PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Syarat baru van sekolah elak kes rogol

Go down

Syarat baru van sekolah elak kes rogol  Empty Syarat baru van sekolah elak kes rogol

Post  yeeleng(L6A) Sat Jul 31, 2010 10:29 am

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan diminta mengenakan syarat baru supaya setiap bas dan van sekolah mempunyai dua pemandu atau seorang konduktor yang sewajarnya diisi golongan wanita bagi membendung kejadian rogol dan cabul terhadap pelajar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata ini penting bagi melindungi kebajikan kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001. “Saya akui kes jenayah terhadap kanak-kanak dan pelajar sekolah kian meningkat dan senario itu amat membimbangkan. “Sebelum kes seumpamanya terus berleluasa, lebih baik langkah pencegahan diambil dan keselamatan kanak-kanak terjamin,” katanya selepas melancarkan pameran ‘Clove Femmecity: Streets Ahead for Women 2010' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

yeeleng(L6A)

Posts : 118
Join date : 2009-05-18

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum