PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

+13
Ong Yee Teng
SenHan_U6F
WeiShi_L6F
reeann
Steph
waiyee(U6A)
Goh Moon Hong (U6A)
claraliew04 (U6A)
Lim Je Wei (U6A)
Mow Jiun You (U6A)
Soo Hui Sun(U6A)
marilyn(U6B)
PnLeela
17 posters

Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  PnLeela Tue Apr 07, 2009 5:27 pm

Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman
terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty RE: Esei Minggu 3 - Kebersihan alam sekitar

Post  marilyn(U6B) Sat Apr 11, 2009 12:49 pm

Isi 1:
Antara kesan pencemaran alam sekitar ialah terganggunya kesihatan manusia. Hal ini dapat dikaitkan dengan perbuatan manusia yang membuang bahan-bahan buangan seperti sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam sungai. Bahan-bahan buangan ini akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air selain mengalakkan pembiakan bakteria.Mereka yang terminum atau terguna air yang tercemar ini kemungkinan besar akan menghidap penyakit atau masalah kesihatan seperti keracunan makanan dan penyakit kulit. Selain itu,pencemaran udara seperti kebakaran hutan, pembebasan karbon monoksida melalui ekzos kenderaan dan kilang industri juga menyumbangkan kesan terhadap kesihatan manusia.Contohnya, kes kebakaran hutan di Sumatera telah menyebabkan berlakunya jelebu yang berpunca daripada nukleus pemeluwapan yang terdiri daripada zarah debu, asap dan bahan pencemar.Hal ini bukan sahaja mengurangkan kadar penglihatan sekeliling malah menjejaskan sistem pernafasan manusia. Ini kerana gas-gas toksik seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan nitrogen oksida pula akan menyebabkan pendarahan pulmonari.

marilyn(U6B)

Posts : 6
Join date : 2009-03-24

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  Soo Hui Sun(U6A) Sat Apr 11, 2009 12:59 pm

Pendahuluan: Alam sekitar didefinisi sebagai semua kehidupan dan bukan kehidupan yang berada di dalam dunia. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Jika berlaku kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Ini jelas menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar. Walau demikian manusia telah melakukan aktiviti-aktiviti yang telah mengancam keharmonian alam sekitar. Pada minggu lepas, European Commission telah mengatakan bahawa masalah alam sekitar telah menjadi masalah yang semakin serius, ia telah memberi kesan negatif terhadap sektor-sektor seperti pertanian, perikanan, perkhidmatan, perdagangan dan lain-lain.

Soo Hui Sun(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  Mow Jiun You (U6A) Sat Apr 11, 2009 1:05 pm

Isi 1: Ancaman terhadap alam sekitar memang boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif. Perubahan iklim global merupakan salah satu kesan negatifnya. Pendedahan kepada perubahan cuaca yang ekstrem menyebabkan berlakunya pengurangan dalam jumlah biodiversiti di sesuatu tempat. Fenomena kesan perubahan iklim global semakin jelas dan dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Peningkatan suhu dunia lebih dikenali sebagai pemanasan global. Kesan pemanasan global adalah disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kerakusan manusia menjadi punca utama kepada perubahan iklim global. Pemanasan global adalah berpunca daripada pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas serta secara langsungnya menyebabkan peningkatan mendadak gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana, klorofluorokarbon (CFC) dalam atmosphera. Akibatnya, gas rumah hijau yang terkumpul tidak dapat dibebaskan dan terperangkap dalam atmosphera menyebabkan suhu bumi meningkat. Selain itu, pembangunan, pemusnahan hutan, perindustrian, perkilangan dan pengangkutan juga merupakan antara aktiviti yang menyumbang kepada perubahan iklim sejagat. Justeru itu, masalah pemanasan global ini haruslah ditangani bersama dengan segera sebelum masalah ini menjadi lebih kritikal.

Mow Jiun You (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  Lim Je Wei (U6A) Sat Apr 11, 2009 1:10 pm

Isi 2 : Kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab adalah punca utama ancaman terhadap flora dan fauna. Contohnya, pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Pembalakan tidak terancang akan menggangu keseimbangan ekosistem. Penebangan hutan hujan tropika secara berleluasa untuk mendapat kayu balak yang diperlukan dalam industri pembuatan perabot telah mempengaruhi habitat flora dan fauna, seterusnya menyebabkan kepupusan hidupan. Tambahan pula, pembalakan tidak terancang juga menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semula jadi pengurangan karbon dioksida di atmosfera. Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis. Selain itu, aktiviti seperti menangkap haiwan berspesis istimewa seperti ikan paus untuk daging dan lemaknya menyebabkan ketidakseimbangan dalam ekologi. Implikasinya, pembiakan hidupan terganggu dan terbantut. Pencemaran juga turut menjadi penyumbang utama kepada kemusnahan ekosistem. Contohnya, pencemaran air disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka membuang sampah-sarap ke dalam laut. Ini menjejaskan pertumbuhan kehidupan akuatik kerana minyak yang terapung di permukaan air menghalang penembusan cahaya matahari dan gas oksigen. Akibatnya kehidupan akuatik akan mati kerana kekurangan oksigen. Yang menyedihkan, alam sekitar semakin terancam dan menimbulkan kesan negatif yang lebih padah akibat sikap tidak ambil peduli masyarakat hari ini terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.

Lim Je Wei (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  claraliew04 (U6A) Sat Apr 11, 2009 1:11 pm

Isi 3: Tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti gas asli, petroleum dan air yang terlampau serta sisa-sisa industri yag mencemarkan persekitaran telah menyebabkan alam sekitar kita yang bersih diancam. Pendedahan kepada gas-gas racun seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang secara asasnya terhasil daripada pembakaran bahan api fosil dan penggunaan-penggunaan kimia akan melambatkan tindak balas menyebabkan rasa mengantuk, inflamasi paru-paru dalam manusia. Selain itu, pelepasan dari industri yang mengandungi pelbagai jenis pencemaran air termasuk bahan organic dan bahan kimia seperti logam-logam berat dan kompaun yang tidak boleh dibiodegrasikan juga mempunyai kesan yang ketara ke atas kesihatan manusia dalam jangka masa panjang.

claraliew04 (U6A)

Posts : 8
Join date : 2008-06-10
Age : 34

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  Goh Moon Hong (U6A) Sat Apr 11, 2009 1:13 pm

Isi 4: Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan kita mampu mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semula jadi untuk manusia menjamin kehidupan yang selesa. Ini bukan sahaja memastikan manusia mengelak scenario perubahan alam yang mengancam malah membantu manusia memiliki kualiti hidup yang baik.

Goh Moon Hong (U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-27

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  waiyee(U6A) Sat Apr 11, 2009 1:14 pm

Penutup: Kesimpulannya, jika langkah-langkah segera tidak diambil, kehidupan manusia di bumi akan mengalami kehancuran. Generasi muda perlu bersikap positif dalam mengorak langkah ke arah ini. Pelbagai badan sukarela dan bukan kerajaan perlu berusaha dan bekerjasama dengan kerajaan dalam menangani masalah ini. Pihak berkuasa juga harus lebih tegas dalam menangani isu ini supaya pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

waiyee(U6A)

Posts : 6
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  Steph Sat Apr 11, 2009 2:17 pm

Cikgu,adakah tajuk ini memerlukan 2 isi utk kepentingan alam sekitar yg bersih dan 2 isi utk kesan-kesan ancaman terhadap alam sekitar?Harap cikgu blh reply me...thx

Steph

Posts : 7
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  reeann Sat Apr 11, 2009 5:52 pm

pendahuluan

Dalam usaha memajukan negara, meningkatkan taraf hidup penduduk, ekonomi dan proses pembangunan yang begitu mendesak telah mencemarkan alam sekitar . Hal ini amat membimbangkan memandang kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan bumi kita. Pencemaran, boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Alam sekitar yang sedang mengalami pencemaran akan membawa banyak kemudaratan kepada manusia dan semua hidupan. Antara kesan-kesannya adalah seperti, penjejasan kesihatan manusia, pencemaran udara dan jerebu , fenomena hujan asid,pencemaran air ,kepupusan hidupan akuatik, pemanasan setempat, keracunan, hakisan tanah dan banjir.


Last edited by reeannU6B on Sun Apr 12, 2009 1:24 pm; edited 2 times in total
reeann
reeann

Posts : 5
Join date : 2009-03-18

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  WeiShi_L6F Sun Apr 12, 2009 9:08 am

Pendahuluan:
Alam sekitar merupakan anugerah Allah Subhanahu Wata’ala yang besar nilainya. Kita sebagai manusia yang memerlukan manfaat alam sekitar yang bersih, perlu untuk menjaganya dan bersifat sensitif. Ini adalah kerana udara yang dihirup, air bersih dan bermacam lagi kegunaan alam sekitar adalah amat berguna manfaatnya. Jika tidak, mungkin kita akan terdedah kepada bahaya seperti penyakit antaranya denggi, kolera dan sebagainya. Begitu juga keindahan alam sekitar itu memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi negara kita dan kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Ini adalah kerana hasil dari pendapatan itu akan dapat menambah lagi sumber kewangan negara.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  Steph Sun Apr 12, 2009 5:07 pm

Kita juga tidak dapat menafikan bahawa kerosakan terhadap alam sekitar menyebabkan penularan jangkitan penyakit.Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke longkang,parit dan sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria.Hal ini kerana sampah sarap yang dibuang sama ada dengan sengaja ataupun tidak sengaja telah menyekat pengaliran air sehingga parit tersumbat dan tertakungnya air.Keadaan ini membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes.Maka tidak hairanlah statistik menunjukkan bahawa Lembah Klang mencatatkan bilangan kes Deman Denggi yang tinggi.

Steph

Posts : 7
Join date : 2009-03-25

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  SenHan_U6F Mon Apr 13, 2009 2:21 pm

Isi 1:Alam Sekitar merupakan kawasan tadahan bagi flora dan fauna.Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai.Air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai.Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.Jika alam sekitar diterokai maka aliran air menjadi tidak sempurna,mudah tersejat,menghakis tanah dan air mengalirkan ke sungai menjadi kotor.Semua ini bukan sahaja membawa kesan kepada sistem peredaran air itu sendiri tetapi juga kepada manusia.

SenHan_U6F

Posts : 29
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Penutup(U6B)

Post  Ong Yee Teng Tue Apr 14, 2009 10:17 am

Intihannya , kerosakan alam sekitar menyebabkan kerugian bukan sahaja terhadap manusia, tetapi semua hidupan atas bumi. Malahan, kesan-kesan negatif ini tidak dapat dibaiki dalam masa yang singkat. Justeru itu, manusia harus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengatasi masalah itu. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang yang tegas , perubahan sikap dalam kehidupan harian , penyelidikan-penyelidikan , kempen , dan lain-lain. Sematkan di jiwa bahawa bumi ini anugerah Tuhan , hendaklah dijaga rapi ke akhir zaman.

Ong Yee Teng

Posts : 6
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  KeeSengU6F Tue Apr 14, 2009 7:19 pm

Isi ke-2:

Kebersihan dan kesegaran udara menyumbangkan pernafasan yang sihat. Udara yang berkandungan oksigen tinggi amat diperlukan oleh manusia untuk menyegarkan badan kita. Namun begitu, pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan kita. Udara dan bahan cemar yang terperangkap dalam udara akan memasuki hidung atau mulut manusia dan mamasuki paru-paru malalui trakea. Karbon monoksida adalah antara gas yang dapat maracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon boleh menmibulkan kerengsaan. Habuk, asap dan kabus juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

KeeSengU6F

Posts : 14
Join date : 2008-09-23

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  HO KOK WAI Wed Apr 15, 2009 10:03 am

Isi 3:
Alam sekitar adalah sangat penting untuk mengekalkan keharmonian antara manusia dengan alam sekeliling. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Jika alam sekitar dimusnahkan, keseimbangan ekosistem akan terganggu dan ini akan menyebabkan haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan itu lari berkeliaran dan menjejaskan keharmonian manusia. Selain itu, haiwan yang tempat perlindungannya termusnah akan menghadapi masalah seperti tiada makanan. Tumbuhan-tumbuhan yang dimusnahkan juga akan menghadapi masalah kepupusan.

HO KOK WAI

Posts : 5
Join date : 2009-03-23

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Penutup(U6F) - Alam Sekitar

Post  kevin_L6F Wed Apr 15, 2009 12:18 pm

Penutup:
Kesimpulannya, nyatalah bahawa alam sekitar yang bersih penting kepada kelangsungan hidup manusia dan penduduk bumi. Adalah menjadi harapan agar pencemaran alam sekitar yang semakin gawat ini diselesaikan dengan secepat mungkin. Bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’ haruslah diingati sentiasa. Semoga masalah pencemaran tidak akan menjejaskan kehidupan makhluk di alam ini.

kevin_L6F

Posts : 8
Join date : 2008-05-19
Location : Batu Caves

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Kebersihan alam sekitar.......

Post  priya Sun Apr 19, 2009 7:10 am

U6B---ISI 4 :


Pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan berlakunya jerebu di negara kita.Puncanya termasuklah pembakaran hutan, pengeluaran asap kilang,pengeluaran gas ekzos oleh kenderaan,dan pembakaran sampah secara terbuka.Dalam jangka panjang,aspek ekonomi juga akan terjejas.Pembatalan penerbangan kapal terbang terpaksa dibuat.Hal ini mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat penerbangan.Pekerja-pekerja yang bekerja di luar pejabat mungkin terpaksa mengambil cuti demi kesihatan mereka.Kilang perindustrian,kuari,dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Nelayan juga tidak turun ke laut kerana bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas.Penjaja di tepi jalan tidak dapat menjalankan perniagaan mereka.Sebagai akibatnya,sumber rezeki terjejas dan pengusaha mengalami kerugian besar.

priya

Posts : 4
Join date : 2009-03-29

Back to top Go down

Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment) Empty Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum