PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal

3 posters

Go down

Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal Empty Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal

Post  xiaowen_U6B Wed Jan 20, 2010 3:13 pm

KULAIJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Yeo Cyndi, meninggal dunia selepas lebih 14 jam koma akibat dihempap sebuah televisyen di rumahnya di Bandar Putra Kulai di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam kelmarin ketika Cyndi menonton video persembahan tarian dan nyanyiannya bersama abangnya yang dirakam dalam satu acara di sebuah tadika.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata mangsa dipercayai tertarik wayar hingga menyebabkan televisyen 24 inci itu jatuh dan menimpanya.

Bapa mangsa, Yeo Sung Wah, 38, yang berada dalam bilik tamu menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi dentuman kuat dan jeritan Cyndi.

Beliau berkata, Sung Wah bergegas ke bilik belakang rumah dan mendapati televisyen itu menghempap belakang badan Cyndi yang ketika itu dalam keadaan tertiarap.

Mangsa dibawa ke Hospital Kulai dan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah hari semalam akibat kecederaan organ dalaman.

Sung Wah yang juga seorang ahli perniagaan, ketika ditemui berkata, Cyndi menonton rakaman itu setiap hari, malah menyanyi dan menari bersama.

"Saya tidak sangka kejadian ini berlaku pada anak saya," katanya.

-Berita Harian Online

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal Empty Re: Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal

Post  leeyoong_U6B Thu Jan 21, 2010 7:31 pm

Menurut berita, kemalangan ini berlaku semasa mangsa menonton video persembahanberseorangan .. Pada pendapat saya, sebagai seorang ayah atau ibu, tidak harus membiarkan anak-anak bersendirian di ruang tamu. Pengawasan haruslah dijalankan bagi memastikan anak-anak yang kecil selamat pada setiap masa. What a Face Selain itu, wayar televisyen tidak patut membiarkan sahaja di sisi televisyen. Sebaliknya, wayar patutlah disimpan dengan baik agar kanak-kanak tidak dapat tarik atau sentuh bagi menjaga keselamatan kanak-kanak..

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal Empty Re: Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal

Post  S.Teng(U6A/2010) Mon Jan 25, 2010 5:14 pm

Selain apa yang dikata oleh Lee Yong, pada pendapat saya, yang penting ialah kita atau ibu bapa perlulah sentiasa memastikan rak televisyen adalah selamat digunakan. Sebab televisyen yang bermodel lama adalah sangat berat jika berbanding dengan televisyen bermodel baru. Oleh itu, rak televisyen yang tahan lama serta tahan berat diperlukan oleh sesiapa yang mempunyai televisyen yang bermodel lama, supaya perkara yang amat menakutkan kita ini tidak akan berlaku lagi.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal Empty Re: Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal

Post  leeyoong_U6B Tue Jan 26, 2010 1:42 pm

Betul~ Saya setuju!! Ini sangat penting.. Walaupun hanya satu rak televisyen yang kecil, namun ia mampu mendatangkan kesan yang tidak dapat diramalkan.. Memang tidak dinafikan bahawa rak televisyen merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan ini.. Oleh itu, ibu bapa haruslah memandangkan perkara ini dengan serius supaya tragedi sebegini tidak akan berulang lagi.. Very Happy

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal Empty Re: Kanak-kanak koma 14 jam dihempap TV meninggal

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum