PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

10 ditahan cuba seludup kanak-kanak

Go down

10 ditahan cuba seludup kanak-kanak Empty 10 ditahan cuba seludup kanak-kanak

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Mon Feb 01, 2010 6:05 am

PORT-AU-PRINCE 31 Jan. - Polis Haiti menahan 10 warga Amerika Syarikat (AS) semalam ketika mereka cuba keluar dari negara ini dengan membawa 31 kanak-kanak tempatan dipercayai bagi tujuan penyeludupan, kata seorang Menteri Kabinetnya.

Menteri Hubungan Sosial, Yves Christallin berkata, polis menahan lima lelaki dan lima wanita yang memegang pasport AS serta dua orang warga tempatan apabila cuba keluar dari negara ini melalui sempadan Republik Dominica bersama-sama kanak-kanak itu Jumaat lalu.

"Ini adalah penculikan dan bukannya pengambilan anak angkat," kata Christallin.

Christallin menambah, warga AS yang ditahan tidak mempunyai dokumen yang sah mahupun surat kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut bagi membenarkan mereka membawa kanak-kanak itu keluar dari negara ini.

"Apa yang penting bagi kami di Haiti adalah, setiap kanak-kanak memerlukan kebenaran daripada kementerian kami sebelum dibenarkan ke luar negara," katanya.

Polis Haiti sebelum ini menyatakan kebimbangan mereka terhadap kejadian penyeludupan kanak-kanak tempatan selepas kejadian gempa bumi 12 Januari lalu

Mereka juga bimbang jika terdapat agensi pengambilan anak angkat berdaftar membawa beberapa anak yatim keluar dari negara ini sebelum kematian ibu bapa mereka dapat disahkan.

Sementara itu, Ketua polis Haiti, Mario Andresol berkata, warga AS yang ditahan kini dibawa ke ibu pejabat kehakiman Polis Pengadilan di sini manakala kanak-kanak tersebut di bawa ke sebuah kawasan di utara bandar ini, Croix de Bouquets.

"Kini, terpulang kepada Jabatan Kehakiman untuk mengambil tindakan," kata Andresol. - AFP

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum