PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

+15
Ong Yee Teng
WeiShi_L6F
HO KOK WAI
priya
marilyn(U6B)
Steph
Mow Jiun You (U6A)
claraliew04 (U6A)
Soo Hui Sun(U6A)
waiyee(U6A)
Lim Je Wei (U6A)
Goh Moon Hong (U6A)
SenHan_U6F
KeeSengU6F
PnLeela
19 posters

Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  PnLeela Mon Mar 30, 2009 6:11 pm

Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena dunia yang
amat memilukan hati.
Huraikan kesan-kesan negatif keadaan ini dan langkah-langkah untuk membendung fenomena pekerja kanak-kanak.

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  KeeSengU6F Sat Apr 04, 2009 8:34 am

Pengenalan by KeeSeng:

Majoriti kanak-kanak di dunia dinafikan hak asasi mereka dan keadaan ini begitu kritikal di dunia ketiga. Majoriti besar kanak-kanak hidup dan bekerja dalam keadaan yang sangat sukar. Di negara-negara terbabit, kanak-kanak bukan sahaja menderita kebuluran dan memperoleh makanan tidak seimbang tetapi juga turut terdedah pada eksploitasi serta penderaan dan pada dasarnya, mereka menjalani kehidupan yang diliputi penderitaan. UNICEF melaporkan bahawa di seluruh dunia terdapat kira-kira 246 juta kanak-kanak yang terlibat sebagai buruh kanak-kanak (laporan yang sama turut dikemukakan oleh ILO (International Labour Organization). Sekitar 180 juta kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun (atau 73 peratus daripada keseluruhan pekerja kanak-kanak) dipercayai terbabit dalam bentuk pekerjaan paling buruk termasuk bekerja dalam keadaan yang mendatangkan bahaya serta kemudaratan seperti di lombong dan mengendalikan mesin yang berbahaya. Daripada jumlah ini, 5.7 juta orang dipaksa untuk terlibat dengan belenggu hutang dan bentuk-bentuk perhambaan yang lain, 1.8 juta dipaksa terbabit dalam kancah pelacuran atau pornografi dan 600,000 orang pula terbabit dengan aktiviti yang diharamkan.

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  SenHan_U6F Sat Apr 04, 2009 10:21 am

Isi 1: Setelah ia menjadi lebih serious barulah kita sedar tentangnya.Kanak-kanak yang berumur 5 hingga 14 berkerja dalam keadaan yang teruk,didera,ada juga yang tidak diberi makanaan pun.Ia kerana mereka menggunakan kanak-kanak kerana kos mereka sangat murah dan tidak akan menginkari arahan.Mereka tidak dapat pergi belajar kerana disuruh untuk membantu keluarga untuk mengurangkan bebanan.Kerana mereka tidak dapat pendidikan yang baik,mereka mungkin terpaksa bekerja selama-lamanya sebagai buruh atau hamba.Mereka hanya diajar kemahiran asas untuk berkerja seperti pekerja kilang sahaja.Macam-mana ekonomi negara akan bertambah maju jika hanya sebahagian kanak-kanak yang dapat pendidikan yang sempurna.Akhirnya rakyat akan menjadi hamba untuk syarikat luar dan siapakah yang akan memajukan negara.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  Goh Moon Hong (U6A) Sat Apr 04, 2009 11:15 am

Pendahuluan : Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan merupakan satu fenomena lumrah di Malaysia dan juga di negara lain. Faktor-faktor yang menyebabkan kanak-kanak bekerja separuh masa adalah untuk meringankan beban kewangan keluarga dan menimba pengetahuan baru. Sesungguhpun,fenomena ini akan membawa kesan negatif kepada golongan kanak-kanak dan haruslah kita mencari akal dalam pelbagai aspek untuk membendung masalah ini.


Last edited by Goh Moon Hong (U6A) on Sat Apr 04, 2009 11:30 am; edited 1 time in total

Goh Moon Hong (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  Lim Je Wei (U6A) Sat Apr 04, 2009 11:17 am

Isi 1 : Timbul pelbagai kesan negatif apabila kanak-kanak menceburi alam pekerjaan pada usia yang begitu muda. Salah satu kesan ialah kanak-kanak yang bekerja memberi kesan negatif kepada perkembangan mental mereka. Mereka lebih bersikap materialistik. Mereka mempunyai pendapatan yang tetap dan lumayan. Oleh itu, mereka berkecenderungan menyalahgunakan pendapatan yang lumayan untuk memuaskan kehendak mereka dan terlalu megejar kebendaan. Misalnya, mereka membeli telefon bimbit, MP3, barang-barang mewah dan lain-lain. Selain itu, kanak-kanak adalah golongan yang amat mudah dipengaruhi oleh orang lain. Kanak-kanak yang bekerja mudah disemai pemikiran yang salah menyebabkan mereka terlibat dalam gejala sosial. Misalnya, gangster, amalan merokok, menagih dadah dan lain-lain. Mereka akan beranggapan bahawa mereka telah berupaya menyara hidup sendiri, mereka cukup matang untuk membuat segala keputusan. Implikasinya, mereka sentiasa berada dalam keadaan yang bahaya dan membimbangkan.


Last edited by Lim Je Wei (U6A) on Sat Apr 04, 2009 11:43 am; edited 1 time in total

Lim Je Wei (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  waiyee(U6A) Sat Apr 04, 2009 11:18 am

Isi 2 : Kesan negatif yang lain ialah keciciran dalam pelajaran. Oleh kerana mereka asyik bekerja, mereka akan keletihan dan gagal menyiapkan kerja rumah ataupun mengulang kaji pelajaran. Situasi yang berulang-ulang ini menjadikan mereka kerap dileteri oleh guru-guru di sekolah. Akhirnya, mereka akan mulai bersikap negatif seperti ponteng sekolah dan mengganggu pelajar lain. Akibatnya, ada kalangan mereka yang berhenti sekolah. Bermula dari sini, kegiatan buruk mereka kian berkembang apabila mereka mulai menghisap dadah dan minum arak.Apabila berada di tahap ini, mereka lebih berminat mencari wang dengan cara paling mudah tetapi lumayan. Justeru, mereka sanggup menjadi budak suruhan dengan mengedar dadah dan VCD lucah.


Last edited by waiyee(U6A) on Sat Apr 04, 2009 11:45 am; edited 1 time in total

waiyee(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  Soo Hui Sun(U6A) Sat Apr 04, 2009 11:20 am

Isi 3 : Pihak yang berkenaan harus mengambil beberapa langkah untuk membendung fenomena ini. Pihak yang berkuasa perlu mengetatkan undang-undang yang sedia ada. Bukan sahaja yang mengupah kanak-kanak sebagai pekerja akan dikenakan hukuman atau denda yang berat, malah kanak-kanak yang berumur 16 tahun atau ke bawah bekerja juga akan dikenakan hukuman. Selain itu, pihak kerajaan perlu memasti firma mendaftarkan pekerja-pekerjanya di bawah satu sistem yang ditetapkan supaya firma tidak mengupah pekerja yang berumur 16 tahun atau ke bawah. Jika didapati firma yang cuba merahsiakan identiti pekerja termasuk umurnya, maka mereka akan dikenakan hukuman atau dendaan.

Soo Hui Sun(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  claraliew04 (U6A) Sat Apr 04, 2009 11:21 am

Isi 4 : Di samping itu, penyediaan peluang mendapatkan pendidikan dan pembasmian kemiskinan juga merupakan langkah-langkah penting yang perlu diberi tumpuan dalam usaha membanteras kegiatan mengerah tenaga dan keringat kanak-kanak. Ini adalah kerana pembanterasan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup kanak-kanak melalui penguasaan ilmu pengetahuan merupakan perjuangan yang tiada noktahnya. Apabila taraf hidup kanak-kanak dapat dipertingkatkan, maka hak asasi kanak-kanak dapat dijamin dan kanak-kanak akan dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi dan kemudaratan.

claraliew04 (U6A)

Posts : 8
Join date : 2008-06-10
Age : 33

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  Mow Jiun You (U6A) Sat Apr 04, 2009 11:24 am

Penutup : Kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti pekerja biasanya berumur dari empat belas tahun hingga tujuh belas tahun. Secara umumnya, kebanyakan kanak-kanak yang masih persekolahan ini mendapatkan pekerjaan sampingan semasa hari percutian untuk memperoleh pendapatan tambahan dan pengalaman. Secara langsungnya, ini telah menimbulkan pelbagai kesan negatif. Oleh itu, semua masyarakat haruslah memainkan peranan yang penting dengan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya supaya dapat membendung fenomena pekerja kanak-kanak.

Mow Jiun You (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty isi 1_U6B

Post  Steph Sat Apr 04, 2009 5:31 pm

Antara kesan-kesannya ialah kekurangan pendidikan yang sempurna.Kebiasaannya gejala penglibatan kanak-kanak dalam pekerjaan ini ekoran kemiskinan keluarga ataupun kekurangan minat untuk belajar.Sebenarnya seseorang sepatutnya menerima pendidikan rasmi pada zaman kanak-kanak bukannya bekerja.Hal ini disebabkan pendidikan adalah penting untuk menyediakan individu dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas termasuk membaca,menulis dan mengira agar dipraktikkan semasa menjejakkan kaki ke dunia bekerja.Oleh itu,pembelajaran dan perkembangan pemikiran seseorang kanak-kanak akan terbantut sekiranya dia menjadi pekerja bawah umur.Di kawasan pedalaman India,China dan Dunia Ketiga,terdapat kebanyakan kanak-kanak terpaksa bekerja buruh untuk mencari rezeki hidup bagi keluarganya.Disebabkan kemiskinan,mereka terpaksa melepaskan peluang untuk belajar.Keadaan ini amat menyedihkan kerana akhirnya mereka akan menjadi buta huruf,bukan sahaja gagal memperbaik kedudukan ekonomi keluarga,malahan menjejaskan masa depan seseorang itu.

Steph

Posts : 7
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty RE: Esei Minggu 2-Pekerja Kanak-kanak

Post  marilyn(U6B) Sun Apr 05, 2009 4:04 am

Penutup:
Konklusinya, kanak-kanak merupakan aset negara yang bakal menentukan maju mundurnya sesebuah negara, khasnya dalam hasrat kita untuk merealisasikan Wawasan 2020. Justeru, perjuangan untuk membendung kemelut buruh kanak-kanak amat diperlukan dan merupakan agenda manusia sejagat. Harus kita memahami bahawa kegemilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan.

marilyn(U6B)

Posts : 6
Join date : 2009-03-24

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty ISI 3 -minggu 2 -pekerjaan kanak-kanak

Post  priya Sun Apr 05, 2009 6:02 am

Langkah-langkah yang sepatutnya perlu diambil untuk membendung masalah ini.Kempen-kempen kesedaran untuk ibu bapa atau penjaga perlu diadakan.Penglibatan kanak-kanak dalam pekerjaan pada usia yang semuda ini sebenarnya sering berlaku dalam keadaan yang tidak disedari oleh mereka yang terlidat.Kadangkala,tujuan sebenar mereka adalah untuk menambah pendapatan keluarga.Pendapatan yang lebih dapat mengurangkan beban sekeluarga.Oleh itu,ibu bapa perlu sering diingatkan melalui media massa tentang tanggungjawab mereka terhadap kanak-kanak.Media massa juga perlu menyedarkan golongan dewasa agar lebih mementingkan pendidikan dan masa depan kanak-kanak.

priya

Posts : 4
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  HO KOK WAI Sun Apr 05, 2009 6:31 am

Pendahuluan:
Saban hari, kebanyakan orang dalam dunia ini masih hidup dalam keadaan "kias pagi makan pagi, kias petang makan petang". Keadaan ini amat merimaskan hati terutamanya di negara yang sedang memaju atau di negara yang lebih mundur seperti Indonesia, Myanmar, Laos, India dan sebagainya. Oleh itu, kanak-kanak yang hidup dalam situasi ini terpaksa melibatkan diri dalam alam pekerjaan sejak kecil lagi. Namun, kesan-kesan negatif akan tertimbul jika kanak-kanak mencaburi diri dalam bidang pekerjaan dalam usia yang muda. Jadi, apakah impaknya yang akan dibawa kepada kanak-kanak? Apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah ini?

HO KOK WAI

Posts : 5
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  WeiShi_L6F Sun Apr 05, 2009 10:39 am

ISI 2: CHEWWEISHI
Kesan daripada bekerja secara sambilan berbeza-beza mengikut jenis pelajar dan
berapa lama mereka menghabiskan masa di tempat kerja. Bekerja sambil belajar bukanlah satu tugas yang mudah terutama dalam masyarakat kita yang mengutamakan keputusan peperiksaan. Masa yang digunakan untuk bekerja sudah tentu tidak dapat digunakan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan yang diberi oleh guru. Pelajar yang pintar dan mempunyai kemahiran belajar mungkin berupaya melaksanakan tugas di sekolah dan tugas di tempat kerja dengan baik, tetapi bagi pelajar yang lemah pasti akan menjejaskan lagi prestasi akademik mereka kerana masa untuk mengulangkaji dan membuat tugasan di rumah telah berkurangan. Pelajar yang lemah sepatutnya menumpukan lebih masa dalam mengulangkaji dan membuat latihan.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 33

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Isi 2(U6B)

Post  Ong Yee Teng Sun Apr 05, 2009 10:41 am

Selain daripada penurunan prestasi akademik pekerja kanak-kanak, adalah didapati bahawa fenomena ini turut menanam pemikiran yang salah di kalangan belia ini. Kajian menunjukkan kebanyakan pekerja kanak-kanak berpendapat bahawa pelajaran adalah tidak penting dan tidak menjamin kehidupan mereka. Keadaan ini paling ketara antara mereka yang bekerja demi menjana pendapatan keluarga. Hakikat yang menyedihkan adalah sebahagian daripada golongan belia ini bekerja untuk mengejar kebendaan. Mereka lebih tertarik kepada "Nike","Adidas","Puma",dan lain-lain. Lantaran daripada itu, masalah ponteng sekolah kian hari kian serius. Situasi ini membimbangkan kerana kepentingan pendidikan tidak lagi dicernakan di kalangan pekerja kanak-kanak ini. Dalam melihat permasalahan yang semakin gawat ini, perlulah kita menilai jalan-jalan penyelesaian untuk membendung masalah ini dengan berkesan.

Ong Yee Teng

Posts : 6
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  reeann Sun Apr 05, 2009 7:32 pm

Isi4

Undang-undang menentang buruh kanak-kanak perlu ditegaskan. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam melindungi kanak-kanak daripada menjadi sebagai sebatang jalan untuk mengaut keuntungan. Mencegah kanak-kanak daripada bekerja bukan semestinya penyelesaian terbaik. Kanak-kanak dan keluarga mereka bermungkinan berakhir dalam situasi yang lebih buruk seperti kemiskinan. Selain daripada kerajaan, badan bukan kerajaan turut boleh menyumbang dengan menyediakan kanak-kanak dengan maklumat tentang hak-hak mereka atau menjamin keadaan kerja yang lebih selamat.
reeann
reeann

Posts : 5
Join date : 2009-03-18

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty ISI 3 -minggu 2 -pekerjaan kanak-kanak

Post  kevin_L6F Tue Apr 07, 2009 12:39 pm

ISI 3- Kevin (upgraded pro version 8.5)

Memandangkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan membawa ancaman besar terhadap masa depan kanak-kanak dan negara,adalah mustahak langkah-langkah yang efektif lagi prokatif dilaksanakan agar fenomena ini dapat dibendung. Antara langkah penting yang telah diambil bagi menyokong usaha menghapuskan buruh kanak-kanak ialah peruntukan undang-undang melalui Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan pendidikan prasekolah dan pendidikan sekolah rendah. Peruntukan undang-undang ini menjelaskan kewajipan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan rendah dimana kegagalannya dianggap sebagai suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pendekatan ini dilihat dapat mengurangkan bilangan pekerja kanak-kanak di negara ini kerana kanak-kanak di bawah usia 12 tahun akan bersekolah dan bukannya bekerja. Ini sejajar dengan jaminan yang diberikan oleh Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk memperoleh kehidupan, pembangunan dan perlindungan. Ini sekali gus menjamin hak kanak-kanak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi dan kemudaratan. Di samping itu, kanak-kanak juga ditegaskan sebagai sumber harapan dan inspirasi masa hadapan. Jika inilah harapan besar yang disandarkan pada mereka maka kita berkewajipan menyediakan segala ruang dan peluang bagi memastikan mereka membesar dalam suasana penuh harmoni yang akan membantu pembentukan jiwa, keperibadian dan akhlak mereka. Penyediaan peluang mendapatkan pendidikan merupakan cara penting yang diberikan tumpuan utama dalam usaha membanteras kegiatan mengerah tenaga dan keringat kanak-kanak.

kevin_L6F

Posts : 8
Join date : 2008-05-19
Location : Batu Caves

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty RE: Mana Tajuk Esei Minggu Ke-3?

Post  kevin_L6F Tue Apr 07, 2009 1:48 pm

.

kevin_L6F

Posts : 8
Join date : 2008-05-19
Location : Batu Caves

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Pekerja kanak-kanak

Post  leechoonyuan(L6f) Tue Apr 07, 2009 3:53 pm

Isi ke-4:Selain daripada memperuntukkan akta pendidikan,kerajaan juga harus menguatkuasakan undang-undang yang berkenaan dengan buruh kanak-kanak demi melindungi mereka daripada diambil menjadi pekerja.Kerajaan harus menambah berat hukuman yang dikenakan kepada majikan yang mengambil kanak-kanak sebagai pekerja.Ini dapat memberi amaran kepada para majikan supaya jangan sesekali mengambil kanak-kanak sebagai pekerja hanya kerana gaji yang perlu dibayar adalah lebih rendah.Justeru itu,kadar buruh kanak-kanak dapat dikurangkan dengan berkesan sekali jika hukuman yang setimpal dikenakan kepada majikan yang tidak mematuhi undang-undang

leechoonyuan(L6f)

Posts : 10
Join date : 2008-09-17

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  NicholasGow@U6F Wed Apr 08, 2009 5:30 pm

Penutup : Kesimpulannya, kanak-kanak merupakan aset penting dalam menentukan masa depan sesebuah negara. Oleh itu, kerajaan dan masyarakat harus bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam membendung fenomena buruh kanak-kanak untuk memastikan masa depan kanak-kanak cerah serta negara gemilang.
NicholasGow@U6F
NicholasGow@U6F

Posts : 1
Join date : 2009-04-08
Age : 33

Back to top Go down

Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour) Empty Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum