PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

rasuah

+6
Ice
HsuJia
lim
weichian_89
pohblg
sim
10 posters

Go down

rasuah - Page 2 Empty Re: rasuah

Post  weichian_89 Tue Apr 22, 2008 2:21 pm

kes-kes rasuah memang tidak dapat dimaafkan dan pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkenaan dalam pencegah rasuah.tetapi adakah langkah-langkah ini dapat menghapuskan kejadian rasuah ini?langkah yang baru diumum oleh Pak Lah iaitu Badan Pecegah Rasuah menjadi suruhanjaya bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya.terdapat juga 4 daya usaha telah diperkenalkan iaitu:

  • BPR distruktur semula.

  • Pengambilan 5,000 lagi pegawai pencegahan rasuah.

  • Undang-undang yang akan memberi perlindungan komprehensif kepada pemberi maklumat dan saksi.

  • Mengambil tindakan segera memperbaiki proses pemerolehan awam.


saya berpendapat bahawa pihak berkuasa asalkan prinsip keadilan, saksama, dan jujur barulah dapat menangani kes-kes seperti ini dan tidak kiralah pertubuhan apa sahaja pun.dengan daya usaha yang seperti atas,adakah kalian berpendapat ia dapat memberi kesan dalam pembanteras kes-kes rasuah?adakah ia dapat memberi imej baru kepada Badan Pencegah Rasuah yang sebelum ini ? Question Question Question

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

rasuah - Page 2 Empty Re: rasuah

Post  sim Wed Apr 23, 2008 1:36 pm

PUTRAJAYA: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menghantar kertas kerja mengenai cadangannya untuk menjadi sebuah badan bebas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa hari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana keputusan terpulang kepada Perdana Menteri.

“Apa yang saya tahu, agensi itu sudah menghantar kertas kerja dengan menjadikan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) di Hong Kong sebagai panduan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed ketika dihubungi juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Difahamkan, Abu Kasim dan Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berjumpa Perdana Menteri berhubung perkara itu dua hari lalu.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata beliau tidak mengetahui mengenai kertas kerja itu tetapi memaklumkan ada kalangan parti politik dan pihak lain terbabit meminta supaya badan itu lebih bebas.

Sejak ditubuhkan pada 1974, ICAC menggunakan tiga pendekatan, iaitu penguatkuasaan undang-undang, pencegahan dan mendidik masyarakat dalam usaha memerangi rasuah.

Hasil kerjasama kerajaan dan masyarakat, Hong Kong kini menjadi antara negara yang bersih daripada gejala rasuah.

Difahamkan, dalam kertas kerja itu Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri akan melantik ahli suruhanjaya berkenaan.

Pendakwaan dikekalkan kepada Peguam Negara yang akan mengkaji dan menasihat tindakan selanjutnya jika ada bukti tidak mencukupi bagi sesuatu kes.

Ia juga diberi kuasa membuat penjelasan kepada orang ramai mengapa siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh didakwa walaupun siasatan dijalankan.



BPR malaysia mahu berfungsi seperti ICAC di hong kong,kita dapat menonton movie yang tentang ICAC selalunya,dan akan rasa begitu hebatnya ICAC,walaupun ialah menteri-menteri rasuah, mereka akan menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama,adakah BPR malaysia dapat buat sebegitu??

beri pandangan anda...

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

rasuah - Page 2 Empty Re: rasuah

Post  weichian_89 Wed Apr 23, 2008 2:24 pm

saya berasa bahawa sikap pegawai yang paling penting dalam melaksanakan tugas.sikap adil, saksama, dan jujur yang perlu sedia ada pada diri pegawai adalah penting dalam semasa menjalankan penyiasiatan kes-kes yang diragui menerima rasuah.jika pegawai tidak mengamalkan sikap tersebut biarpun pertubuhan manapun tidak berkesan dalam membanteras kes rasuah. Laughing

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 34
Location : batu caves

Back to top Go down

rasuah - Page 2 Empty Re: rasuah

Post  vinclam1314 Thu Apr 24, 2008 12:15 pm

saya ingin meminta maaf kerana saya tidak begitu beryakinan kepada BPR ini... saya berasa mereka masih tidak dapat mencapai peringkat ICAC di HongKong... saya berasa begini kerana negara kita terdapat terlalu banyak kes rasuah.. kes rasuah ini tidak dapat dihapuskan dalam masa yang sangat singkat... selain itu, pengalaman pegawai pencegah rasuah juga tidak semahir negeri hongkong di China.. oleh itu, saya berasa pegawai-pegawai BPR haruslah menghantar pegawai-pegawai untuk belajar di luar negara supaya pengalaman mereka dapat dipertingkatkan lagi..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

rasuah - Page 2 Empty Re: rasuah

Post  sim Thu Apr 24, 2008 1:29 pm

saya juga berasa BPR tidak dapat berfungsi dengan baik walaupun dasar telah dibetulkan,tetapi menghantar pegawai ke luar negara untuk belajar juga tidak dapat dijalankan,kerana undang di malaysia adalah berbeza dengan negara lain dan mempunyai banyak halangan yang kita tidak dapat diperbaik dalam masa yang singkat.malaysia bukanlah negara yang terbuka seperti negara lain, banyak kes rasuah tidak diketahui lagi dan BPR juga tidak dapat menjalankan tugas dengan lancar,dan banyak kes tidak dapat diselesaikan atas orang yang terbabit adalah orang yang berkuasa..... Evil or Very Mad

sim

Posts : 49
Join date : 2008-01-29

Back to top Go down

rasuah - Page 2 Empty Re: rasuah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum