PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tubuh agensi perlindungan alam sekitar

Go down

Tubuh agensi perlindungan alam sekitar Empty Tubuh agensi perlindungan alam sekitar

Post  keat sin (U6A) Sat Jun 19, 2010 11:32 am

KUALA LUMPUR 17 Jun - Kerajaan disaran menubuhkan sebuah agensi perlindungan alam sekitar bagi menterjemahkan komitmen kerajaan yang menganggap ia sebagai khazanah negara.

Datuk Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata, agensi berkenaan wajar diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan berstatus bebas bagi mengelakkan tekanan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan.

Jelasnya, walaupun negara sudah mempunyai Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang memberikan kuasa kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memantau dan menghukum, ia masih belum mencukupi untuk melindungi khazanah negara itu sepenuhnya.

"Agensi ini mestilah bebas supaya tiada tekanan diberikan kepada mereka sebab alam sekitar ini umpama harta karun, jual pasir dapat duit banyak, jual balak pun dapat duit banyak.

"Jika kerajaan mengatakan alam sekitar adalah khazanah negara, kita mestilah menunjukkan keberanian sebagai negara kelas pertama bukan sahaja dalam aspek modal insan bahkan alam sekitar," katanya sewaktu membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut Azalina berkata, kesan daripada ketiadaan agensi perlindungan seumpamanya boleh dilihat dalam kejadian tumpahan minyak di perairan negara sehingga pihak yang membuat kesalahan itu tidak dikenakan denda.

Jelasnya, apabila berlaku tumpahan minyak, kebiasaannya JAS akan dijadikan pengerusi jawatankuasa untuk menangani masalah tersebut dengan dibantu oleh jawatankuasa kecil setempat dan kontraktor pembersihan yang dilantik.

"Bagaimanapun, tiada pihak yang didenda kerana menyebabkan tumpahan umpamanya di kawasan saya (Pengerang). Masalahnya nak dapat duit insurans kena tunggu bertahun-tahun, kalau kereta langgar kereta tunggu bertahun-tahun ini kan pula kapal langgar kapal.

"Dalam jangka masa itu siapa nak bayar ganti rugi? Itulah sebabnya saya mencadangkan sebuah agensi perlindungan alam sekitar yang bebas ditubuhkan," katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai 'kebanjiran' kapal dagang yang berlabuh di perairan selatan negara termasuk Pengerang yang jumlahnya dikatakan oleh sebuah portal berita luar negara melebihi jumlah kapal perang yang dimiliki Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

keat sin (U6A)

Posts : 121
Join date : 2009-10-07

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum