PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Seludup candu dalam basikal

Go down

Seludup candu dalam basikal Empty Seludup candu dalam basikal

Post  ypeng(U6A/10) Sat Apr 17, 2010 7:18 am

SEREMBAN 16 April - Selepas taktik menyembunyikan dadah dalam batang besi bagasi terbongkar baru-baru ini, penyeludup najis itu dari Iran cuba pula menggunakan taktik baru dengan menghantarnya menggunakan basikal.

Memandangkan ramai anggota sindiket ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), penjenayah tersebut beralih pula menggunakan khidmat penghantaran barang atau kargo.

Modus operandi itu bagaimanapun dikesan oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) hasil pemeriksaan ke atas empat buah basikal yang diterbangkan dari Tehran ke KLIA, baru-baru ini.

Taktik tersebut terbongkar setelah pihak berkuasa menemui kesan kimpalan yang mencurigakan pada kerangka basikal.

Penolong Ketua Pengarah (KDRM) Penguatkuasaan, Datuk Md. Hassim Pardi berkata, hasil pemeriksaan terhadap basikal jenis 'mountain bike' tersebut menemui dadah jenis candu seberat 2.96 kilogram bernilai RM59,240.

"Anggota Cawangan Narkotik KDRM mengesan bahan dagangan dari Teheran yang tidak dituntut di lapangan terbang berkenaan pada 7 April lalu.

"Siasatan mendapati, barang pertama itu tiba di Kompleks Kargo KLIA dengan penerbangan Iran Air pada pertengahan Januari lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KDRM Narkotik di Kampung Jijan, Nilai dekat sini hari ini.

Kata Md. Hassim, barang kedua pula diikrar sebagai tiga unit 'mountain bike' tiba pada awal Februari tahun ini.

Tambah beliau, keempat-empat basikal tersebut dikirim oleh pihak yang sama di Tehran kepada penerimanya di negara ini menggunakan alamat yang sama.

"Pihak KDRM mula menyiasat alamat penerimanya di Ampang, Kuala Lumpur dan mendapati alamat itu tidak wujud. Berikutan itu kita membuat keputusan untuk merampas empat unit basikal tersebut untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Hasilnya, kata beliau, pihaknya menemui dadah jenis candu yang disorok dalam ruang kosong atau rongga pada kerangka keempat-empat basikal berkenaan.

Dalam usaha mengesan pihak yang terlibat, kata beliau, KDRM kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Iran melalui kedutaannya di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, orang awam digalakkan untuk menyalur maklumat penyeludupan kepada KDRM melalui talian bebas tol 1-800-88-8855 atau talian terus 06-7917792.

"Ganjaran akan diberi kepada maklumat yang membawa kepada tangkapan dan rampasan,"' ujarnya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum