PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan longgar syarat lesen runcit barangan kawalan

Go down

Kerajaan longgar syarat lesen runcit barangan kawalan Empty Kerajaan longgar syarat lesen runcit barangan kawalan

Post  YeeYew™ [SonG][U6B] Sat Jun 12, 2010 5:54 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit bagi barangan kawalan berkuatkuasa 1 Julai ini dengan melonggarkan syarat pelaksanaan lesen barangan itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata menerusi langkah itu semua peniaga tidak perlu lagi merekodkan semua transaksi penjualan seperti sebelum ini, bagaimanapun, urusan pembelian daripada pemborong perlu dilakukan sebaik memiliki lesen berkenaan.

"Tiada niat untuk menyusahkan atau membebankan mana-mana pihak, sebab kita telah menghapuskan kerenah birokrasi termasuk memansuhkan syarat penyediaan rekod pembelian dan penjualan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen dan ekspo jualan langsung anjuran kementerian di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata KPDNKK mempertimbangkan segala permintaan dan rungutan beberapa pihak bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan selain mengawal ketirisan ke atas barangan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

"Bagi memudahkan peniaga mendapat lesen, kaunter pendaftaran dibuka pada Sabtu dan Ahad. Pegawai kita juga telah turun padang di seluruh negara bertemu peruncit untuk mengedarkan borang permohonan serta memberi kelulusan segera," katanya.

Setakat ini, KPDNKK mengeluarkan kira-kira 10,000 Lesen Runcit Barang Kawalan 2010 kepada peruncit di seluruh negara dengan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Sarawak dan Pahang mencatatkan permohonan lesen tertinggi.

Ismail Sabri meminta Persekutuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang merancang mengadakan boikot terhadap penjualan tiga bahan keperluan itu pada Selasa depan agar tidak bertindak demikian bagi kebaikan semua pihak.
Sementara itu, kementerian sedang mengenal pasti syarikat jualan langsung yang berpotensi memajukan industri itu diketengahkan ke peringkat antarabangsa melalui seminar dan pameran antarabangsa.

"Kementerian mensasarkan nilai jualan tahunan terkumpul syarikat jualan langsung bagi tahun ini sebanyak RM5.5 bilion dan meningkat ke RM7.6 bilion pada 2012," katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]

Posts : 152
Join date : 2009-05-17

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum