PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Penggabungan Proton-Perodua rancakkan industri automotif

Go down

Penggabungan Proton-Perodua rancakkan industri automotif Empty Penggabungan Proton-Perodua rancakkan industri automotif

Post  Kar Yung (U6A/2010) Sun Jul 25, 2010 7:43 am


KUALA LUMPUR 25 Julai - Menggabungkan Proton dan Perodua menjadi satu entiti, akan menjadi satu langkah ke hadapan untuk merangsangkan industri automotif Malaysia, demikian menurut Persatuan Vendor Proton (PVA).

Presidennya, Datuk Dr. Wan Mohamed Wan Embong berkata, sudah tiba masanya untuk kedua-dua syarikat pengeluar kereta negara ini melihat kepada kesan positif pengukuhan kerana ia akan membantu industri automotif berkembang ke persada antarabangsa.

"Daripada perspektif kami, kita perlu melihat masa depan dan bukannya hari ini kerana dalam bergerak ke hadapan, industri pastinya akan berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat," katanya di sini, hari ini.

"Malah, seluruh ekonomi dunia akan menjadi lebih mencabar, penuh dengan ketidakpastian. Walaupun ada sesetengah pihak menyatakan yang cabaran adalah peluang, saya percaya terdapatnya tekanan untuk melaksanakannya," kata beliau.

Terdahulu, dilaporkan yang kerajaan telah memberi petanda perlunya penggabungan dalam industri automotif, terutamanya antara Proton Holdings dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Dalam memberikan pandangan persatuan itu, Wan Mohamed berkata, "mula-mula, kita perlulah melihat kepada bahagian yang positif.

"Proton hari ini lebih baik berbanding tiga tahun dahulu dan kita perlu berterima kasih kepada pengurusan baharu kerana Proton telah kembali mencatatkan keuntungan tahun lepas.

"Saya percaya prestasi mereka akan lebih baik tahun ini, mendahului rangkaian beberapa model baharu yang telah dirancang untuk Proton," katanya.

Wan Mohamed berkata, penguasaan pasaran Proton dalam pasaran domestik juga telah meningkat dengan ketara.

"Tiga tahun lepas, penguasaan Proton ialah 27-28 peratus dan baru-baru ini, mereka hampir menguasai 30-31 peratus dalam pasaran domestik berasaskan jumlah keluaran industri (TIV).

"Berdasarkan kepada unjuran pengeluaran, Proton akan menghasilkan lebih daripada 200,000 kereta pada tahun kewangan ini (Mac 2010 hingga Mac 2011)," jelasnya.

Menurut Wan Mohamed lagi, satu kelebihan utama Proton ialah pada masa ini, ia mempunyai kapasiti lebihan.
Kar Yung (U6A/2010)
Kar Yung (U6A/2010)

Posts : 52
Join date : 2009-05-21
Age : 34
Location : KL

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum