Penggunaan CCTV dipasang pelbagai agensi diselaras

View previous topic View next topic Go down

Penggunaan CCTV dipasang pelbagai agensi diselaras

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Mar 04, 2010 5:48 pm

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyelaras penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang bagi mengurangkan jenayah jalanan di seluruh negara, dengan tiga kementerian lain.

Kementerian terbabit ialah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu mesyuarat akan diadakan pada peringkat menteri membabitkan dirinya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Jumaat ini bagi membincangkan perkara itu.

"Saya sudah mendapat persetujuan menteri terbabit untuk mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan cara bagaimana untuk menyelaraskan CCTV yang ada di beberapa agensi seperti Kementerian Pengangkutan, Plus, pihak swasta, pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diselaraskan.

"Mereka menempatkan CCTV ini untuk pelbagai tujuan, ada yang mengawal trafik, menjaga keselamatan premis dan ini kita mahu selaraskan supaya dapat membantu kita mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti disasarkan iaitu penurunan 20 peratus bagi kadar jenayah jalanan pada hujung tahun ini dan lima peratus setiap tahun untuk tempoh tiga tahun bagi jenayah secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di sini, semalam.

Menyentuh mengenai pemantauan warga asing di negara ini, Hishammuddin berkata, pihaknya akan memberikan satu taklimat mengenai isu berkenaan kepada lapan kementerian dan 15 agensi mengenai perkembangan dan kemampuan kementerian menangani isu berkenaan.

Ditanya mengenai rakyat Malaysia yang disabitkan kesalahan membunuh pakar bedah jantung Dr Victor Chang di Australia yang dibawa balik ke Malaysia, Hishammuddin berkata, Phillip Lim Choon Tee, 50, tidak akan ditahan sekiranya tiada laporan beliau melakukan sebarang kesalahan.

"Beliau sudah menjalani hukuman di Australia, kita tidak mempunyai kuasa untuk menahan beliau di sini selagi beliau tidak melakukan sebarang jenayah," katanya.


Mengenai hukuman rotan terhadap bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarno, Hishammuddin berkata, pihaknya menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kerana baginda mempunyai kuasa memberi pengampunan kepada Kartika.

"Kita hanya agensi pelaksana. Semuanya bergantung kepada keputusan Tuanku," katanya ringkas apabila ditanya bila pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika kerana kesalahan minum arak.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Penggunaan CCTV dipasang pelbagai agensi diselaras

Post  S.Teng(U6A/2010) on Thu Mar 04, 2010 5:52 pm

Pada pendapat saya, menempatkan CCTV ini memang dapat mengawal trafik, menjaga keselamatan premis dan membantu mengurangkan kadar jenayah. Apakah pandangan saudara dan saudari tentang perkara ini??

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Penggunaan CCTV dipasang pelbagai agensi diselaras

Post  HsianMin (U6B/2010) on Thu Mar 04, 2010 7:22 pm

Pada pendapat saya, pemasangan CCTV memang dapat membantu dalam pengawalan trafik. Ini adalah kerana orang ramai akan lebih berwaspada jika mereka tahu mereka berada di kawasan pengawasan CCTV bagi mengelakkan dikena saman. Pemandu akan memandu dengan lebih cermat dan mematuhi peraturan jalanraya.
Akan tetapi, saya berpendapat bahawa pemasangan CCTV tidak begitu efektif dalam mengurangkan kadar berlakunya jenayah.
Ini adalah kerana penceroboh boleh memakai topeng muka supaya tidak dapat dikenal pasti oleh pihak polis. Selain itu, jika seseorang itu berniat untuk melakukan jenayah, CCTV itu tidak mampu menghalangnya kerana dia boleh merosakkan CCTV itu dahulu atau memotong wayar elektrik CCTV. Ada juga kedai yang memasang CCTV yang tidak berfungsi.Mereka cuma mengertak orang lain supaya tidak curi di kedai mereka.

HsianMin (U6B/2010)

Posts : 84
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

3,235 CCTV diselaras seluruh negara

Post  S.Teng(U6A/2010) on Sat Mar 06, 2010 6:49 am

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyelaraskan lebih 3,200 kamera litar tertutup (CCTV) yang kini dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT), Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi meningkatkan keberkesanan usaha memerangi jenayah jalanan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu penting kerana walaupun CCTV yang dipasang mempunyai pelbagai fungsi, namun matlamatnya sama iaitu mengurangkan kadar jenayah.

Berikutan itu, Hishammuddin meminta pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut serta dalam program penyelarasan CCTV.

"Mereka boleh datang ke KDN pada bila-bila masa dan kami bersedia membincangkan perkara ini dan menganggap ini sebagai khidmat untuk masyarakat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kemajuan Inisiatif Program Bandar Selamat: Kamera Litar Tertutup, di sini, semalam.

Hishammudin berkata, sehingga kini, terdapat 650 CCTV beroperasi di bawah KPKT dan (DBKL) termasuk 382 diletakkan di lokasi panas.

Ini tidak termasuk 260 CCTV dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan 800 CCTV milik Plus, manakala 1,525 CCTV baru akan dipasang menjadikan jumlah keseluruhan CCTV di seluruh negara adalah sebanyak 3,235.


Katanya, isu pemasangan CCTV juga bukan bertujuan menyekat kebebasan rakyat tetapi lebih kepada menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

"Isu privasi tidak timbul kerana apa lebih membimbangkan adalah penjenayah melanggar privasi dengan melakukan rompakan," katanya.

Mengulas lanjut, Hishammudin berkata, syarikat swasta dan GLC perlu mencontohi Sime Darby Berhad yang memperuntukkan RM4 juta bagi menjalankan program perintis pencegahan jenayah.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Penggunaan CCTV dipasang pelbagai agensi diselaras

Post  LiewJoey(LSB) on Sat Mar 06, 2010 5:04 pm

Saya berpendapat bahawa pemasangan CCTV semata-matanya bukan satu cara yang betul-betul efektif, pamasangan CCTV yang berfungsi barulah langkah yang dapat megurangkan kadar jenayah...Jelasnya kita boleh lihat dalam khabar bahawa CCTV di kedai atau buntu jalan yang tidak dapat memerangkap muka perompak itu disebabkan CCTV yang tidak berfungsi atau rosak..Pihak kerajaan perlu memastikan bahawa pemasangan CCTV yang canggih dan berfungsi supaya dapat megurangkan kadar jenayah.

LiewJoey(LSB)

Posts : 78
Join date : 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Polis teliti rakaman CCTV kenal pasti dua peragut

Post  S.Teng(U6A/2010) on Sun Apr 11, 2010 3:21 pm

2010/04/11
KUALA LUMPUR: Polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti dua penyamun termasuk seorang bersenjatakan parang yang bertindak ganas menghambat dan menyerang seorang wanita warga emas sehingga sanggup memanjat pagar rumah jiran mangsa, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata berdasarkan rakaman CCTV yang turut disiarkan Buletin Utama, TV3 malam kelmarin, kedua-dua suspek dipercayai berumur sekitar 25 tahun dan berkemungkinan bukan penduduk kawasan itu.
Ini kerana, katanya, tempat kejadian di Taman Mastiara, Jalan Ipoh, di sini, mempunyai beberapa jalan keluar termasuk ke Jinjang dan Kepong.
“Kita sudah meneliti rakaman CCTV yang diserahkan kepada polis bagi mengenal pasti identiti suspek dan kita juga sudah mengambil langkah susulan bagi menjejaki mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Mary Rose Joseph, 63, dikejar dua peragut bermotosikal, termasuk seorang bersenjata parang yang memanjat pagar untuk meragut rantai leher mangsa.

Kejadian berkenaan berjaya dirakamkan CCTV di rumah itu yang menunjukkan mangsa ditolak seorang suspek hingga terjatuh di bawah ampaian sebelum rantai emasnya diragut dan penjenayah terbabit melarikan diri bersama rakannya yang menunggu di luar sebaik melihat seorang jiran keluar dari rumah.

Zakaria berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Beliau berkata, usaha polis menjejaki suspek berdepan tugas sukar kerana kes berkenaan hanya dilaporkan selepas tempoh 24 jam tetapi gerakan mengesan suspek tetap dijalankan berdasarkan rakaman CCTV yang diperoleh pihaknya.

Katanya, kejadian terbabit adalah yang pertama dilaporkan berlaku di kawasan itu sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

“Taman Mastiara itu tidak termasuk dalam kawasan panas dalam daerah Sentul tetapi polis sudah mengambil langkah sewajarnya dengan terus meningkatkan rondaan di sekitar kawasan perumahan bagi menangani jenayah jalanan dan ragut,” katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Penggunaan CCTV dipasang pelbagai agensi diselaras

Post  leeyoong_U6B on Tue Apr 13, 2010 3:26 pm

Pada pendapat saya, pemasangan CCTV memang mempunyai kebaikannya.. Seperti yang telah dibincangkan, CCTV dapat menyumbang dalam pengawalan trafik. Saya setuju bahawa CCTV dapat menyekat kebebasan rakyat.. Bagi mengelakkan dikena saman atau diambil tindakan, rakyat akan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan pada setiap masa. Mereka akan memandu mengikut "speed limit" yang ditetapkan.. Secara tidak langsung, ini akan dapat menjaga keselamatan dan ketenteraman awam kerana kadar kemalangan akan dikurangkan dan dielakkan. Selain itu, saya bersetuju dengan pendapat S.Teng.. Memang tidak dinafikan bahawa pemasangan CCTV dapat mengatasi masalah jenayah. Contohnya, CCTV dapat merakam prosess pencuri meceroboh rumah .. Ini amat berguna kerana bukti ini dapat memudahkan polis untuk menyiasat jenayah agar dapat memberkas pencuri pada masa yang singkat...

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Penggunaan CCTV dipasang pelbagai agensi diselaras

Post  Sponsored content Today at 3:27 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum