PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Skim pinjaman rumah 2 generasi

Go down

Skim pinjaman rumah 2 generasi Empty Skim pinjaman rumah 2 generasi

Post  yeow_U6A/2010 Tue May 11, 2010 12:44 am

Usaha kerajaan bantu Melayu Pulau Pinang miliki kediaman sendiri

BUTTERWORTH: Kerajaan sedang menimbang untuk memperluaskan skim pembayaran pinjaman rumah dua generasi sebagai mekanisme untuk membantu orang Melayu Pulau Pinang memiliki rumah sendiri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata tempoh pembayaran pinjaman yang panjang (daripada bapa ke anak) dapat membantu orang Melayu yang tidak berkemampuan, memiliki rumah. Beliau berkata, ia bagi meringankan tanggungan golongan kurang berkemampuan dan pada masa sama memberi peluang memiliki rumah sendiri, tetapi ia tidak semestinya terbatas untuk rumah kos rendah saja.

"Tanpa pendapatan tetap golongan seperti nelayan dan petani pastinya tidak mampu membayar pinjaman. Namun, dengan skim dua generasi, anak yang sudah bekerja boleh menyambung pembayaran pinjaman," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor bercakap kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang serba guna Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, semalam.

Nor Mohamed diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bercadang menambah peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk membina rumah mampu bagi Bumiputera Pulau Pinang.
Najib membuat kenyataan itu ketika merasmikan Konvensyen Ekonomi Melayu Pulau Pinang di Bukit Mertajam, kelmarin.

Nor Mohamed berkata, kaedah pinjaman dua generasi pernah dilaksanakan oleh beberapa bank secara sementara beberapa tahun lalu dan ia nampaknya berkesan.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan bank dalam tempoh terdekat bagi membolehkan skim itu dilaksanakan dalam RMK-10, iaitu memberi pembiayaan yang panjang dengan terma yang memuaskan dan tidak membebankan pembeli.

“Kita juga mengkaji mekanisme lain, termasuk mewujudkan tabung pusingan bagi meningkatkan pemilikan unit kediaman Bumiputera Pulau Pinang,” katanya.

Nor Mohamed berkata, lebih banyak rumah mampu milik akan dibina pada masa depan bagi memenuhi keperluan orang Melayu Pulau Pinang, termasuk yang berharga RM80,000, RM150,000 dan RM250,000 di bahagian pulau dan tanah besar.

Sementara itu, bercakap pada sesi pleno Konvensyen Ekonomi Melayu Pulau Pinang bertemakan 'Menggarap Peluang Dalam Cabaran', Nor Mohamed berkata, kerajaan kini memfokus membantu 40 peratus golongan berpendapatan rendah dengan meningkatkan pendapatan mereka dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Golongan itu kebanyakannya nelayan, petani dan penjaja kecil mempunyai pendapatan isi rumah berjumlah RM1,425 sebulan.

“Kami akan membentuk jawatankuasa khas untuk mengenal pasti golongan ini di seluruh negara yang mana senarai itu akan dimasukkan ke satu pangkalan data yang bakal menjadi rujukan kepada kerajaan,” katanya.

“Jawatankuasa ini akan merangka satu draf cadangan untuk mencari jalan bagi membantu mereka,” katanya.

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Skim pinjaman rumah 2 generasi Empty Re: Skim pinjaman rumah 2 generasi

Post  yeow_U6A/2010 Tue May 11, 2010 12:46 am

Pada pandangan umum adakah projek ini akan berjaya?

Apakah kelebihan dan keburukan skim ini?

yeow_U6A/2010

Posts : 87
Join date : 2009-06-27

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum