PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

405 pemegang kad kredit muflis

Go down

405 pemegang kad kredit muflis Empty 405 pemegang kad kredit muflis

Post  S.Teng(U6A/2010) Fri Sep 03, 2010 9:34 am

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seramai 405 daripada 3.2 juta pemegang kad kredit di negara ini diisytiharkan muflis sepanjang tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, bagaimanapun jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 1,656 orang yang diisytiharkan muflis pada 2005.

Katanya, secara purata sejumlah 0.04 peratus pemegang kad kredit diisytiharkan bankrap setiap tahun dalam tempoh lima tahun lalu iaitu sejak 2005.

"Sehingga akhir tahun lalu, sejumlah 10.8 juta kad kredit dikeluarkan manakala bilangan pemegang kad kredit ialah seramai 3.2 juta orang," katanya pada sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Hazani Wan Mohd. Nor mengenai jumlah keseluruhan pemegang kad kredit, pemegang kad kredit baru, pemegang kad kredit bermasalah dan bilangan mereka yang diisytiharkan bankrap disebabkan oleh masalah kad kredit untuk tempoh lima tahun dari 2005 hingga akhir tahun lalu.

Sementara itu, menurut Siang Chai, tahap pinjaman tidak berbayar (NPL) kad kredit pula masih terkawal dengan akhir tahun lalu, NPL menurun kepada dua peratus berbanding 4.3 peratus pada akhir 2005.

Sementara itu, kata beliau, langkah mewujudkan skim insurans Faedah Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga (TPBID) bagi menggantikan Insurans Kecederaan Pihak Ketiga sedia ada adalah bagi memastikan pemilik kenderaan mendapat akses kepada perlindungan motor pihak ketiga yang mencukupi pada harga premium berpatutan.

"Ia juga bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya yang terlibat dengan kemalangan mendapat tuntutan yang bersesuaian," katanya.

Jelasnya lagi, pada masa ini, kerugian bagi TPBID sampai ke tahap penanggung insurans mendapati sukar untuk menyediakan perlindungan tersebut.

"Misalnya pada 2008, bagi setiap ringgit yang diterima, sebanyak RM2.67 terpaksa dibayar dalam bentuk tuntutan insurans," katanya.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum