PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perhilitan rampas 98 ekor tenggiling seludup

Go down

Perhilitan rampas 98 ekor tenggiling seludup Empty Perhilitan rampas 98 ekor tenggiling seludup

Post  lisee(U6A) Sat Aug 29, 2009 10:51 am

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya merampas sebanyak 98 ekor tenggiling dan 3.2 kilogram sisik haiwan eksotik itu di sebuah rumah teres di Alor Setar, Kedah, awal pagi semalam.

Dalam operasi Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) jabatan itu, mereka turut menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang menyembunyikan haiwan- haiwan itu di dalam stor belakang rumah terbabit.

Rampasan spesies terancam itu merupakan yang terbesar dilakukan Perhilitan di utara tanah air tahun ini.

Siasatan awal mendapati, premis terbabit dijadikan transit sebelum kesemua haiwan eksotik itu diseludup keluar ke negara-negara Asia.

Difahamkan, setiap sekilogram tenggiling dijual pada harga kira-kira RM100 dan mendapat permintaan yang tinggi khususnya di China, Hong Kong dan Jepun.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan, Saharudin Aman memberitahu, dalam serbuan pukul 6.30 pagi itu, suspek yang bekerja sendiri ditahan di rumah berkenaan yang turut didiami ahli keluarganya.

"Bagaimanapun, kita percaya kegiatan itu tidak melibatkan ahli keluarga suspek.

"Kita juga telah melakukan intipan di rumah itu selama tiga minggu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhilitan di sini hari ini.

Suspek, tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 64(2)(A) Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 kerana memiliki 58 ekor tenggiling jantan tanpa permit dan menyimpan 3.2 kilogram sisik tenggiling.

lisee(U6A)

Posts : 51
Join date : 2009-05-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum