PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MUFLIS

Go down

MUFLIS Empty MUFLIS

Post  ChinPangL6B Thu Jun 27, 2013 4:24 pm

Definisi Muflis atau bankrap 
-Merujuk kepada definisi perkataan yang diberikan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka bagi perkataan "muflis" adalah bererti tidak mampu atau tidak berupaya membayar hutang .

-Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.


Halangan seorang yang muflis

  • Anda tidak boleh memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam. 

  • Seorang pegawai pemegang harta akan dikhaskan untuk mengawasi harta benda dan memantau tindak tanduk anda dalam menyelenggarakan harta untuk melangsaikan hutang.

  • Adalah menjadi satu kesalahan jika anda memohon kredit secara berseorangan ataupun bersama individu lain.

  • Sebarang kenaikan pangkat atau pelantikan ke pengurusan syarikat harus mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta.

  • Perjalanan anda mungkin dihadkan dan pasport anda juga mungkin ditahan. Tetapi, anda boleh memohon pasport dengan mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta.

  • Anda hanya boleh membuka akaun bank dengan kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta dan akaun berkenaan hanya boleh digunakan untuk tujuan kemasukan gaji.

  • Mahkamah berhak mengarahkan anda menyerahkan lebihan pendapatan kepada Pegawai Pemegang Harta jika jumlahnya melebihi keperluan

 RUJUKAN LAMAN WEB

ChinPangL6B

Posts : 3
Join date : 2013-05-16

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum