PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kereta asing dilarang

Go down

Kereta asing dilarang Empty Kereta asing dilarang

Post  ypeng(U6A/10) Sat Jul 17, 2010 2:17 pm

KUANTAN 16 Julai – Pemilik kenderaan asing tidak lagi dibenarkan membeli petrol RON 95 di seluruh negara berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemilik kenderaan terbabit hanya dibenarkan membeli petrol RON 97 yang ketika ini dijual pada harga RM2.10 sen seliter.

Beliau menegaskan, keputusan kerajaan itu dibuat kerana mereka tidak layak menerima subsidi petrol itu yang hanya boleh dinikmati oleh rakyat negara ini sahaja.

“Pelaksanaan itu adalah sesuai dengan dasar kerajaan yang mana subsidi tersebut hanya untuk rakyat Malaysia dan bukan kepada pemilik kenderaan asing terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Hari Koperasi Negara di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK 2) di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, kerajaan mengumumkan subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan lima sen seliter, manakala gas petroleum cecair (LPG) dikurangkan 10 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini.

Petrol RON 97 pula tidak lagi diberikan subsidi dan harga akan tertakluk kepada apungan secara terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Mulai hari ini, petrol RON 95 yang menjadi pilihan kebanyakan pemilik kenderaan negara ini dijual pada harga RM1.85 seliter.

Ismail berkata, keputusan kerajaan itu masih boleh dianggap tidak membebankan rakyat kerana kenaikan itu adalah rendah jika dibandingkan harga barangan yang sama di negara-negara lain.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengeluar, pemborong dan peruncit Isnin ini dalam memastikan mereka tidak mengambil kesempatan berikutan keputusan terbaru kerajaan ini.

Selain itu katanya, pihak kementerian juga akan menggerakkan 1,600 pemantau harga dan 2,000 pegawai penguat kuasa bagi memastikan tiada berlaku kenaikan harga barangan.

Di samping itu, beliau juga meminta para pengguna menjadi mata dan telinga kepada kerajaan bagi melaporkan mana-mana peniaga yang didapati mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan.

Katanya, ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dan berniaga mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum