PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerjasama global tangani jenayah

Go down

Kerjasama global tangani jenayah Empty Kerjasama global tangani jenayah

Post  Ong SQ (U6B/2010) Thu May 06, 2010 2:48 pm

PUTRAJAYA 5 Mei - Malaysia percaya jalinan kerjasama serantau dan global merupakan mekanisme terbaik dalam menangani jenayah pada abad ke-21.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan bersepadu amat diperlukan dalam memelihara nilai-nilai positif globalisasi dan menyekat peluang untuk kegiatan jenayah.

''Globalisasi menggalakkan perniagaan, pertukaran budaya, perkongsian pengetahuan dan dalam masa yang sama ia juga mencipta peluang untuk penjenayah meneruskan operasi mereka.

''Sebab itu masalah global memerlukan penyelesaian secara global dan saya yakin teknologi mempunyai peranan yang besar dalam memastikan usaha ini berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pameran dan Persidangan Peralatan Polis (GPEC) Keenam di Leipziq, Jerman semalam.

Teks ucapan beliau diedarkan kepada pihak media hari ini.

Hishammuddin berkata, kemajuan teknologi mampu membantu negara menguruskan aspek keselamatan pada masa kini yang semakin rumit dan kompleks.

Tambah beliau, aspek keselamatan tidak sama seperti menguruskan hal ehwal negara yang lain kerana ia merupakan 'permainan zero sum'.

''Tidak pernah ada senario menang-menang kerana jika kita kalah dalam permainan itu, maka orang tidak bersalah akan menjadi mangsa.

''Teknologi seperti yang telah saya katakan sebelum ini mampu berperanan menghadapi cabaran-cabaran baru dan dapat menjadikan dunia ini sebagai tempat yang selamat," katanya.
Ong SQ (U6B/2010)
Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 32

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum