PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

400,000 dilatih ganti pekerja asing

Go down

400,000 dilatih ganti pekerja asing Empty 400,000 dilatih ganti pekerja asing

Post  NgSiokYing U6F/11 Sat Jun 26, 2010 9:02 am

400,000 dilatih ganti pekerja asing
Ng Siok Ying L6F/10 wrote:PASIR PUTEH 25 Jun – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan merekrut anak-anak petani yang gagal meneruskan pelajaran untuk menceburi sektor perladangan menggantikan 400,000 pekerja asing sedia ada.

Timbalan menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya menganggarkan seramai 500,000 pekerja asing menguasai sektor perladangan negara dan jumlah itu dijangka mampu dikurangkan dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, pengurangan tersebut akan dibuat secara berperingkat-peringkat bagi memastikan pekerja tempatan dapat menerima latihan dan kemahiran terlebih dahulu sebelum diambil bekerja.

“Jumlah warga asing ini mewakili 70 peratus daripada pekerja di sektor perladangan. Oleh itu kerajaan memandang serius masalah ini.

“Kementerian membuat perancangan mengurangkan jumlah berkenaan sebanyak 20 peratus dengan membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Kelengkapan Permulaan Pendidikan Tinggi (KPPT) kepada 217 pelajar daripada komuniti pengusaha tembakau Kelantan yang akan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), di Pusat Latihan Tembakau Cherang Tuli, di sini hari ini.

Hamzah berkata, usaha kerajaan itu juga bagi memastikan anak-anak petani yang gagal dalam pelajaran dapat dibela dengan memberi mereka bekerja di sektor yang memerlukan.

Beliau berkata, untuk itu, beberapa pusat latihan berkaitan sektor pertanian di seluruh negara akan mula mengambil pelajar baru daripada golongan tersebut untuk mengikuti kursus antara lima hingga 18 bulan.

“Usaha memeterai kerjasama dengan syarikat-syarikat besar yang berkaitan perlu dilakukan supaya mereka yang mendapat latihan kemahiran itu berpeluang menjalani amali dan seterusnya diambil bekerja di syarikat-syarikat berkenaan,” katanya.

Kementerian juga, menurutnya, sedia membantu mereka yang berkemahiran mengusahakan sendiri projek tertentu sehingga tampil sebagai usahawan yang berjaya.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran menjalankan latihan kemahiran kepada pelajar tingkatan empat sepanjang cuti persekolahan supaya kumpulan sasaran ini mengenali pelbagai industri dan komoditi yang boleh dikomersialkan.

NgSiokYing U6F/11

Posts : 24
Join date : 2010-06-18
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum