Pemandu bas ditahan cuba rogol penumpang

View previous topic View next topic Go down

Pemandu bas ditahan cuba rogol penumpang

Post  Lim Wai Mun U6b on Wed Jun 08, 2011 3:51 pm

JASIN 7 Jun - Tindakan polis peronda memeriksa sebuah bas ekspres yang berhenti di tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit Bukit Kajang, Bemban di sini malam tadi, berjaya menyelamatkan seorang penumpang wanita berusia 33 tahun daripada menjadi mangsa rogol pemandu bas itu.

Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui jalan tersebut ternampak bas ekspres itu berhenti dalam keadaan mencurigakan kerana tidak dimatikan enjin tanpa kelibat pemandu dan penumpangnya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, sewaktu membuat pemeriksaan, anggota polis tersebut terkejut apabila mendengar jeritan seorang wanita dari dalam bas berkenaan.

"Anggota polis tersebut terus menaiki bas yang tidak ditutup pintunya dan mendapati seorang lelaki dipercayai pemandunya dalam keadaan separuh bogel cuba merogol seorang wanita di atas lantai bas berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa, seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi menaiki bas ekspres tersebut dari Kuala Lumpur ke Hentian Melaka Sentral kira-kira pukul 7.45 malam.

Che Suza berkata, bas tersebut dipercayai memasuki Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh sebelum menurunkan dua penumpang lelaki di satu kawasan lain dan meninggalkan mangsa seorang diri di dalam bas tersebut.

"Ketika dalam perjalanan, pemandu tersebut memasang video lucah disyaki bertujuan menarik perhatian mangsa sebelum memberhentikan bas itu di Jalan Tiang Dua Bukit Kajang berhampiran sebuah ladang kelapa sawit," ujarnya.

Beliau menambah, mujurlah tindakan pantas polis peronda berjaya menyelamatkan wanita itu daripada menjadi mangsa rogol pemandu berusia 38 tahun itu.

Tambahnya, suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semakin banyak kes rogol berlaku kini. Adakah mereka berasa ini adalah sesuatu perkara yang menarik ataupun rangsangan?
Saya berasa orang begini hanya memalukan orang lain.Evil or Very Mad Kes - kes begini bukan sahaja mempengaruh rohani mangsa , juga menyebab kita berasa tidak selamat semasa menaiki bas ataupun teksi. Siapakah yang perlu menanggung tanggungjawab ini? I love you

Lim Wai Mun U6b

Posts : 9
Join date : 2011-05-21
Age : 24

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum