PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ISLILAH MUFLIS

Go down

ISLILAH MUFLIS Empty ISLILAH MUFLIS

Post  Suki tee (L6B) Thu Jun 27, 2013 10:23 am

Definisi bankrap atau muflis

Seseorang yang gagal :

a. menjelaskan pinjaman orang perseorangan
b. sewa beli kenderaan
c. pinjaman peribadi atau perumahan
d. menjadi penjamin sosial
e. Kakitangan Kerajaan Kumpulan A yang menjadi penjamin tetapi sipeminjam gagal
   membayar hutang
f. pinjaman pelajaran
g. Hutang Kad Kredit
h. Hutang Cukai Pendapatan

Dengan jumlah hutang tidak kurang daripada RM30,000.00

Mengisytiharkan diri sebagai muflis bermaksud:
-membebaskan diri daripada pembayaran balik hutang dan dapat memulakan kehidupan yang baru
-tetapi anda perlu:
                   a)menutup perniagaan
                   b)menjual segala harta bernilai
                   c)menghadapi kesukaran memohon kredit 
                   d)merosakkan status anda di mata masyarakat.

HALANGAN YANG DIKENAKAN TERHADAP SESEORANG YANG MUFLIS:
-tidak boleh memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam
-harta benda dan tindakan dalam menyelenggarakan harta untuk melangsaikan hutang akan diawasi oleh seorang pegawai  pemegang harta
-tidak boleh memohon kredit secara berseorangan ataupun bersama individu lain
-kenaikan pangkat atau pelantikan ke pengurusan syarikat harus mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta
-perjalanan mungkin dihadkan dan pasport juga mungkin ditahan
-hanya boleh membuka akaun bank dengan kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta dan akaun berkenaan hanya boleh digunakan untuk tujuan kemasukan gaji
-mahkamah berhak mengarahkan serahan pendapatan kepada Pegawai Pemegang Harta jika jumlahnya melebihi keperluan



CARA MELEPASKAN DIRI DARIPADA MUFLIS (hanya boleh dimohon lima tahun dari tarikh diisytiharkan muflis)
-membayar semua hutang yang ada dan
-memohon untuk membatalkan “Receiving and Adjudication Order” 
                          

                                       ATAUPUN


-MELALUI Akta Muflis 1967 yang memberi kelonggaran kepada individu menikmati peluang memulakan kehidupan baru
 *hanya khas kepada -mereka yang muflis kerana menjamin pinjaman 
                              -si muflis yang menderita sakit, lanjut usia dan tidak mempunyai pekerjaan

Seorang pegawai Pemegang Harta akan menilai kelayakan untuk mendapatkan pelepasan itu
(tingkah laku sebelum dan selepas diisytiharkan muflis, sebab diisytiharkan muflis, kedudukan kewangan dan kemampuan membayar hutang)


Pelepasan hanya sah selepas menerima “Sijil Pelepasan Pegawai Pemegang Harta”.

Suki tee (L6B)

Posts : 4
Join date : 2013-05-19

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum