Tip untuk memelihara alam sekitar
2 posters
Page 1 of 1
Tip untuk memelihara alam sekitar
-Bawa beg sendiri untuk membeli belah.
-Berbasikal atau berjalan kaki untuk perjalanan yang dekat.
-Tutup peralatan elektrik jika tidak digunakan.
-Amalkan 3R (mengurangkan, menggguna semula dan mengitar semula). Kita dapat menjimatkan banyak sumber alam daripada dimusnahkan.
-Praktiskan dan sokong pekebunan secara organik.
-Gunakan tenaga dan bahan api secara efisyen, jangan bazirkan sumber ini.
-Jalankan projek-projek atau aktiviti bertemakan alam sekitar di rumah, tempat kerja dan juga kawasan kediaman.
-Dinginkan rumah anda secara bijak dengan menanam pokok di sekitar rumah.
-Beli barangan tempatan. Selain kita dapat menjimatkan wang, ia turut menyokong ekonomi tempatan serta mengurangkan pembebasan karbon disebabkan penggangkutan barangan jarak jauh.
-Kurangkan atau hentikan menggunakan barangan pakai buang. Ia hanya menghasilkan sisa pepejal.
-Gunakan air secara bijak kerana ia juga merupakan sumber yang semakin berkurangan.
-Belilah barangan mesra alam yang di iktiraf. Produk-produk ini dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
..

ZiAmUn(U6A/'10)- Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33
Re: Tip untuk memelihara alam sekitar
Kempen haram guna beg plastik akan dilaksanakan
PUTRAJAYA: Kempen pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan sebagai langkah ke arah memulihara alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, sebagai langkah permulaan, kempen itu akan dilaksanakan di peringkat kementerian sebelum diperluaskan ke pusat membeli-belah dan seterusnya ke seluruh negara.
"Kita semua harus memulakan kempen pengharaman penggunaan beg plastik misalnya oleh pengusaha kantin yang beroperasi di premis kementerian ini.
"Kita perlu amalkan tabiat harian di mana makanan tidak lagi dibungkus dalam bekas-bekas plastik yang tidak mesra alam dan boleh mencemarkan alam sekitar," katanya selepas melancarkan Buku Panduan Insentif Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga di Malaysia di sini hari ini.
Chin berkata, pada masa ini kempen itu masih di peringkat perbincangan dengan kementerian lain seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Katanya, satu persidangan dan pameran antarabangsa mengenai teknologi hijau akan diadakan di negara ini pada Oktober tahun depan dengan penyertaan terbesar oleh pihak kerajaan, swasta dan industri.
Katanya, persidangan dan pameran itu akan menjadi platform untuk memperkenalkan Malaysia sebagai antara beberapa negara di dunia yang memberi perhatian khusus kepada teknologi hijau.
"Persidangan itu adalah usaha yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu melihat satu persidangan atau pameran yang mempunyai standard antarabangsa diadakan di negara kita," katanya.
Sementara itu, beliau berkata buku panduan yang dilancarkan itu bagi memberi maklumat mengenai insentif fiskal yang disediakan kerajaan bagi penjanaan Tenaga Boleh Diperbaharu dan pelaksanaan langkah kecekapan tenaga termasuk kualiti tenaga elektrik.
Katanya, buku panduan yang disediakan sebagai rujukan kepada penjana dan pengguna tenaga khususnya tenaga elektrik dalam sektor industri dan komersial akan mula diedarkan hari ini.
Katanya, salinan buku boleh diperoleh daripada kementerian berkenaan, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, Suruhanjaya Tenaga serta Pusat Tenaga Malaysia dan versi elektronik buku tersebut boleh dimuat turun dari laman web agensi berkenaan. - Bernama

Alam sekitar jadi keutamaan
rIcOH aktif dalam kerja-kerja penanaman bakau.
--------------------------------------------------------------------------------
DI sebalik penglibatan dalam teknologi untuk kegunaan orang ramai, Ricoh Malaysia juga proaktif dalam usaha-usaha melindungi alam sekitar melalui pelbagai program.
Antaranya ialah Program Mengambil Balik Botol Toner, kartrij toner dan mesin.
Botol toner, katrij toner dan mesin yang diambil balik akan dihantar ke Jabatan Alam Sekitar - badan kitar semula yang diiktiraf. Dengan ini, kita dapat memastikan ia tidak berakhir di kawasan pembuangan sampah.
Tambahan pula, Ricoh Malaysia seringkali mengelolakan pelbagai aktiviti yang berkenaan dengan pemuliharaan alam sekitar.
Syarikat terbabit juga sering menjalankan aktiviti-aktiviti mesra alam yang memberi kesan positif yang secara langsung terhadap alam sekitar.
Antaranya, aktiviti Menanam Pokok di Cameron Highlands, Penanaman Semula Bakau di Pulau Kukup, Kuala Gula dan Tanjung Piai, Pembersihan Pantai di Port Dickson.
Pada tahun lepas , Kumpulan Ricoh telah diikftiraf sebagai satu daripada Global 100 Most Sustainable Corporations di dunia untuk tahun keempat berturut-turut.
Selain itu , Ricoh juga mengamal dan menitik beratkan pengurusan alam sekitar di dalam produk, pejabat dan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada usaha pencegahan dan pemuliharaan untuk melindungi alam sekitar.
Oleh kerana bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan pembebas karbon dioksida yang paling besar di dunia. Ricoh juga memberi perhatian terhadap usaha untuk menjadi sebuah perbadanan perniagaan yang menerajui dan menitik beratkan usaha-usaha melindungi alam sekitar.
Sebagai contoh, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia baru-baru ini, Ricoh Malaysia telah memadamkan lampu yang tidak diperlukan (termasuk papan tanda RICOH yang berada di Axis Plaza) di setiap hari pada pukul 7 malam bermula Jun 5 hingga Jun 12, 2009.
Tambahan pula, Ricoh juga memadamkan penghawa dingin dan lampu yang tidak diperlukan dari pukul 1 petang hingga 2 petang dan pada pukul 7 malam di setiap hari.
Dengan ini, ia akan meningkatkan tahap kesedaran terhadap melindungi alam sekitar di kalangan kakitangan Ricoh Malaysia dan orang awam.
Aktif dalam aktiviti-aktiviti pemuliharaan alam sekitar juga merupakan sebahagian tanggungjawab korporat syarikat berkenaan .
Selain dari itu, Ricoh juga memberi khidmat nasihat dan penyelesaian kepada pelanggan-pelanggan kami untuk membantu mengurangkan pembebasan karbon di pejabat mereka.
Salah satu pendekatan baru ialah memperkenalkan konsep Total Green Office Solutions sebagai satu cara yang praktikal untuk menyalurkan kemahiran kami dalam mewujudkan teknologi yang memberangsangkan perolehan pencapaian dan penjimatan kos perniagaan.
Pembebasan karbon juga dapat dikurangkan melalui Total Green Office Solutions.
Total Green Office Solutions merangkumi bahagian yang berikut: - Khidmat Nasihat, Pengurangan Kegunaan Kertas, Penjimatan Tenaga, Rekaan Produk Mesra Alam, Pematuhan Undang-Undang, Penyelesaian Kitaran Hidup.

Apabila negara semakin pesat membangun, populasi manusia akan meningkat. Ini menyebabkan kadar permintaan manusia terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Ini terjadi apabila manusia memerlukan tempat tinggal, pekerjaan, bekalan air dan elektrik, pengangkutan, makanan dan lain-lain dalam memastikan mereka memperolehi kehidupan yang lebih baik. Namun permintaan ini terhasil disebabkan perbezaan ekonomi dan keadaan demografik. Amerika Latin, Asia Barat dan Selatan Eropah merupakan negara-negara yang sedang membangun dari sektor perindusrian, perladangan, perdagangan dan pertanian memerlukan kawasan tanah yang luas bagi pembinaan kilang, pembukaan tanah baru bagi pertanian/perladangan dan pembangunan bandar-bandar baru bagi meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan yang lebih baik seperti rumah,bekalan elektrik dan air, kereta dan lain-lain menyebabkan permintaan terhadap sumber semulajadi semakin tinggi. Penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara lain secara haram atau melalui saluran yang betul juga menyebabkan mereka berpindah bagi mendapatkanpeluang pekerjaan dan mengubah gaya hidup mereka. Pengurusan sumber semulajadi yang tidak terancang seperti penebangan hutan secara berleluasa, pelepasan effluen yang tidak terkawal dan pembuangan sisa toksik ke sungai serta pelepasan asap hitam ke atmosfera boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar. Namun, kesan kepada alam sekitar boleh dihubung kait dengan faktor-faktor di kotak hijau di bawah.
Antara Kesan Kepada Alam Sekitar Adalah:-
Masalah Sumber Bekalan Air
Bekalan sumber air bersih akan tercemar dan berkurangan akibat penebangan pokok di kawasan tadahan air dan pencemaran sungai akibat dari hakisan tanah dan pembuangan sisa toksik.
Pengurusan Sistem Pepejal
Penghasilan sampah sarap oleh manusia yang semakin banyak dan tapak pelupusan sampah yang tidak bersistem boleh menyebabkan larut resap dari sampah sarap memasuki sungai yang berdekatan atau meresap ke air bawah tanah dan mencemar bekalan air.
Haiwan Perosak
Bilangan haiwan perosak yang tinggi seperti tikus, lalat dan lipas yang mampu menyebarkan penyakit kepada manusia semakin berleluasa.
Pencemaran Udara
Pelepasan karbon dioksida, chlorofl urocarbon (CFC), sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan gas-gas lain dari asap kenderaan dan kilang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang mampu menyebabkan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
Masalah Kesihatan
Air yang tercemar mengandungi bahanbahan toksik atau mengandungi vektor yang membawa penyakit kepada manusia dan haiwan seperti taun, kolera dan sebagainya.
Kepelbagaian Biodiversiti
Penebangan hutan yang tidak terkawal dan tidak terancang mampu menyebabkan spesis flora dan fauna yang amat berharga akan pupus.
Perubahan iklim dunia
Gas rumah hijau yang terbebas ke udara hasil dari pembakaran bahan api fosil akan terperangkap di dalam atmosfera dan menyebabkan bumi menjadi panas. Apabila suhu bumi meningkat, paras lautan menjadi tinggi dan ini akan menyebabkan banjir. Masalah kepanasan bumi ini juga akan menghasilkan kemarau yang berpanjangan.
Bagaimana Kita Mengatasinya?
Cara mengatasi masalah ini adalah melalui tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu menstabilkan populasi, mengurangkan penggunaan sumber dan pengurusan sumber yang berkesan.
Menstabilkan populasi
Apabila kita mampu mengawal kadar pertumbuhan populasi, kita dapat mengurangkan kadar permintaan populasi terhadap sumber semulajadi. Ini membolehkan sesebuah negara memfokuskan kewangan negara ke bidang pendidikan, kesihatan danpeluang pekerjaan. Dengan mengawal kadar populasi juga, ia mampu meningkat produktiviti dan kualiti hidup apabila rakyat mampu untuk menabung dan melabur kewangan dengan baik.
Mengamalkan Kitar Semula
Dengan mengamalkan sikap mengitar semula bahan terbuang, penggunaan semula bahan terpakai, mengurangkan pembelian bahan yang tidak boleh dikitar semula dan mengamalkan amalan mesra alam seperti mengurangkan penggunaan elektrik dan air mampu mengurangkan penggunaan sumber semulajadi dalam penghasilan sesuatu produk.
Pengurusan sumber yang berkesan
Menguruskan dan mengawal sumber alam semulajadi dengan efisien dan berkesan. Dengan ini sumber tersebut boleh bertahan bagi jangkamasa panjang. Dengan mencari sumber alternatif yang boleh menggantikan sumber yang sedia ada akan membantu dalam memelihara sumber semulajadi daripada pupus.
Pembangunan Lestari
Untuk mencapai pembangunan lestari perkara-perkara yang perlu digabungkan dengan sebaiknya ialah ekonomi, sosial, politik dan ekologi bagi mencapai kestabilan serta mewujudkan kualiti hidup yang seimbang seiring dengan perkembangan pembangunan negara.
Kesimpulannya, pertumbuhan populasi dunia dan kesedaran dalam memelihara alam sekitar merupakan masalah global yang perlu dihadapi oleh masyarakat dunia masa kini demi untuk memastikan pembangunan lestari dapat menjamin masyarakat dunia mendapat kualiti hidup yang lebih baik
.Antara Kesan Kepada Alam Sekitar Adalah:-

Rujukan:
Environmental Science. 7th edition.
Alternatif mesra alam
Alternatif mesra alam bantu kurangkan beban impak ekonomi industri
Oleh : Abdul Rahman Mahmud
Oleh : Abdul Rahman Mahmud
Pada ketika ini ramai dikalangan pengusaha industri di seluruh dunia sedang dihimpit dengan krisis ekonomi global yang agak memeritkan. Ini memberikan tekanan terhadap kos operasi yang melibatkan gaji pekerja, penggunaan tenaga serta kos berkaitan pengurusan alam sekitar didalam industri. Akibatnya ramai dikalangan pengusaha industri mengambil jalan pintas dengan memberhentikan pekerja serta menurunkan saiz pengeluaran.
Ada juga dikalangan pengusaha industri memohon untuk mengurangkan kadar pelaporan pemantauan alam sekitar bagi premis mereka sebagai langkah untuk mengurangkan beban ekonomi yang ditanggung. Sesetengah pengusaha industri membelanjakan hampir 20 hingga 30 peratus daripada kos keseluruhan operasi kepada aspek pengurusan alam sekitar .
Kos pengurusan alam sekitar yang terlibat dalam industri adalah berkaitan dengan rawatan dan pengendalian sisa bahan cemar. Sisa yang biasa di keluarkan oleh industri adalah asap hitam daripada cerobong, air sisa buangan industri dan juga bahan buangan terjadual. Kesemua bahan sisa cemar ini perlu diurus dan dirawat dengan baik agar ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar.
Selain itu, ada sesetengah industri yang disyaratkan untuk menghantar laporan pemantauan alam sekitar secara berkala kepada agensi dan jabatan yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara laporan yang dihantar adalah seperti laporan pemantauan pelepasan asap dari cerobong dan laporan pematuhan had pelepasan air sisa buangan industri. Kesemua aktiviti ini memerlukan kos yang agak mahal. Namun, ianya sudah menjadi tanggungjawab pengusaha industri untuk menjalankanya walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah ekonomi.
Seandainya kesuraman ekonomi ini berterusan sudah pasti banyak pengusaha industri yang terpaksa gulung tikar dan kehilangan mata pencarian yang amat bernilai. Di samping itu juga kadar penggangguran dijangka akan terus meningkat sehingga 200,000 orang sehingga akhir tahun ini sekiranya masalah ini terus berlarutan.
Dalam mencari penyelesaian terbaik pengusaha industri tidak seharusnya mengambil jalan mudah sehingga meminggirkan alternatif lain yang lebih baik untuk dilaksanakan. Mereka seharusnya melihat alternatif lain yang boleh menjamin survival mereka serta membantu negara dalam berhadapan dengan kesan ekonomi global.
Untuk mengatasi masalah ini alternatif mesra alam melalui pendekatan ”Pengeluaran Bersih” (Cleaner Production (CP)) dilihat dapat memberi kelegaan dikalangan pengusaha industri. Konsep Pengeluaran Bersih bersifat serampang dua mata iaitu ia mampu membantu mengurangkan impak pencemaran alam sekitar dan menjimatkan kewangan sekiranya dirancang dengan teliti. Pengusaha industri hanya perlu melakukan sedikit kajian dengan menerapkan beberapa strategi melalui pendekatan Pengeluaran Bersih.
Konsep pengeluaran bersih berbeza daripada amalan tradisi pengusaha industri yang lebih mementingkan aspek pengawalan pencemaran di hujung proses (end of pipe). Amalan tradisi pengusaha industri termasuklah dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk membina loji rawatan air sisa dan alat kawalan pencemaran udara. Walaubagaimanapun ada dikalangan pengusaha industri yang tidak mampu mencapai prestasi kecekapan rawatan pencemaran pada tahap yang baik walaupun telah melaburkan wang yang tinggi untuk mengatasinya. Ini adalah sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh pengusaha industri. Walaubagaimanapun dengan pendekatan Pengeluaran Bersih ia dapat mengatasi masalah ini dengan baik.
Pendekatan Pengeluaran Bersih lebih menumpukan kepada ’sumber penyebab’ pencemaran dan bergerak ke arah menghapuskanya di peringkat awal. Ianya dilihat sebagai suatu anjakan paradigma baru dalam dunia kejuruteraan alam sekitar. Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) mendefinasikan Pengeluaran Bersih (CP) sebagai suatu pendekatan mengintegrasikan strategi pencegahan pencemaran alam sekitar secara berterusan ke dalam operasi proses, penghasilan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Ianya dapat memberi manfaat kepada kecekapan keseluruhan operasi industri dan mengurangkan kesan risiko terhadap manusia dan alam sekitar.
Terdapat lima strategi pencegahan pencemaran yang diterapkan melalui konsep ini. Strategi pertama, adalah dengan pengubahsuaian produk. Ianya meliputi perubahan terhadap sifat – sifat produk, seperti bentuk dan kandunganya yang direka mengambilkira kos yang lebih rendah dan mesra alam. Jangka hayat produk yang dihasilkan direka agar mempunyai jangka hayat yang panjang, mudah di perbaiki, mudah dilupuskan, boleh dikitar semula dan mempunyai potensi pencemaran yang rendah. Melalui strategi ini kos pengeluaran akan lebih rendah dan dapat menghasilkan produk yang bersifat mesra alam yang boleh dikitar semula.
Strategi kedua, pula merujuk kepada pengubahan input bahan mentah. Kandungan bahan mentah yang digunakan dipastikan bebas dari sebarang potensi pencemaran atau sekurang-kurangnya mempunyai kebolehan mencemar yang amat rendah. Ia juga dipilih berasaskan kos bahan mentah pada tahap yang minima. Sebagai contoh untuk menghasilkan produk A, kebiasaanya bahan X digunakan sebagai bahan mentah dengan harga yang tinggi. Namun penggunaan bahan X telah memberikan kesan sampingan seperti pertambahan jumlah sisa industri yang perlu di rawat dan dilupuskan dengan kos rawatan yang tinggi. Oleh itu alternatif baru untuk, menghasilkan produk A, dengan bahan mentah lain yang lebih murah dan kurang pencemaran perlu digunakan.
Strategi ketiga, memfokuskan terhadap pengubahsuaian rekabentuk proses. Ini melibatkan pengubahan aliran dan rekabentuk unit operasi proses yang terdapat di dalam sebuah industri. Rekabentuk aliran proses perlu diubah bagi mengurangkan atau melupuskan penghasilan sisa pencemaran dengan pengunaan tenaga yang rendah.
Sebagai conotohnya satu artikel dalam Majalah Jurutera keluaran Disember 2008, menyatakan teknologi pengkomposan didalam industri penghasilan minyak sawit dapat mengurangkan dan menghapuskan kos bagi rawatan air sisa. Ini berlaku dengan menukarkan keseluruhan bahan sisa sampingan industri sawit kepada baja kompos dengan beberapa pengubahsuaian aliran proses. Beberapa kilang sawit di Sabah didapati telah melaksanakan kaedah ini dengan jayanya.
Strategi keempat, merujuk kepada amalan penyeliaan terbaik. Hal ini melibatkan perubahan terhadap prosedur operasi dan pengurusan penyeliaan yang teliti. Ianya melibatkan peningkatan keupayaan kemahiran pekerja di semua peringkat. Dengan adanya pekerja mahir di dalam industri kos penyelenggaraan terhadap alat kawalan pencemaran dapat dikurangkan. Ini sekaligus mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar melalui program pemantauan berterusan prestasi (performance monitoring) alam sekitar yang dijalankan oleh pekerja mahir.
Strategi kelima, merujuk kepada usaha kitar semula bahan sisa yang dihasilkan di dalam operasi industri. Ini boleh dijayakan dengan penggunaan semula sisa sebagai bahan mentah semula, penjanaan tenaga, pemerolehan semula (recovery) dan juga menggunakanya untuk tujuan produk lain. Sebagai contohnya sisa industri padi boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk penghasilan baja kompos. Ini dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar melalui kaedah pembakaran terbuka yang selalu diamalkan. Selain itu pemasangan sistem kitar semula air sisa terpakai dapat membantu mengurangkan penggunaan air di dalam industri makanan dan menjimatkan kos pengeluaran.
Dalam konteks global banyak industri telah mula mengamalkan konsep Pengeluaran Bersih dan berjaya mengurangkan kos operasi mereka. Antara industri yang telah berjaya menerapkan konsep ini adalah industri makanan, industri elektronik dan industri farmasi. Sebagai contohnya syarikat Castle Chemical di Sandgate Australia telah berjaya menerapkan konsep pengeluaran bersih dengan penjimatan penggunaan tenaga melalui penukaran aliran proses dan melaksanakan program kitar semula sisa sehingga menjana keuntungan tahunan yang amat bermakna. Negara maju seperti Australia, Jepun dan telah lama melaksanakan program ini. Pengeluaran Bersih bukan sahaja mampu mengurangkan kos operasi malahan dapat membantu melestarikan industri.
Dalam konteks Malaysia potensi untuk menerapkan konsep Pengeluaran Bersih amat besar. Industri berasaskan pertanian seperti kelapa sawit, getah dan makanan di lihat mempunyai prospek yang cerah untuk melaksanakan program ini. Apa yang perlu pengusaha industri perlu terus melihat jauh kehadapan dengan melihat dan mengambil pengajaran kejayaan beberapa industri di dunia dalam menerapkan konsep ini.

Gesa haramkan air botol plastik
Gesa haramkan air botol plastik
Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
PULAU PINANG 4 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan air dalam botol plastik kerana ia boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, anggapan air yang dibotolkan adalah menyihatkan dan bebas kalori berbanding minuman ringan adalah tidak benar kerana ia tidak mempunyai jaminan seumpamanya.
Menurut beliau, penghasilan botol plastik yang digunakan juga menjana lebih 100 kali ganda bahan toksik yang mampu melarut resap ke dalam air.
''Proses menghasilkan dan mengangkut botol yang digunakan juga boleh menjejaskan alam sekitar kerana kebanyakan botol terpakai akan dilambak ke tapak pelupusan sampah.
''Dianggarkan 1.5 juta tong minyak mentah digunakan setiap tahun di seluruh dunia bagi menghasilkan plastik untuk membotolkan air, ia pula diangkut dalam jarak jauh untuk diedar dan membakar sejumlah besar minyak.
''Jadi, dalam proses tersebut apabila botol menjadi panas ia mula merembes bahan kimia ke dalam air walaupun botol belum dibuka dan ini yang boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambahnya, menurut kajian Dr. Ken Smith dari Jabatan Kimia Persekitaran, Persatuan Bahan Kimia Amerika Syarikat, meninggalkan botol air dalam kenderaan boleh mengubah keseimbangan bahan kimia dalam botol menyebabkan ia mudah resap ke dalam air.
''Pada 2006, saintis dari Jerman pula mendapati sejenis bahan toksik yang digunakan dalam pembuatan botol selain meresap dengan cepat ia juga boleh menjadi sangat bertoksik jika semakin lama disimpan.
''Dianggarkan penduduk negara ini meminum lebih 100 juta botol air setahun dan harganya pula ada serendah 40 sen jika dibeli secara karton di pasar raya dan setinggi RM5 sebotol di hotel-hotel.
''Pada masa sama, ramai pengguna tidak menyedari bahawa botol dengan tudung yang berwarna adalah untuk air biasa sementara botol bertudung putih adalah untuk air minuman yang disuling," ujarnya.
Beliau berkata, para pengguna sebenarnya terpengaruh dengan iklan yang kononnya mengaitkan meminum air dalam botol dengan sesuatu yang glamor, canggih, kaya atau untuk kesihatan.
Sehubungan itu, S.M. Mohamed menasihatkan para pengguna supaya meminum air paip walaupun ia biasanya mempunyai kandungan klorin, namun ujian rawak membuktikan bahawa terdapat perbezaan di antara air paip dan yang dibotolkan.
''Biarkan air paip mengalir seketika sebelum minum bagi mencegah rasa air yang kurang enak kerana ia berada sekian lama dalam paip, pada masa sama campur perahan limau atau lemon bersama ketulan ais ia akan jadi enak dan menyegarkan," katanya.

Similar topics
» Online learning melalui E-forum- Pandangan
» Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)
» Hari Alam Sekitar Sedunia
» Perkongsian idea tentang isu alam sekitar
» Tubuh agensi perlindungan alam sekitar

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum