PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bencana Alam pada minggu ini.

+3
weichian_89
Tee Song Ying L6F
vinclam1314
7 posters

Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Bencana Alam pada minggu ini.

Post  vinclam1314 Tue May 13, 2008 6:47 pm


Kes 1 - Myanmar - Taufan
Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan

BANGKOK 12 Mei - Seorang veteran operasi penyelamat hari ini menuduh junta tentera Myanmar melakukan jenayah kemanusiaan kerana enggan membantu mempercepatkan pengeluaran visa untuk pegawai bantuan asing yang mahu membantu 1.5 juta mangsa Taufan Nargis di negara itu.

Pierre Fouillant daripada agensi penyelamat Perancis, Comite de Secours Internationaux mendapati permohonan visanya di Kedutaan Myanmar di ibu negara Thailand ini masih belum diluluskan.

"Mereka kata mereka akan menghubungi saya melalui telefon tetapi sampai sekarang penantian belum berakhir," kata Fouillant.

Fouillant yang pernah terlibat dalam 10 operasi kemanusiaan sebelum ini menegaskan, beliau tidak pernah mengalami kelewatan sebegitu.

"Tindakan ini satu jenayah terhadap kemanusiaan dan menyalahi undang-undang.

"Ia umpama mereka mengambil senapang dan menembak rakyat sendiri," tegasnya.

Seperti puluhan lagi kakitangan bantuan asing, Fouillant memohon visa perniagaan pada Khamis lalu kerana itu satu-satunya pilihan yang ada, memandangkan Myanmar tidak mengeluarkan apa yang dikenali sebagai visa "bantuan kecemasan."

Kedutaan berkenaan ditutup pada Jumaat lepas kerana cuti umum di Thailand dan ditutup kelmarin dan semalam. Ia dibuka seperti biasa hari ini.

Turut memohon visa pada Khamis lalu ialah anggota bomba dari Australia, Craig Allan yang meninggalkan segala urusannya di tanah air untuk terbang ke Bangkok.

Agensi beliau, "Rescue 24" bertujuan menempatkan pasukan bantuan dalam tempoh 24 jam selepas sebarang bencana di mana-mana lokasi di dunia.

Allan bagaimanapun secara sinis berkata, dalam kes Myanmar mungkin 24 hari diperlukan.

Dalam pada itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, pihaknya telah dijanjikan tiga visa untuk Program Makanan Sedunia (WFP) hari ini sementara segelintir kakitangan bantuan dijangka menerima visa di Kedutaan Myanmar di serata dunia.
Daripada Myanmar lakukan jenayah kemanusiaan


Kes 2 - China - Gempa Bumi
Jepun sedia bantu mangsa gempa di China

TOKYO 12 Mei - Jepun hari ini menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan sebanyak mungkin kepada mangsa bencana gempa bumi di barat daya China yang dianggarkan telah meragut lebih 8,000 nyawa.

Menurut Kementerian Luar, Perdana Menteri Yasuo Fukuda memberi jaminan tersebut dalam mesej beliau kepada Presiden China, Hu Jintao dan rakan sejawatannya, Wen Jiabao selain menyatakan rasa simpati ke atas kejadian gempa bumi sekuat 7.8 pada skala Richter yang melanda wilayah Sichuan, barat daya China.

Fukuda dalam kenyataan tersebut menjelaskan, kerajaan pimpinan beliau "bersedia membekalkan seberapa banyak bantuan yang mungkin sekiranya perlu".

Dianggarkan seramai 8,533 orang terbunuh di sebuah daerah di Sichuan sahaja dan Jintao telah mengarahkan usaha keras dalam kerja-kerja menyelamat dijalankan dengan kadar segera di kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana alam tersebut.

Dalam perbincangan pada Selasa lalu, Jintao dan Fukuda bersetuju untuk memulakan sidang kemuncak dengan kerap untuk mengurangkan ketegangan selama berdekad-dekad akibat pencerobohan Jepun ke atas China suatu ketika dulu dan berjanji tidak akan bermusuhan.

Agensi berita Jiji Press melaporkan, Tokyo merancang untuk menghantar bantuan air minuman bersih, makanan, selimut serta pasukan p enyelamat termasuk pakar perubatan ke China sekiranya Beijing meminta bantuan.

"Penghantaran bantuan pertama mungkin bernilai jutaan yen," kata seorang pegawai kanan Kementerian Luar.

Pihak kementerian menjelaskan, tiada sebarang laporan kecederaan disiarkan melibatkan 290 orang penduduk Jepun yang telah lama menetap di Sichuan.
Daripada Jepun sedia bantu mangsa gempa di China

Kakak dan abang kalian boleh / tidak perlu membaca petikan yang saya paparkan di atas. Tujuan saya mempaparkan berita di atas ini adalah untuk membuktikan kejadian sedemikian.

Kini, semakin banyak bencana alam berlaku di seluruh dunia. Kes 1 dan Kes 2 ini adalah berlaku di Asia dan mengakibatkan banyak orang mati. Di Myanmar, lebih daripada 20, 000 orang telah terkorban daripada bencana angin taufan. Di negara China pula, lebih daripada 12, 000 orang telah diketahui mati dalam gempa bumi. Selain daripada kematian yang dahsyat ini, rumah kediaman dan banyak infrastuktur di negara-negara ini juga telah musnah. Nasib baiknya, bangunan Olimpik tidak dijejaskan. apakah pandangan kalian bertentangan dengan kejadian bencana alam yang kerap berlaku di dunia ini?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Bencana Alam

Post  Tee Song Ying L6F Mon May 19, 2008 5:23 pm

Pada pandangan saya, manusia haruslah sedar bahawa keadaan bumi kita telah mengalami ketidakstabilan.Peristiwa-peristiwa sedemikian telah berlaku sebelum ini seperti gempa bumi yang berlaku di Sumatera dan telah menyebabkan kejadian tsunami yang serius di Malaysia pada 26 Disember 2004.Manusia harus mengawal aktiviti-aktiviti mereka terhadap alam sekeliling.Kegiatan-kegiatan tersebut telah menyebabkan perubahan iklim yang terlampau di bumi ini dan telah mengakibatkan bumi menjadi tidak stabil.Kesannya, kekerapan bagi pelbagai bencana alam untuk berlaku meningkat!!!Oleh itu, kita haruslah melakukan pelbagai usaha sebelum keadaan bumi tidak bertambah teruk.


Last edited by Tee Song Ying L6F on Mon May 19, 2008 5:26 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : Kesalahan dari segi penggunaan perkataan)

Tee Song Ying L6F

Posts : 2
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  vinclam1314 Tue May 20, 2008 6:26 pm

Ya. apa yang kakak song ying cakap memanglah betul... bencana alam yang sering berlaku kini kemungkinan besar adalah disebabkan oleh kegiatan manusia.. pertingkatan populasi manusia telah membebankan bumi kita.. Ini menyebabkan tekanan yang lebih besar kepada bumi dan menyebabkan lebih banyak bencana alam berlaku.. ( untuk mengurangkan tekanan yang ditekankan kepada bumi?? -->>merujukkan Le Chatelier's Principal -->> sesuatu sistem akan berubah untuk mengurangkan tekanan yang ditekankan olehnya -->> pendapat saya sahaja.. haha )

Sebagai contohnya, hutan bakau yang menjadikan penentang angin taufan telah dibersihkan dengan teruk di Irawaddy dan ini menyebabkan kehebatan taufan yang dikenakan di Delta Irawaddy.. Kerajaan Myammar enggan membenarkan kemasukan anggota bantuan untuk memasuki untuk membantu mangsa ( sekarang sudah benarkan ) telah menyebabkan kematian yang lebih teruk berlaku..

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  weichian_89 Tue May 20, 2008 9:10 pm

berita tentang tempat-tempat yang berlaku becana memang menyakitkan hati orang seluruh dunia ini.walaupun kebanyakan becana adalah berkait dengan tingkah laku manusia,tetapi manusia masih tidak sedar lagi terhadap kemusnahan atau kepupusan manusia.dalam bencana yang berlaku ini telah menunjukkan perasaan kasih sayang yang ada pada orang ramai. Very Happy kebanyakan orang juga sanggup menhulurkan bantuan kepada mangsa bencana.tetapi apa yang amat marah ialah terdapat pula orang menggunakan peluang ini untuk mencapaikan matlamat menipu wang di internet. Evil or Very Mad oleh itu para diberitahu supaya berwaspada terhadap pengumpulan wang derma diatas internet.

manakala bagi becana yang berlaku di myammar,kebanyakan negara telah sedia untuk membantu tetapi telah ditolak oleh kerajaan tentera myammar. Crying or Very sad walupun sekarang telah menerima barang-barang bantuan yang diderma oleh banyak negara,tetapi masih ada lagi banyak sekatan terhadap pasukan penyelamatan warga asing yang lebih berpengalaman. No kerajaan mereka beryakin bahawa rakyat mereka mampu menyelesaikan dengan sendiri dan telah menghalangkan berita keadaan tempat dilanda bencana disebar keluar.ini memang memarahkan orang,kerajan tentera myammar lansung tidak menpendulikan nyawa rakyatnya. Twisted Evil

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  vinclam1314 Thu May 22, 2008 6:07 pm

ya... saya berasa kerajaan myammar memanglah tidak betul.. mereka mengehadkan rakyat and orang daripada negara lain daripada mengetahui tentang keadaan tempatan.. Penyebaran tentang berita tentang keadaan tempatan adalah sangat penting kerana rakyat negara lain dapat tahui apakah keperluan mangsa.. selain itu, saya mendapati bahawa hanya 1/4 barangan bantuan yang telah sampai kepada mangsa bencana itu ( daripada surat khabar ).. Selain itu, jangka masa minggu kedua hingga sebulan selepas bencana alam berlaku adalah sangat penting kerana jangka masa ini mempunyai peluang yang tinggi bahawa penyakit wabuk akan berlaku di sekitar tempat berlaku bencana.. negara Myammar sudah menalami bencana alam selama beberapa minggu.. dan kini adalah masa yang sangat penting untuk menahankan penyakit wabuk untuk menyebar... ><harap mangsa myammar dapat kembali kepada kehidupan biasa mereka dalam masa yang singkat...

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  weichian_89 Fri May 23, 2008 5:07 pm

dengan berita yang terkini,kerajaan tentera myammar telah menbenarkan pasukan penyelamatan antarabangsa dan barang-barang dari pelbagai negara memasuki ke myammar.ini memanglah berita yang menggembirakan tetapi,sekaranglah negara myammar barulah membenarkan bantuan dari antarabangsa,adakah tindakan ini telah lewat??? confused (sehingga sekarang becana angin telah berlaku kira-kira 3 minggu) jika kerajaan tentera myammar lebih awal menerima bantuan dari antarabangsa,bukankah dapat menyelamat lebih banyak mangsa dan tidak akan menyebabkan kematian mangsa akibat kekurangan bantuan atau wabak. No

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  vinclam1314 Sat May 24, 2008 7:55 am

Ya.. ini adalah agak lambat.. tetapi.. ini juga merupakan berita yang bagus dan agak menyenangkan hati.. kerana kebanyakan mangsa boleh mendapatkan bantuan sekarang.. walaupun lambat.. tetapi orang bantuan international masih boleh masuk untuk membantu mangsa.. Smile
Terdapat banyak khabar yang membandingkan reaksi kerajaan China dan reaksi kerajaan Myammar dalam menantangani masalah bencana alam.. dan kerajaan china mendapat banyak suara yang positif tetapi, kerajaan Myammar dimarah oleh banyak orang.. ><

Pernahkah kakak dan abang kalian melihat tentang SMS ini yang mengatakan bencana yang berlaku di China :
xx / xx / 08 -- >> Bencana Salji di China ( saya sudah lupakan tarikh itu.. >< )
14 / 03 / 08 -->> Pemberontakan di Tibet
12 / 05 / 08 -- >> Gempa Bumi di XiChuan
dalam ketiga-tiga hari ini..
x + x + x = 08
1 + 4 +3 = 08
1 + 2 +5 = 08

adakah ini signal yang diberikan oleh Tuhan?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Bencana alam yang melanda dunia ~akibat drpd manusia sendiri

Post  wenze Sat May 24, 2008 10:21 am

aiyo,abang vinc...kejadian bencana alam pun kamu mampu terang dengan prinsip kimia? Laughing kebelakangan ini,beberapa buah negara telah dilanda bencana alam antaranya negara China yang paling serius dilanda gempa bumi,di indonesia turut berlaku gempa bumi.Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan manusia merupakan salah satu faktor berlakunya bencana alam.jumlah penduduk telah semakin bertambah,pembangunan terus dijalankan di merata tempat untuk menampung pertambahan bilangan penduduk.Pada masa yang sama,manusia telah melupai tanggungjawab mereka utk melindungi bumi ini.cth:bukit-bukit diterokai utk menjadikan kawansan perumahan.bagi mereka yang hanya mementingkan keuntungan,"developer" telah mengabaikan perkara penting utk mengelakkan kejadian spt tanah rutuh berlaku di kws pembangunan mereka.selain itu,saya berpendapat bhw bencana alam yang sedang berlaku di dunia ini merupakan satu "balasan" kpd kita(manusia) sendiri akibat manusia yg mementingkan diri sendiri & mereka yg tdk berperikemanusiaan.cthnya,saya rasa kebanyakan abang & kakak kalian tahu bhw di negara China mereka sanggup mendapatkan kulit haiwan dgn menggunakan cara yg kejam serta menyayatkan hati kita.mereka sanggup memukul haiwan di atas lantai utk menjadikan mereka "separuh mati" ~cedera parah,dan seterusnya 'mengoyakkan' kulit haiwan tersebut ketika mereka masih hidup.memang Dahsyat!!!

wenze

Posts : 7
Join date : 2008-01-14

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  wendy Sat May 24, 2008 5:13 pm

bagi saya,selain manusia perlu bersedar dengan aktiviti yang akan membawa kesan buruk kepada bumi, manusia juga perlu membuat kesediaan pada bila-bila masa supaya tidak menjadi mangsa.. Sad sedih betul apabila melihat gambar-gambar yang dipaparkan di televisyen mahupun surat khabar.
Tidak dapat dinafikan,manusia yang semakin bertamadun telah membawa kebaikan kepada mereka sendiri tetapi mereka telah mengabaikan dan tidak mengambil berat terhadap bumi.sikap mementingkan diri sendiri patut dihapuskan dalam minda manusia.haiz.....bila baru manusia bersedar dan mengambil berat?
kawan-kawan sekalian,
walaupun kita tidak berupaya mengawal tindakan orang lain,tetapi kita boleh mengawal diri sendiri,janganlah kita merosakkan bumi yang indah ini.

wendy

Posts : 60
Join date : 2008-02-06

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty RE: BENCANA ALAM PADA MINGGU INI

Post  NCH CHEAN Mon May 26, 2008 4:03 pm

Bencana alam yang berlaku baru-baru ini memang menyedihkan saya.Daripada bencana-bencana tersebut kita bukan sahaja harus sedar bahawa dunia kita mulai tidak stabil maka kita haruslah sedar bahawa apa aktiviti yang kita buat sebab mungkin sesetengah aktiviti yang kita lakukan juga akan menyebabkan dunia kita menjadi tidak stabil.Di samping itu, kita juga seharusnya berhati-hati dan sentiasa memberi perhatian kepada keadaan alam kita dengan mendengar berita dan membuat persediaan sebelum menghadapi bencana tersebut agar nyawa kita terjamin.Saya amat setuju dengan apa yang kakak wendy cakap itu tentang manusia yang semakin bertamadun ini telah mengabaikan kewujudannya alam ini dan melakukan sesetengah aktiviti yang mendapat keuntungan tanpa mempedulikan kestabilan alam ini.Sebagai manusia kita haruslah insaf tentang apa yang kita buat dan memelihara dan memulihara bumi ini adalah tanggungjawab kita bersama.

NCH CHEAN

Posts : 39
Join date : 2008-01-15

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  weichian_89 Mon Jun 02, 2008 3:39 pm

becana yang berlaku memang menyakitkan hati,apa yang penting ialah betapa susah pun mangsa-mangsa becana juga haruslah meneruskan kehidupan mereka.walaupun telah kehilangan tempat kediaman dan segala infrastuktur mangsa-mangsa becana telah menunjukkan hati yang tabah untuk meneruskan kehidupannya.selain itu,pembangunan-pembangunan selepas becana juga adalah penting.pembangunan selepas becana adalah mengambil jangka masa yang panjang,ini dapat ditengok dari negara indonesia yang telah dilanda tsunami pada beberapa tahun yang lepas.walaupun sekarang kita tidak lagi mendengar berita dari tempat tersebut,tetapi masih ada banyak lagi pembangunan sedang dijalankan dan banyak lagi sukarelawan masih berada di sana untuk membantu dalam kerja-kerja pembanguanan.becana memang pembunuh utama manusia. Crying or Very sad

weichian_89

Posts : 114
Join date : 2008-02-22
Age : 35
Location : batu caves

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  siewMei Mon Jun 02, 2008 5:20 pm

ya,kebelakangan ini memang telah berlaku banyak bencana alam dan perkara yang tidak baik di merata dunia..Daripada hanya melihat kesengsaraan mangsa-mangsa ini,kita yang tidak dilanda bencana alam bukan sahaja perlu menghulurkan bantuan,kita juga perlu bersyukur dan menghargai segala yang kita miliki kerana tanah air kita tidak dilanda bencana alam sebegini..Marilah kita berdoa untuk mangsa-mangsa ini supaya mereka cepat "pulih" daripada "cedera parah" ini...

siewMei

Posts : 171
Join date : 2008-01-14
Age : 35

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  vinclam1314 Wed Jun 04, 2008 10:37 pm

Walaupun bencana alam telah memberikan banyak kesan yang buruk kepada kehidupan haiwan dan tumbuhan, akan tetapi, ia juga memberikan banyak faedah, adakah anda perasannya?

Dari segi kemanusiaan, kecantikan kemanusiaan - nilai moral manusia yang baik dan buruk dapat dinikmati dalam bencana alam. Terdapat banyak orang, (terutamanya ibu yang sering kita dengar / tengok daripada berita) mengorbankan diri dengan tujuan menyelamatkan orang lain. Daripada bencana alam, kita asyik terdengar banyak berita yang terharu seperti ibu mengatakan, "anak, jika anda masih boleh hidup, sila ingat bahawa terdapat seorang ibu yang masih sayangi mu", terdapat ibu yang sudi menggunakan badan mereka untuk menyelematkan anak daripada terkena batu-bata dan sebagainya.. Selain itu,terdapat juga orang yang tidak takut akan pemotongan tangan / kaki demi penyelematan nyawanya. Ketabahan dan kegigihan mereka patut lah di hargai dan disanjungi. Daripada bencana alam yang dahsyat ini, kita perlulah membelajari satu pengajaran, iaitu kita haruslah menghargai apa yang kita mempunyai sekarang.. janganlah kesal apabila anda kehilangan benda itu.. bukan sahaja benda/barangan, tetapi juga ahli keluarga anda, kaki tangan anda, dan sebagainya.. Selain itu, janganlah kita membazirkan makanan atau minuman semata-mata sahaja... terdapat banyak orang yang tiada makanan untuk makan di dunia... jika anda berbuat demikian, padan muka anda jika kamu tiada makanan atau minuman... apakah lagi pengajaran / pendapat kalian?

vinclam1314

Posts : 344
Join date : 2008-01-11
Age : 35
Location : Streamx

Back to top Go down

Bencana Alam pada minggu ini. Empty Re: Bencana Alam pada minggu ini.

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum