PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peranan swasta ditentukan dalam NKEA

Go down

Peranan swasta ditentukan dalam NKEA Empty Peranan swasta ditentukan dalam NKEA

Post  Seow Ping U6B'10 Thu Jul 01, 2010 6:17 pm

KUALA LUMPUR 1 Julai - Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peranan swasta akan ditekankan dalam mencapai matlamat dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Dalam mencapai matlamat NKEA, ia merupakan cabaran bagi semua pihak, baik kerajaan atau swasta, ia memerlukan komitmen yang tinggi dari setiap pihak untuk menjayakan sasaran yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan masa sembilan minit di setiap satu daripada 12 makmal NKEA di Kelana Jaya bagi mendapatkan perkembangan terkini, selain beliau tertarik dan memuji pencapaian makmal itu, yang merupakan satu kerjasama sektor awam dan swasta.

Muhyiddin berkata, dalam tempoh 10 tahun akan datang, pihak swasta akan menjadi penggerak utama dalam menjana ekonomi negara manakala kerajaan bertindak sebagai pemudah cara bagi membolehkan swasta merencana pelaburan yang lebih besar.

"Kita kini dalam proses berbincang dengan peringkat kumpulan subsektor industri, usahawan kita ambil kira keupayaan mereka yang sedia ada dan mungkin lain-lain bentuk sokongan yang mereka perlukan akan disediakan supaya proses untuk uruskan perniagaan berjalan lancar.

"Itu sasaran yang ditetapkan, tetapi peranan syarikat yang terlibat dalam setiap sektor itu amat utama dan kita hendak galakkan lebih ramai pelabur asing datang mengadakan perkongsian bersama dengan pengusaha tempatan," katanya. - Bernama

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Peranan swasta ditentukan dalam NKEA Empty NKEA dalam RMK-10

Post  Seow Ping U6B'10 Thu Jul 01, 2010 7:29 pm

Teras Strategik Kedua :Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi TS2.1 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

-Satu pendekatan utama dalam peralihan kepada ekonomi berpendapatan tinggi adalah mengamalkan strategi berteraskan pengkhususan. Rancangan ini akan memberi tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara atau NKEA yang berpotensi untuk menjana pendapatan tinggi. Selain daripada 11 sektor ekonomi, Lingkungan besar atau “Greater” Kuala Lumpur juga telah dipilih kerana ianya berpotensi menjadi bandar bertaraf dunia yang boleh menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara. Butiran terperinci NKEA bakal dimuktamadkan dengan Program Transformasi Ekonomi akan diumumkan pada bulan Oktober nanti. Berikut adalah NKEA yang telah dikenalpasti:

(i) Minyak dan gas;

(ii) Minyak sawit dan produk berkaitan;

(iii) Perkhidmatan kewangan;

(iv) Pemborongan dan peruncitan;

(v) Pelancongan;

(vi) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);

(vii) Perkhidmatan Pendidikan;

(viii) Elektrik dan elektronik;

(ix) Perkhidmatan perniagaan;

(x) Penjagaan kesihatan swasta;

(xi) Pertanian; dan

(xii) Greater Kuala Lumpur.

Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.

27. Selain daripada itu, penyerapan penggunaan kaedah yang berasaskan teknologi tinggi akan juga diberi tumpuan dalam perancangan dan penyelarasan perlaksanaan NKEA. Pelantar teknologi seperti bioteknologi, nanoteknologi, dan kejuruteraan tinggi bakal melonjakkan impak pertumbuhan dari NKEA yang dikenal pasti.

Seow Ping U6B'10

Posts : 17
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum