PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

14 bidang dikenal pasti NKEA

Go down

14 bidang dikenal pasti NKEA Empty 14 bidang dikenal pasti NKEA

Post  yeow_U6A/2010 Sat May 15, 2010 3:03 am

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengenal pasti bidang ekonomi baru yang berpotensi menerusi Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) untuk usahawan Bumiputera.

Perdana Menteri berkata, antara 12 hingga 14 bidang yang dikenal pasti menerusi NKEA akan diumumkan tidak lama lagi tetapi usahawan Bumiputera perlu mengutamakan reputasi dengan meletakkan kejujuran sebagai asas utama jika mahu berjaya dalam bidang perniagaan dan melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan bagi membolehkan mereka terus berdaya saing. "Kelemahan dalam bidang perniagaan bukan saja pada orang Melayu, tetapi bukan Melayu pun ada kelemahan kerana syarikat perniagaan keluarga pun kadang-kadang lumpuh pada peringkat generasi kedua. . Ada syarikat berkait kerajaan (GLC) pun rugi besar. "Maknanya bukan hanya individu, semua mesti melihat kepada kelemahan dari segi ilmu keusahawanan dan perniagaan. Jadi tolong lengkapkan diri dalam bidang ini," katanya ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Melayu 2010 anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini semalam.

Najib berkata, untuk cemerlang dalam perniagaan, usahawan harus mempunyai nilai yang baik dan murni sebagai faktor memperkukuhkan reputasi diri.
Secara peribadi, beliau suka menilai keikhlasan, kesungguhan dan ketekunan seseorang yang ditemuinya sebelum membantu mereka.

"Saya tahu kalau seseorang masuk ke pejabat saya, itu yang saya tengok dulu. Dia ini boleh percaya ke tak boleh percaya, boleh harap ke tak boleh harap.
“Kalau orang yang masuk itu kita nampak tekun, serius, bukan kaki joli, betul-betul berniaga dengan serius, amanah, janji dikotakan, pinjaman bank dibayar, pinjaman Mara dibayar, saya suka hendak tolong orang macam ini," katanya.
Mengenai membina reputasi, Najib berkata, usahawan tempatan wajar menjadikan sikap ahli perniagaan Hong Kong, Lee Ka Shing, sebagai contoh kerana sanggup mengotakan janjinya walaupun tahu beliau akan rugi.

Beliau berkata, Lee pernah berjanji secara lisan untuk membuat perjanjian perniagaan dengan seseorang tetapi kemudian perjanjian itu dilihat tidak menguntungkan lagi, namun sebagai usahawan yang berpegang pada janji, beliau meneruskan kontrak itu.

"Walaupun dia rugi, tetapi reputasinya selepas itu amat hebat. Sebagai peniaga, tidak apalah tak untung dan tidak kaya cepat, tetapi biarlah reputasi kita orang hormat dan segan dengan kita," katanya.

Najib juga berkata, satu lagi kelemahan yang perlu diatasi usahawan Bumiputera ialah memilih bidang yang berpotensi pada masa depan kerana kebanyakan usahawan tempatan gemar menceburi bidang yang sudah banyak diterokai menyebabkan berlaku ‘kesesakan’ dalam bidang perniagaan berkenaan.

"Inilah kelemahan orang Melayu... suka masuk bidang yang orang kata dah dekat senja. Sekarang kita ada 30,000 kontraktor Kelas F, perkapita Malaysia teramai kontraktor Kelas F di seluruh dunia," katanya sambil menjelaskan ia menyebabkan timbul masalah dalam pengagihan kontrak dan peruntukan.

Najib berkata, walaupun Model Baru Ekonomi (MBE) mengekalkan matlamat yang sama dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), namun beberapa aspek disusun semula bagi memastikan ia adil kepada semua pihak.

"Mungkin yang menjadi pertikaian dan perbezaan pendapat ialah kaedah yang digunakan dan model pelaksanaannya sama ada ia berkesan dan adil kepada Bumiputera serta bukan Bumiputera. Itu saja yang diperkemaskan," katanya

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum