PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tiga parah van dirempuh kereta

Go down

Tiga parah van dirempuh kereta Empty Tiga parah van dirempuh kereta

Post  ypeng(U6A/10) Mon Jul 26, 2010 3:27 pm

KUALA LUMPUR 25 Julai - Tiga termasuk seorang pemandu parah apabila van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Pelangi di sini hari ini.

Kemalangan berlaku pukul 3.15 petang ketika van yang dipandu seorang pemandu wanita bersama dua pekerja lelaki warga Pakistan dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Sentul.

Van itu kemudian dikatakan dirempuh sebuah Mercedes-Benz sebelum ia terbabas dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga lalu terbalik.

Seorang saksi, Mohd. Ali Mohd. Tahir, 47, berkata, dia yang tinggal tidak jauh dari lokasi kemalangan segera ke tempat kejadian selepas terdengar bunyi dentuman kuat.

"Sebaik sahaja saya tiba, saya nampak sebuah van terbalik di tepi jalan, manakala pemandu serta dua pekerja lelakinya terbaring dalam keadaan cedera parah.

"Saya kemudian membantu mengangkat mangsa menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke hospital," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu dua buah kereta Mercedes dan Proton Saga itu tidak mengalami kecederaan.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum