PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan akan tangani isu gaji rendah

3 posters

Go down

Kerajaan akan tangani isu gaji rendah Empty Kerajaan akan tangani isu gaji rendah

Post  keat sin (U6A) Sat May 08, 2010 9:30 am

KUALA LUMPUR: Kerajaan amat peka dan prihatin dengan gaji rendah yang diperoleh pekerja di beberapa sektor tertentu, dan faham bahawa ketika ini terdapat 30 hingga 40 peratus kelas pekerja yang masih berada dalam kumpulan berpendapatan rendah, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji pekerja ini dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
"Kerajaan mahu supaya gaji pekerja dalam sektor-sektor ini ditingkatkan," katanya ketika berucap di Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dr Subramaniam, berkata pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain bertujuan melonjakkan kuantum pendapatan per kapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.

Bagaimanapun, menurut beliau, kenaikan gaji tidak akan berlaku tanpa diiringi dengan peningkatan dalam produktiviti pekerja.

Beliau berkata, MEB adalah satu cabaran kepada pekerja dalam negara untuk mengubah sikap dari bekerja sekadar cukup makan kepada berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi, dan kerajaan amat memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakannya.

"Pekerja perlu membuat perubahan dari segi minda, tingkah laku dan cara bekerja supaya dapat meningkatkan produktiviti ke arah mencapai pendapatan tinggi," katanya.
Dr Subramaniam berkata, kerajaan sedang dan akan melaksanakan pelbagai usaha supaya sistem pendidikan dan latihan berupaya meningkatkan kualiti modal intelektual serta memperluaskan asas sumber manusia melalui inovasi dan kreativiti.

Menurutnya, hasil kerjasama dan hubungan baik antara kerajaan, majikan dan pekerja, hanya empat tindakan perusahaan iaitu mogok dilaporkan pada tahun 2009 dalam negara.

"Saya berharap kejadian seperti ini boleh dihindarkan pada tahun-tahun akan datang melalui kerjasama dan perundingan yang lebih efisyen," katanya.

Beliau berkata, sempena Hari Pekerja tahun ini Kementerian Sumber Manusia memperkenalkan Anugerah Ladang Bahagia untuk memberi dorongan kepada pihak pengurusan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang lebih kepada pekerja-pekerja mereka.

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Kerajaan akan tangani isu gaji rendah Empty Re: Kerajaan akan tangani isu gaji rendah

Post  Khang Wei (U6B/2010) Sun May 09, 2010 9:52 am

Kini, negara mengalami masalah pengaliran keluar kepakaran. Masalah ini berpunca daripada gaji yang ditawar oleh kerajaan adalah terlalu rendah.
Banyak orang lebih ingin bekerja di sektor swasta kerana sektor tersebut menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding dengan kerajaan. Selain itu, banyak orang juga ditawarkan kerja yang bergaji tinggi di luar negara. Hal yang demikian menyebabkan negara kita kekurangan kepakaran.
Oleh itu, kerajaan perlulah menangani masalah ini dengan secepat mungkin.

Khang Wei (U6B/2010)

Posts : 82
Join date : 2009-05-12

Back to top Go down

Kerajaan akan tangani isu gaji rendah Empty Re: Kerajaan akan tangani isu gaji rendah

Post  lisee(U6A) Mon May 10, 2010 7:03 am

Saya bersetuju dengan pendapat Khang Wei.Selain itu,kerajaan juga harus menawarkan elaun kebajikan kepada ahli pakar seperti asrama,kereta dan sebagainya.Ini juga boleh mengurangkan pengaliran keluar kepakaran.Ini kerana ahli pakar akan rasa kehidupan mereka telah dijamin.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Kerajaan akan tangani isu gaji rendah Empty Re: Kerajaan akan tangani isu gaji rendah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum