PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan Akan Kaji Semula Jambatan Ganti Tambak Johor

Go down

Kerajaan Akan Kaji Semula Jambatan Ganti Tambak Johor Empty Kerajaan Akan Kaji Semula Jambatan Ganti Tambak Johor

Post  xiaowen_U6B Sat Jun 26, 2010 3:03 pm

KUANTAN, 26 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari Sabtu berkata kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Akan dikaji," kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan Program Mengukuh Wadah Memperkasa Ummah anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mahu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.

Ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010 di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral di Johor Baharu hari ini, Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

-- BERNAMA

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum