12.2 bilion wang keluar dari negara ini hasil daripada akiviti pekerjaan yang dilakukan oleh tenaga asing di Malaysia pada tahun 2008.

Bagaimanapun jelas beliau, ia seimbang dengan sumbangan yang diberikan oleh golongan tersebut terhadap pembangunan ekonomi negara dan menganggap beberapa sektor akan lumpuh jika tiada khidmat pekerja asing berkenaan.

''Kita sedang dalam proses mengenal pasti mana-mana sektor yang benar-benar bergantung kepada khidmat pekerja asing ini dalam jangka masa sederhana dan masa panjang," katanya.

Mengenai jumlah kehadiran warga asing ke Malaysia sepanjang tahun lepas beliau berkata, sehingga Disember tahun lalu jumlah pelancong, pelajar, pekerja asing yang berada di negara ini adalah seramai 26.1 juta.

''23.7 juta adalah jumlah pelancong manakala selebihnya adalah di kalangan diplomat, pelajar dan pekerja asing. Seperti yang saya nyatakan tadi jumlah pekerja asing adalah 1.8 juta orang," katanya lagi.

Berhubung penubuhan Makmal Pengurusan Warga Asing beliau berkata, pelaksanaannya akan bermula 23 Mac sehingga 23 April ini dan ia akan melibatkan 14 kementerian, 11 jabatan dan agensi.

''Kita juga akan mengundang 33 organisasi dan pertubuhan untuk menyertai makmal ini sebagai syndication partner.

''Saya yakin penubuhan makmal pengurusan ini mampu menjadi platform penting bagi membincangkan isu, mencari strategi penambahbaikan serta memperhalusi tanggungjawab masing-masing secara lebih sistematik, tersusun dan berkesan ," ujarnya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Ops mengejut pekerja asing bermula Empty Lima sektor terbuka untuk pekerja asing

Post  WAN SEN (U6A) Fri Mar 19, 2010 4:36 am

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa sehingga 11 Mac lalu, pihaknya memberi kelulusan kepada 98,916 pekerja asing untuk bekerja dalam lima sektor di negara ini.

Timbalan Menterinya, Jelaing Mersat, berkata lima sektor itu ialah elektrik dan elektronik (54,844 orang), perabot (17,033), plastik (11,044), sarung tangan getah (10,430) dan tekstil (5,655).

“Polisi mengenai pengambilan pekerja asing adalah konsisten iaitu memberi keutamaan kepada rakyat tempatan. “Apabila tiada pekerja tempatan, baru saja peluang pekerjaan itu dibuka untuk buruh asing,” katanya menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), semalam.

Jelaing berkata, kerajaan juga mengambil strategi jangka panjang bagi mengatasi masalah kemasukan buruh asing dengan membuat kajian keperluan guna tenaga kerja sebenar bagi setiap sektor.
Beliau berkata, hasil daripada kajian itu, akan memudahkan kerajaan menetapkan penanda aras bagi setiap sektor.

“Kerajaan berhasrat mengekalkan sebanyak 1.5 juta pekerja asing sebagai angka maksimum yang mana keperluan tenaga buruh itu tidak melebihi tahap itu," katanya.

WAN SEN (U6A)

Posts : 33
Join date : 2009-05-20

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum