PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Suri rumah rugi RM228,000

+4
leeyoong_U6B
kuanchin91
PnLeela
ypeng(U6A/10)
8 posters

Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Suri rumah rugi RM228,000

Post  ypeng(U6A/10) Sat Apr 17, 2010 7:19 am

SEGAMAT 16 April - Seorang surirumah yang memiliki diploma dalam bidang teknologi maklumat kerugian RM228,000 akibat ditipu oleh satu skim pelaburan Internet.

Ibu kepada enam orang anak itu bukan sahaja kehilangan wang, malah sejumlah barang kemas dan tanah milik keluarga yang digadaikannya untuk melabur dalam skim berkenaan turut lesap.

Wanita berusia 32 tahun itu yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mula terjebak dalam penipuan itu setelah menerima satu kiriman e-mel pada Disember lalu.

"Selepas menerima e-mel itu, saya melayari laman web 'Global Security Company Malaysia' dan ia meminta saya memasukkan wang sebanyak RM98,000 kerana akan mendapat pulangan sebanyak AS$48 juta (RM153.6 juta) dalam tempoh waktu tertentu.

"Sejak Disember tahun lalu sehingga bulan ini, saya memasukkan wang tunai sebanyak lapan kali melalui mesin di dua buah bank dan saya juga telah diberikan sijil kerana menyertai skim tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di sini hari ini.

Wanita yang berasal dari Pekan Jabi itu bagaimanapun mula mengesyaki sesuatu tidak kena mengenai pelaburannya lalu membuat pemeriksaan di Bursa Malaysia pada awal bulan ini untuk mengetahui lebih lanjut.

"Saya amat terkejut bila mendapati tiada nama syarikat tersebut yang tersenarai di Bursa Malaysia, apa yang ada cuma sebuah syarikat yang mempunyai nama hampir sama," katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, syarikat pelaburan Internet tersebut dipercayai menjalankan operasinya berpangkalan di Pulau Pinang.

"Pihak polis masih menyiasat kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Saya ingin menyeru kepada orang ramai agar berhati-hati apabila berurusan di dalam Internet agar tidak terpedaya dengan mana-mana skim penipuan," katanya.

ypeng(U6A/10)

Posts : 120
Join date : 2010-01-24

Back to top Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Apakah pandangan anda?

Post  PnLeela Sun Apr 18, 2010 12:59 pm

kelas beri respons anda untuk isu ini

1. Mengapakah orang yang berpelajaran juga boleh tertipu dengan hal-hal seperti yang diceritakan dalam berita tersebut?

2. Nyatakan satu langkah untuk membendung atau mengelakkan diri daripada penipuan sebegini

Jawapan mesti dihantar sebelum 21 April
Jawapan terbaik dari segi kematangan fikiran dan ulasan yang konkrit akan di beri hadiah dalam kelas Smile
Nama juga akan dipaparkan disini

Selamat mencuba

PnLeela
Admin

Posts : 380
Join date : 2008-01-03

https://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Re: Suri rumah rugi RM228,000

Post  kuanchin91 Sun Apr 18, 2010 5:07 pm

mereka lebih berminat dalam pelaburan kerana kebanyakan orang yang berpelajaran tinggi ingin menjadi orang kaya secepat mungkin agar mereka dapat tinggal dalam keadaan yang selesa.

Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!
kuanchin91
kuanchin91

Posts : 61
Join date : 2009-05-12
Age : 33

https://www.facebook.com/victorang91

Back to top Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Re: Suri rumah rugi RM228,000

Post  leeyoong_U6B Mon Apr 19, 2010 5:47 pm

1) Orang yang berpelajaran tertipu adalah disebabkan oleh nafsu ketamakan. Mereka percayai apa yang dipaparkan bukanlah disebabkan kekurangan pengetahuan dalam bidang ini, sebaliknya mereka inginkan berlakunya durian runtuh. Walaupun berita yang sebegini sentiasa dipaparkan di dada suratkhabar atau disiarkan di televisyen, namun masih terdapat banyak masyarakat terlibat dalam ketipuan. Sekiranya anda tidak tamak akan keuntungan, anda pasti tidak akan tertipu!

2) Kita boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya dengan mempunyai determinasi yang kuat agar tidak telinga ringan. Kita haruslah sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai apa yang diberitahu oleh orang lain. Tidak mengira apa-apa keuntungan yang mungkin diperolehi, kita haruslah sentiasa mengingati bahawa "no free lunch in the world". Kita haruslah berusaha untuk mengerjar apa yang diinigini, bukanlah mengharapkan durian runtuh,. Tiada perkara yang sebegini.. Dengan tidak mempercayai semua desas-desus ini, kita pasti tidak akan menjadi mangsa yang seterusnya.

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Re: Suri rumah rugi RM228,000

Post  yeow_U6A/2010 Tue Apr 20, 2010 1:23 am

1)Orang yang berpelajaran juga ditipu oleh perkara seperti ini disebabkan mereka kekurangan pengalaman.Mereka hanya akan mengikut cara-cara yang mendapatkan kekayaan, tetapi mereka tidak sedar tentang penipuan sebegini.

2)Untuk mengatasi masalah ini,orang ramai harus membuat rujukan dengan pihak yang tertentu sebelum mengambil risiko untuk membeli atau membuat pelaburan.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Re: Suri rumah rugi RM228,000

Post  S.Teng(U6A/2010) Tue Apr 20, 2010 5:14 pm

Pada pendapat saya, orang yang berpelajaran juga tertipu adalah disebabkan oleh terlalu percayai skim pelaburan Internet dan terlalu berkeyakinan mendapat sesuatu sebagai balasan dalam bidang yang dilaburkan.
Bagi mengelakkan diri sendiri menjadi mangsa, kita mestilah sentiasa berwaspada, dan tidak mudah mempercayai apa yang diberitahu walaupun berita itu adalah benar. Yang penting sekali, kita mesti fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.

S.Teng(U6A/2010)

Posts : 153
Join date : 2009-05-21

Back to top Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Re: Suri rumah rugi RM228,000

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Tue Apr 20, 2010 6:08 pm

Langkah:
Mengingati formula NO SCAM supaya kita tidak rugi/ hilang/ duit kita pada SCAM (penipuan).

N bermaksud: NAME.
NAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE.

OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

S bermaksud: SEARCH.
Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.

Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

A bermaksud: ASK.
Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33

Back to top Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Re: Suri rumah rugi RM228,000

Post  satoshiash(L6A) Tue Apr 20, 2010 7:02 pm

orang yang berpelajaran tinggi akan ingat mereka sangat cerdik dan tidak mudah ditipui dan sikap manusia yang suka mengambil jalan yang singkat untuk mencapai sesuatu juga sebab yang mengakibatkan seseorang ditipui.

Langkah-langkah: jangan mudah mempercayai sesuatu seperti panggilan telefon, mesej yang dikirim oleh nombor telefon yang tidak dikenali dan juga e-mel yang diterima. Sebelum mempercayai sesuatu perlu mendapatkan bukti-bukti untuk memastikan maklumat itu boleh dipercayai supaya tidak ditipukan.

satoshiash(L6A)

Posts : 6
Join date : 2009-09-20

Back to top Go down

Suri rumah rugi RM228,000 Empty Re: Suri rumah rugi RM228,000

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum