PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rumah PM Thai dilontar beg darah

2 posters

Go down

Rumah PM Thai dilontar beg darah Empty Rumah PM Thai dilontar beg darah

Post  ypeng(U6A/10) Thu Mar 18, 2010 3:37 am

BANGKOK: Penunjuk perasaan berbaju merah beralih melontarkan beg plastik berisi darah mereka sendiri ke arah kediaman Perdana Menteri Thailand semalam, dengan harapan taktik mengejutkan mereka itu akan menjatuhkan kerajaan.

Sekumpulan kecil penunjuk perasaan dibenarkan polis untuk mendekati pekarangan rumah Perdana Menteri yang dikelilingi tembok di Bangkok dan kemudian menyimbah dinding, atap dan kawasan tanah terbabit dengan darah merah.
Sebelum itu, kawalan diketatkan polis antirusuhan yang lengkap dengan peralatan menghalang mereka mendekati kediaman Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, di mana kumpulan baju merah berharap untuk menggulingkan beliau dan menggesa pilihan raya baru. Selepas rundingan, berpuluh-puluh penunjuk perasaan dibenarkan melepasi kawalan polis dalam keadaan hujan lebat. Mereka membawa enam botol air plastik lima liter yang dipenuhi darah, yang kemudian dituang ke dalam beg plastik kecil.

Insiden di kawasan Jalan Sukhumvit, yang menempatkan kediaman penduduk kaya Thailand dan ekspatriat adalah susulan insiden ‘pengorbanan darah’ kelmarin di pejabat Abhisit dan ibu pejabat Parti Demokrat beliau.

Penunjuk perasaan terbabit berarak tetapi kepungan polis menghalang lalu lintas di satu arah di Jalan Sukhumvit, melumpuhkan sebahagian kawasan berkenaan. Restoran ditutup dan penduduk kondominium mewah keluar dari kawasan berhampiran kediaman Abhisit.

Abhisit sendiri tidur di ibu pejabat tentera dan keluar dari ibu negara itu sejak demonstrasi berkenaan bermula.
“Kami dengar mereka datang, jadi saya terus berada di sini. Pasti kami dihalang masuk sekarang,” kata John Bujnosh, dari pekerja cari gali minyak Texas yang tinggal di jalan yang sama dengan Abhisit.

Lebih 100,000 penunjuk perasaan dari seluruh negara berhimpun di Bangkok Ahad lalu, berikrar untuk meneruskan bantahan mereka sehingga menang. Tetapi Abhisit menolak permintaan mereka untuk membubar-kan Parlimen, sebaliknya berkata hanya akan mendengar pandangan penunjuk perasaan terbabit. – AP

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Rumah PM Thai dilontar beg darah Empty Rumah PM Thai dilontar beg darah

Post  Tee Yee Yean (U6B/'10) Thu Mar 18, 2010 5:56 pm

perbuatan ini memang tidak rasional...darah yang dibuang itu boleh disimpan di bank darah..kenapa pula gunakan darah itu untuk melontar kediaman PM Thai?mengapa ahli penunjuk perasaan tersebut tidak mahu gunakan cara yang lain untuk menggulingkan PM Thai dan menggesa pilihan raya baru?perbuatan sedemikian bukan sahaja membazirkan darah yang boleh digunakan untuk menyelamatkan orang lain malah menyebabkan Thai menjadi huru-hara. Rolling Eyes
Tee Yee Yean (U6B/'10)
Tee Yee Yean (U6B/'10)

Posts : 29
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum