PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Syarat baru kad kredit melindungi pemegang kad kredit

2 posters

Go down

Syarat baru kad kredit melindungi pemegang kad kredit Empty Syarat baru kad kredit melindungi pemegang kad kredit

Post  Ying Ying (L6B) Thu May 19, 2011 12:10 pm

Pada 18 Mac 2011, Bank Negara telah mengumumkan syarat baru kelayakan pendapatan minimum bagi memohon kad kredit berkuat kuasa sertamerta adalah RM24,000 setahun daripada RM18,000 setahun sebelum ini.

Bagi pemohon atau pemegang kad yang memperoleh pendapatan tahunan di bawah RM36,000 pula, mereka hanya boleh memiliki kad kredit daripada hanya dua bank.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad berpendapatan RM36,000 atau kurang juga tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan masing-masing.

OSK Research berkata, bank di Malaysia adalah lebih berhati-hati dalam meluluskan permohonan pinjaman kad kredit sejak dua tahun kebelakangan ini yang menyaksikan secara puratanya ia menguncup sebanyak 17.6 peratus setahun berbanding kelulusan pinjaman keseluruhan yang berkembang 9.2 peratus dalam tempoh sama.

OSK Research berkata walaupun ramai beranggapan perniagaan kad kredit menanggung risiko lebih tinggi, langkah bank di Malaysia melaksanakan proses penilaian kredit yang ketat telah memastikan nisbah pinjaman tidak berbayar masing-masing terus bertambah baik.

Saya berasa langkah ini sememangnya dapat mengurangkan bilangan pemegang kad yang tidak dapat melangsaikan hutang kad. Dengan peraturan baru yang lebih ketat, tidak dapat seseorang untuk berbelanja di luar kemampuan sendiri.Tambahan pula, seorang hanya boleh kad kredit daripada hanya dua bank. Ini boleh mengelakkan pemegang kad kredit daripada hutang bertimbun. Apakah pendapat anda terhadap syarat baru ini?

Ying Ying (L6B)

Posts : 7
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Syarat baru kad kredit melindungi pemegang kad kredit Empty Pada pendapat saya,..

Post  Maxwell (L6B/2011) Thu May 19, 2011 5:09 pm

langkah ini sememangnya berpatutan kerana boleh mengawal perbelanjaan pengguna. Tanapa disedari syarat-syarat ini mengajar pengguna kad kredit untuk merancang perbelanjaan mereka dan mengelakkan pembaziran wang.

Maxwell (L6B/2011)

Posts : 8
Join date : 2011-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum