Kelebihan dan keburukan kad kredit

View previous topic View next topic Go down

Kelebihan dan keburukan kad kredit

Post  Wsheauhong on Thu May 19, 2011 12:20 pm

Penggunaan kad kredit telah menyenangkan urusan seharian manusia. Dengan menggunakan kad kredit, pengguna tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah di pasar raya, mereka cuma perlu menurunkan tandatangan sahaja pada bil barang yang dibeli. Seterusnya, pemilik kad kredit dikehendaki membayar bil itu pada akhir bulan dan itupun boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan para pemilik kad. Selain itu, penggunaan kad kredit didapati lebih selamat. Hal ini dikatakan demikian kerana pemegang kad kredit tidak perlu bimbang wang tunai mereka dicuri atau dirompak semasa membeli-belah dan melancong.Kalau kad kredit hilang atau dicuri,mereka boleh membuat laporan dan pemegang kad itu tidak akan menanggung risiko kad yang hilang.

Penggunaan kad kredit juga mendatangkan keburukan kerana penggunaan kad kredit boleh mewujudkan budaya belanja yang kurang sihat dan tidak terkawal. Seseorang pemegang kad kredit mungkin akan bebas belanja tanpa had kerana kemudahan mengeluarkan wang tunai pada bila-bila masa.Sikap senang dahulu
dan susah kemudian akan timbul.Ini seterusnya akan menyulitkan kehidupan mereka nanti.Kemudahan kad kredit menggalakkan pengguna berhutang dan berbelanja lebih daripada pendapatan mereka, sikap boros merugikan masyarakat
Keadaan ini mungkin akan mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi negara seperti masalah inflasi.



Wsheauhong

Posts: 2
Join date: 2011-05-18

View user profile

Back to top Go down

[Bernama] Peniaga Dilarang Kenakan Caj Kad Kredit Tambahan,

Post  Wsheauhong on Thu May 19, 2011 12:26 pm

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Para peniaga pada prinsipnya dilarang daripada mengenakan caj tambahan kad kredit atau 'surcaj' kepada pelanggan yang membeli barangan menggunakan kad kredit, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata larangan ke atas pengenaan caj tambahan adalah selaras dengan peraturan syarikat penjenama kad seperti MasterCard Worldwide dan Visa International, serta dalam syarat perjanjian di antara peniaga dan institusi pemeroleh peniaga.

"Pemegang kad sebenarnya berhak memaklumkan kepada institusi pemeroleh peniaga atau pengeluar kad kredit yang berkenaan mengenai pengenaan caj tambahan dengan mengemukakan bukti, contohnya resit bayaran yang menyatakan jumlah caj tambahan itu supaya dapat disiasat dan tindakan sewajarnya boleh diambil oleh institusi pemeroleh peniaga, ke atas peniaga yang berkenaan.

"Pemegang kad juga mempunyai pilihan untuk tidak membeli barangan daripada peniaga yang mengenakan caj tambahan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat Isnin.

Abdul Rahman ingin tahu mengapa kedai-kedai dibenarkan mengenakan caj tambahan sebanyak dua peratus kepada pembeli yang menggunakan kad kredit dan menyifatkan tindakan itu sebagai "rompakan siang hari".

Abdul Rahman turut mencadangkan supaya Bank Negara diberi kuasa memantau dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berhubung perkara itu.

Menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang ingin tahu rasional kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan RM50 setahun bagi setiap kad kredit utama pula, Ahmad Husni berkata ia adalah bagi memupuk semangat berbelanja secara berhemah.

Menurutnya selain itu kerajaan membuat keputusan tersebut setelah melihat kepada gambaran yang lebih besar kerana ada individu yang tahap kemampuannya tidak tinggi tetapi memiliki kad kredit yang banyak.

Berita dipetik dari Bernama.

Wsheauhong

Posts: 2
Join date: 2011-05-18

View user profile

Back to top Go down

Re: Kelebihan dan keburukan kad kredit

Post  Lim Wai Mun U6b on Sat May 21, 2011 1:18 pm

Pada pendapat saya , kad kredit memang adalah satu penolong yang baik. Kad kredit memang pernah ' membantu ' kawan saya semasa dia di luar negara . Semasa dia di luar negara , dia hilang tiket kapang terbangnya yang beli dari internet dan tidak dapat balik ke Malaysia .Malangnya negara itu tidak menerima wang malaysia dan hanya menerima kad kredit sahaja. Jika dia tidak bawa kad kredit hari itu , dia mesti menghadapi banyak masalah. Konklusinya kad kredit memang berguna jika boleh guna dengan rancangan yang bijak.
Smile

Lim Wai Mun U6b

Posts: 9
Join date: 2011-05-21
Age: 21

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum