PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Proton, India percepat rundingan kerjasama

3 posters

Go down

Proton, India percepat rundingan kerjasama Empty Proton, India percepat rundingan kerjasama

Post  ZiAmUn(U6A/'10) Mon Feb 01, 2010 6:19 am

PROTON Holdings Bhd sedang mempercepatkan rundingan kerjasama dengan Hero Group, pengeluar motosikal terbesar India, sekali gus dijangka membolehkan pengeluar kereta nasional Malaysia itu memperluaskan pemasaran kenderaan keluarannya di negara yang memiliki penduduk kedua teramai dunia itu.

Sumber industri ketika dihubungi Berita Harian, menafikan khabar angin bahawa rundingan dengan syarikat itu yang berlangsung sejak enam bulan lalu, telah menemui jalan buntu.

“Rundingan itu berjalan lancar, malah ia kini dipercepatkan dan diharap dapat dimuktamadkan secepat mungkin. Bagaimanapun, buat masa ini kedua-dua pihak telah bersetuju untuk tidak mendedahkan kepada media,” katanya.

Sementara itu, TA Research menjangka, Proton akan mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat global menjelang Mac ini.

“Proton sedang berunding dengan pihak yang tidak ‘dikenali’ sejak enam bulan lagi. Bagaimanapun, sumber kami mendedahkan bahawa keputusan daripada rundingan itu akan diumumkan pada bila-bila masa.

“Apa yang pasti adalah kerjasama itu tidak akan membabitkan pelaburan besar. Petunjuk awal daripada Proton sebelum ini adalah menjurus kepada kerjasama dari segi perkongsian teknologi, rangkaian pengedaran dan penyewaan kemudahan pengeluaran,” katanya menerusi laporan penyelidikan ekuiti baru-baru ini.

Pada Oktober lalu, Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, mengesahkan syarikat itu sedang berunding dengan beberapa syarikat automotif India, termasuk Hero Group bagi mengeluarkan kereta di negara itu.

Jelas beliau, bagi rundingan dengan Hero Group, kedua-dua pihak sedang mencari pendekatan terbaik untuk menubuhkan syarikat usaha sama dan jika dipersetujui, Proton akan memiliki 49 peratus kepentingannya manakala syarikat India itu 51 peratus.

Katanya, berkemungkinan menerusi usaha sama itu Proton akan mengeluarkan kenderaan dengan jenama bersama atau memasarkan kereta nasional di India.

Hero Group dengan pendapatan AS$4 bilion setahun adalah salah sebuah daripada pengeluar utama motosikal dunia.

Dalam pada itu, TA Research berkata pakatan dengan syarikat global akan membuka peluang kepada Proton untuk mengembangkan rangkaian pengeluaran dan pemasarannya.

Katanya, kehadiran Proton pada peringkat global ketika ini masih kurang dan permintaan tempatan pula agak terhad.

“Justeru, amat penting bagi syarikat itu untuk meneroka pasaran kenderaan

global bagi merangsang-

kan operasinya,” kata bahagian penyelidikan sekuriti itu.

Menurut TA Research, jumlah jualan keseluruhan kenderaan (TIV) di Malaysia adalah sekitar 500,000 setahun, justeru mengehadkan potensi peningkatan jualan kenderaan Proton.

“Potensi jualan tempatan yang terhad juga menyebabkan Proton perlu segera menembusi pasaran India dan China.

“Sebelum ini, Proton memeterai kerjasama dengan Youngman di China dan tidak lama lagi ia akan memeterai urus niaga dengan syarikat dari India pula,” katanya.

ZiAmUn(U6A/'10)

Posts : 114
Join date : 2009-05-14
Age : 33

Back to top Go down

Proton, India percepat rundingan kerjasama Empty Re: Proton, India percepat rundingan kerjasama

Post  leeyoong_U6B Tue Feb 02, 2010 7:41 pm

Seperti yang kita tahui, rundingan kerjasama ini akan mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda bagi PROTON... Namun, saya berpendapat bahawa keuntungan perniagaan lebih menyebelahi Hero Group kerana PROTON hanya akan memiliki 49 peratus kepentingannya manakala syarikat India itu 51 peratus... PROTON berada dalam situasi yang agak merugikan.. PROTON tidak boleh menjadi penentu segala rancangan. Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak disenangi, PROTON hanya boleh mengikut apa sahaja yang telah ditetapkan. Betapa baiknya jikalau kepentingan boleh dibahagikan secara purata.. Kedua-dua syarikat turut mendapat 50% ... Tiada sebelah yang lebih berkuasa....

leeyoong_U6B

Posts : 221
Join date : 2009-05-13

Back to top Go down

Proton, India percepat rundingan kerjasama Empty Proton tamat kontrak usaha sama dengan Goldstar

Post  xiaowen_U6B Tue Feb 09, 2010 3:57 pm

Sini ada sedikit perkembangan:
TIMBANG tara antarabangsa menerusi Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura, mengekalkan keputusan penamatan kontrak usaha sama bertarikh 17 Jun 2002 antara Proton Automobiles (China) Ltd (PAC) dengan Goldstar Heavy Industrial Co (Goldstar) pada 11 Julai 2006.

PAC adalah anak syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd yang kini dikenali sebagai Proton Holdings Bhd. Proton dalam kenyataan semalam berkata, keputusan itu dibuat oleh tribunal terbabit pada 12 Januari lalu.

Katanya, penimbang tara tribunal mendapati PAC berhak dari segi undang-undang untuk menamatkan kontrak usaha sama itu kerana syarikat usaha sama itu tidak menjalankan aktiviti perniagaan dari semasa ke semasa sejak penubuhannya pada 2002 hingga kontrak ditamatkan.

“Syarikat usaha sama itu juga gagal mendapatkan lesen pengeluaran untuk menghasilkan kenderaan. "Tribunal penimbang tara turut mendapati dalam usaha sama berkenaan, PAC bertindak menurut perkiraan yang betul dengan memberikan Goldstar lanjutan masa beberapa kali dan peluang empat tahun untuk mendapatkan lesen pengeluaran daripada pihak berkuasa China,” tambah kenyataan itu.

Dengan keputusan itu juga, Proton berkata ia kini memandang ke depan untuk menumpukan usaha mengembangkan perniagaannya di China. Ia mensasarkan peningkatan jualan menerusi usaha sama dengan rakan niaga Zhejiang Youngman Passenger Car Group Ltd (dulunya dikenali sebagai Youngman Automobiles Sales Co Ltd).

Pertikaian antara PAC dengan Goldstar timbul apabila keputusan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura bahawa penamatan kontrak adalah sah, dicabar oleh Goldstar yang mengemukakan prosiding di Mahkamah Rakyat di Dongguan City.

Pertikaian bermula pada akhir 2008, apabila Goldstar menyaman Proton sebanyak RM520 juta kerana melanggar kontrak dengan menamatkan usaha sama untuk membina kilang pembuatan komponen pemasangan tempatan (CKD) untuk Proton Waja di Humen, Guangdong.
(Sumber:Berita Harian Online)

xiaowen_U6B

Posts : 71
Join date : 2009-06-16

Back to top Go down

Proton, India percepat rundingan kerjasama Empty Re: Proton, India percepat rundingan kerjasama

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum