PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

8 kes rasuah individu berprofil tinggi ditutup

Go down

8 kes rasuah individu berprofil tinggi ditutup Empty 8 kes rasuah individu berprofil tinggi ditutup

Post  yeow_U6A/2010 Sat Feb 13, 2010 2:31 am

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan menutup siasatan lapan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan individu berprofil tinggi.

Individu terbabit termasuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

Kes lain yang ditutup membabitkan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar; bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi, Tan Beng Huat dan kes penyelewengan peruntukan DUN Batu Tiga, Selangor, membabitkan Adunnya, Roziah Ismail.

Mohd Ali didakwa terbabit dengan politik wang dalam pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno, tahun lalu, manakala Abdul Khalid pula membabitkan dakwaan penyelewengan pembelian lembu korban.

Dakwaan terhadap Sivakumar pula membabitkan salah guna kuasa menggantung Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Exconya daripada menghadiri sidang DUN.

Murugiah pula didakwa memberi rasuah politik kepada ketua bahagian ketika pemilihan Parti Progresif Rakyat (PPP), tahun lalu, manakala Mohd Fairus didakwa mempunyai kepentingan dalam meluluskan projek kuari.

Kes lain yang ditutup termasuk dakwaan penyelewengan wang untuk pembelian barang elektrik oleh Tan serta dakwaan dua Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan cuba merasuah calon Bebas DUN Penanti, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, pada pilihan raya kecil kawasan itu tahun lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata keputusan itu dibuat selepas SPRM selesai melakukan siasatan dan Timbalan Pendakwa Raya mendapati tiada bukti dan keterangan saksi yang kukuh untuk membolehkan individu terbabit didakwa di mahkamah.

Mohd Shukri berkata: "Bukti yang ada mesti mencapai 90 peratus baru pihak pendakwaan boleh membuat keputusan untuk mendakwa.

"Bukan semua kes yang tidak dituduh ini tak berlaku rasuah, tapi sesetengahnya tak mencapai tahap yang ditetapkan dan banyak kelemahan wujud jadi Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan bahawa tak boleh dituduh di mahkamah.

"SPRM merayu saksi yang tahu atau terbabit dengan kes berkenaan supaya menyatakan perkara sebenarnya.

"Ini kerana ramai saksi yang terbabit dengan kes berprofil tinggi yang kita siasat enggan mendedahkan maklumat sebenar menyebabkan SPRM menghadapi banyak masalah kerana tanpa keterangan yang kukuh dan bukti nyata dan benar, susah untuk kami menyiasat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, semua kes itu juga sudah dirujuk kepada Panel Penilaian Operasi dan mereka berpuas hati dengan penerangan diberikan SPRM dan Bahagian Perundangan serta Pendakwaan Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, Shukri berkata pihaknya sedia mengkaji dan membuka semula kertas siasatan sekiranya ada petunjuk atau bukti baru.

Ditanya mengenai beberapa kes berprofil tinggi lain yang pernah dilaporkan media sebelum ini termasuk membabitkan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said; Presiden PPP, Datuk M Kayveas dan kes keretakan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Mohd Shukri berkata pihaknya sudah menyerahkan semua kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, SPRM juga sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan negeri untuk penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum