PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Koc komuter khusus untuk penumpang wanita bermula esok

2 posters

Go down

Koc komuter khusus untuk penumpang wanita bermula esok Empty Koc komuter khusus untuk penumpang wanita bermula esok

Post  kuanchin91 Tue Apr 27, 2010 6:54 pm

KUALA LUMPUR 27 April – Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.

Gerabak yang bertemakan “Wanita Sahaja Sepanjang Masa” boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain,” menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita.

Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter, manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. – Bernama
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 32

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Koc komuter khusus untuk penumpang wanita bermula esok Empty Re: Koc komuter khusus untuk penumpang wanita bermula esok

Post  You Lee Shuen Thu May 06, 2010 3:51 pm

Saya amat bersetuju dengan sistem yang akan dijalankan ini. Ini merupakan satu cara yang amat berkesan untuk menyekat pencabulan kehormatan wanita yang berlaku secara berleluasa pada hari ini. Crying or Very sad
Walaupun kita berada dalam era yang canngih dan berteknologi ini, sikap dan moral segelintir masyarakat pula sedang mengalami keruntuhan. Perkara atau perbuatan yang merupakan penghinaan kepada kaum wanita sering berlaku di sekeliling kita. Ini adalh amat meruncingkan kerana jikalau kita membandingkan era ini dengan masa dahulu, kini kita dapat akses kepada informasi dengan musah sekali. oleh itu, tahap intelektual generasi hari ini adalah lebih tinggi jika berbanding dengan masa dulu. Namun akhlak masyarakat pula mempunyai perkembangan yang bersifat negatif. affraid
Justeru itu, saya berpendapat bahawa sistem ini dapat memberi jaminan keselamatan dan rasa "secure" kepada penumpang wanita dan juga efektif untuk mengurangkan risiko gangguan seksual.
You Lee Shuen
You Lee Shuen

Posts : 23
Join date : 2009-06-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum