Kanak-kanak empat tahun cedera terkena tembakan

View previous topic View next topic Go down

Kanak-kanak empat tahun cedera terkena tembakan

Post  yanxinL6B on Fri Jul 12, 2013 4:19 pm


GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera terkena tembakan di pekarangan Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata dalam kejadian 10.45 malam itu, seorang lelaki melepaskan sekurang-sekurangnya 10 das tembakan dari jarak lima hingga 10 meter dan satu daripadanya menembusi bahagian atas lutut kiri kanak-kanak itu, B. Shawn Yashwin.

Beliau berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak berkenaan, E. Beritto, 33, sedang berbual dengan seorang rakan di perkarangan pangsapuri itu sebelum seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC bewarna putih secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mereka.

Beliau berkata maklumat awal mendapati suspek memakai topi keledar berpenutup separa, mengenakan jaket hitam dan bersarung tangan serta dipercayai menyelinap masuk dari pintu pagar belakang pangsapuri


rujukan: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kanak-kanakempattahuncederaterkenatembakan/Article

yanxinL6B

Posts : 3
Join date : 2013-06-10

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum