Bendera ancam demonstrasi lebih besar
Page 1 of 1
Bendera ancam demonstrasi lebih besar
KUALA LUMPUR 1 Sept. – Jakarta diminta segera mencari jalan untuk membawa pulang kira-kira dua juta tenaga kerja Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara dengan lebih 17,000 kepulauan itu.
Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung berkata, selepas kesemua warga Indonesia itu pulang, Jakarta perlu segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.
Tegasnya, langkah itu perlu memandangkan Kuala Lumpur enggan meminta maaf kepada Jakarta dan seluruh rakyat Indonesia berhubung beberapa insiden yang telah mengeruhkan hubungan kedua-dua negara selama ini.
“Jadi kemarahan rakyat Indonesia itu kini tidak lagi dapat dikawal dan mungkin tindakan para pendemonstrasi akan menjadi lebih agresif beberapa hari akan datang.
“Kesemua ini gara-gara keegoan Malaysia untuk meminta maaf serta kelemahan Indonesia sendiri dalam menyediakan peluang pekerjaan kondusif buat semua rakyatnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bendera yang cukup vokal dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam siri demonstrasi membabitkan isu hubungan Kuala Lumpur-Jakarta sebelum ini sekali lagi bangkit membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin negara itu oleh polis Malaysia pada 13 Ogos lalu.
Dalam perbualannya dengan akhbar ini Jumaat lalu, Mustar memberi jaminan tindakan protes termasuk sweeping Malaysians atau mengusir rakyat Malaysia anjuran beberapa kumpulan di sana termasuk Bendera tidak akan menggugat keselamatan rakyat Malaysia.
Namun laporan Bernama semalam menyebut, rumah seorang jurutera Malaysia di daerah Ketapang, Kalimantan Barat telah dilempar batu besar dipercayai berkaitan tindakan sweeping Malaysians pada Ahad lalu.
Dalam perkembangan lain, Mustar menafikan laporan menyebut ahli-ahli kumpulan demonstrasi di Indonesia termasuk dari Bendera sebenarnya hanya ‘mencari makan’ serta mendapat bayaran di antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.
“Tentu sekali itu tidak benar, kamu fikir semua rakyat Indonesia itu miskin? Jikapun kami tiada wang, darah akan kami pertaruhkan dan buktinya kamu sendiri tahu,” katanya.
Pada ketika rakyat Malaysia meraikan sambutan Kemerdekaan Ke-53 semalam, sekumpulan penunjuk perasaan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, Jakarta mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T sebagai ‘hadiah’ kemerdekaan negara.

Yao Benjamin (L6F/2010)- Posts : 35
Join date : 2010-05-26
Konfrontasi tidak selesai pertikaian - Rieke
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Seorang ahli pembangkang di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia mengakui konfrontasi seperti yang dilakukan oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia bukan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.
Rieke Diah Pitaloka daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) berkata, tindakan Bendera untuk berdemonstrasi dan mengusir rakyat Malaysia tidak sepatutnya dilakukan kerana orang awam tidak harus mengambil alih tugas kerajaan untuk menghukum pihak yang lain.
''Saya sama sekali tidak bersetuju dengan konfrontasi dan saya juga menolak kekerasan dalam bentuk apa pun. Sweeping (tindakan usir) ini, jangan sampai masyarakat awam mengambil alih tugas negara,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menemui ahli-ahli Parlimen Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Bersama-sama Rieke ialah tiga wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Indonesia iaitu Migrant Care yang berkempen membela nasib pekerja rakyat republik itu di negara ini.
Beliau yang menganggotai parti pimpinan bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri mengulas tindakan Bendera melakukan demonstrasi sambil melontar najis manusia ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 23 Ogos lalu.
Dalam kejadian terbaru di Ketapang, Kalimantan Barat, pada Ahad lalu, kediaman seorang jurutera Malaysia dilontar batu oleh sekumpulan lima lelaki yang memakai lilitan kepala bertulis 'Ganyang Malaysia.'
Rieke, pelakon terkenal membintangi filem Laskar Pelangi pada 2008 ialah antara ahli DPR yang lantang mengkritik Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia berhubung isu pertikaian sempadan perairan kedua-dua negara dan penderaan pekerja Indonesia di negara ini.
Beliau sedar, rakyat Malaysia tersinggung dengan tindakan Bendera itu tetapi berharap ia tidak menjejaskan tumpuan semua pihak untuk mendesak kerajaan kedua-dua negara menyelesaikan isu berbangkit berlandaskan prinsip menghormati hak asasi manusia.
''Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tersinggung, malah, kami di Indonesia juga merasai perasaan sama apabila majikan yang mendera tenaga kerja kita sampai mati dibebaskan tanpa hukuman tetapi ini tidak harus menyebabkan kita hilang fokus.
''Fokus kita adalah untuk mendesak supaya rundingan kedua-dua negara termasuk pertemuan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Dr. Marty Natalegawa di Kota Kinabalu pada Isnin ini memberikan tumpuan kepada persoalan hak asasi manusia dan bukan semata-mata soal perniagaan," katanya.
Dalam pada itu, Nasharudin pada sidang akhbar sama berkata, kedua-dua pihak yang mewakili parti pembangkang di Malaysia dan Indonesia bersedia mengambil daya usaha untuk memperbaiki hubungan kedua-dua negara.
''Antara cadangan di pihak kita supaya diwujudkan Kaukus Ahli Parlimen Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah bagi merapatkan hubungan kedua-dua negara.
''Kita mahu mewujudkan hubungan sejati bukan sahaja antara pemerintah kedua-dua negara tetapi dapat dirasai oleh masyarakat,'' ujarnya.

Perlu segera selesaikan masalah sempadan – Susilo
JAKARTA 2 Sept. – Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mahu masalah sempadan darat dan laut antara Indonesia dan Malaysia diselesaikan segera dalam usaha memelihara hubungan dua hala yang baik antara Kuala Lumpur dan Jakarta.
Katanya, Indonesia akan terus menggesa Malaysia menyelesaikan perundingan mengenai masalah sempadan yang sering mencetuskan konflik dan ketegangan.
"Oleh itu, ketegangan yang tidak perlu dapat dicegah dan yakin hubungan dan kerjasama dua hala yang baik dapat dikekalkan,” katanya dalam perutusan kepada rakyat Indonesia menerusi siaran langsung televisyen malam tadi.
Perutusan ucapan presiden itu adalah sebagai penjelasan kepada rakyat Indonesia berhubung insiden 13 Ogos lalu yang menimbulkan kemarahan rakyatnya terhadap Malaysia yang didakwa merendahkan martabat dan kedaulatan negara itu.
Pada insiden itu, bahagian penguatkuasaan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia di perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguat kuasa kementerian Indonesia itu.
Ekoran kejadian itu, 37 rakyat Indonesia dari satu kumpulan dikenali Bendera berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan melontar najis manusia ke dalam kawasan kedutaan.
Dalam menangani insiden 13 Ogos itu, Susilo berkata, beliau menghantar surat pada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang inti sarinya menyatakan keprihatinan mendalam Indonesia berhubung insiden itu serta menggesa Malaysia mempercepatkan proses penyelesaian masalah batasan maritim.
Beliau turut meminta rakyatnya supaya mengelak daripada melakukan tindakan kekerasan kerana ia akan menambah lagi masalah yang sedia ada.
"Oleh itu, marilah kita tetap memperjuangkan kepentingan nasional kita, karakter dan peranan internasional Indonesia yang konstruktif dan semangat untuk memelihara perdamaian, terus kita jaga,” katanya. – Bernama

Indonesia: Nasihat perjalanan hanya jika keadaan makin buruk
PUTRAJAYA 1 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia belum bercadang mengeluarkan nasihat perjalanan bagi rakyat ini yang hendak berkunjung ke Indonesia meskipun perkembangan terkini menunjukkan kempen 'Ganyang Malaysia' oleh segelintir rakyat republik itu semakin ketara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan akan merujuk terlebih dahulu dengan Wisma Putra sebelum sebarang nasihat perjalanan dikeluarkan kerana ia merupakan satu perkara yang serius.
''Ia mempunyai banyak kesan terhadap kerajaan, perniagaan dan usahawan yang berurusan dengan Indonesia.
''Pada tahap ini kita tidak mengeluarkan nasihat perjalanan melainkan keadaan semakin buruk," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan 18 pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD) yang menghantar kad Hari Kemerdekaan ke-53 kepada Perdana Menteri di sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas keperluan mengeluarkan nasihat perjalanan ekoran kempen 'Ganyang Malaysia' oleh segelintir rakyat republik tersebut dengan perkembangan terkini laporan menyebut rumah seorang jurutera Malaysia di Kalimantan Barat dibaling batu besar pada Ahad lalu dalam tindakan mengusir rakyat negara ini.
Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) terhadap Malaysia ekoran insiden di perbatasan perairan Indonesia-Malaysia dekat Kepulauan Riau, baru-baru ini, terus dilakukan ketika seluruh rakyat negara ini menyambut Hari Kemerdekaan ke-53 semalam.
Dalam satu demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jakarta semalam, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai 'hadiah' Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53.
Mengenai pertemuan dengan kerajaan Indonesia berhubung isu tersebut di Sabah pada 6 September ini, Najib berkata, sebelum kawasan sempadan perairan kedua-dua negara diselesaikan secara menyeluruh, Malaysia mengambil pendirian sesuatu insiden yang berlaku perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Perdana Menteri tidak mahu terdapat pihak lain masuk campur sehingga menyebabkan keadaan bertambah buruk dan masalah yang berlaku terus merebak.
''Sekiranya terdapat sesuatu insiden melibatkan kawasan perbatasan perairan kedua-dua negara, biarlah perkara itu diselesaikan terlebih dahulu tanpa mengundang reaksi tunjuk perasaan secara keterlaluan.
''Antara kedua-dua negara susah hendak mengelak tidak berlakunya sebarang masalah terutama apabila kita mempunyai perairan terlalu luas dan pertikaian sempadan masih belum diselesaikan secara komprehensif dan tuntas, sudah tentu ia akan berbangkit dari semasa ke semasa," katanya.

Gerakan anti-Malaysia tidak cerminkan sentimen Indonesia
KUALA LUMPUR 2 Sept — Tindakan agresif gerakan anti-Malaysia di Indonesia dibangkitkan oleh segelintir pihak sahaja dan ia tidak mencerminkan sentimen keseluruhan rakyat republik itu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd. Isa, yang akan menamatkan perkhidmatannya hari ini.
"Saya melihat bahawa tindakan ini tidak mencerminkan sentimen keseluruhan dan saya percaya bahawa kedua-dua kerajaan akan dapat mencari penyelesaian yang baik terhadap isu ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan kakitangan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) sempena persaraannya di sini hari ini.
Rastam, 59, akan digantikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Luar Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman berkuatkuasa esok.
Kumpulan yang menggelar diri sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) baru-baru ini berdemonstrasi dan melemparkan najis manusia di pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat Malaysia dari Indonesia.
Rastam yang pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia pada tahun 1999 berkata diplomat sentiasa memainkan peranan untuk menentukan hubungan baik antara dua negara. - Bernama

Malaysia, Indonesia setuju percepat rundingan sempadan
KOTA KINABALU 6 Sept. - Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mempercepatkan penyelesaian berhubung isu perbatasan sempadan maritim antara kedua-dua negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, isu itu harus diberi perhatian sewajarnya supaya insiden 13 Ogos lalu tidak berulang.
Katanya, kedua-dua negara akan mengadakan dua mesyuarat Kumpulan Teknikal sebelum akhir tahun ini, setelah kali terakhir pertemuan pada Oktober 2009 di Bali, Indonesia.
"Saya dan Menteri Luar Republik Indonesia bersepakat supaya Malaysia dan Indonesia mempercepat dan mempertingkatkan usaha rundingan melibatkan sempadan maritim.
"Kumpulan Teknikal kedua-dua negara akan bertemu pada 11 dan 12 Oktober ini di Malaysia manakala Mesyuarat Teknikal ke-17 akan dihoskan oleh Indonesia pada 23 dan 24 November depan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan empat mata bersama Menteri Luar Republik Indonesia, Dr. Marty Natalegawa dan delegasi negara itu di sini.
Anifah berkata, selain Laut Sulawesi dan kawasan paling selatan di Selat Melaka yang merupakan agenda utama rundingan, terdapat juga kawasan lain yang telah dipersetujui untuk dibincangkan.
Katanya, ia termasuk kawasan laut wilayah di bahagian timur Selat Singapura, kawasan Zon Ekonomi Eksklusif di Selat Melaka dan Zon Ekonomi Eksklusif di Laut China Selatan.
Sehubungan itu, katanya, perbatasan sempadan laut wilayah di Selat Singapura akan dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat-Mesyuarat Teknikal seterusnya.
Selain itu, jelasnya, nelayan-nelayan Malaysia dan Indonesia perlu memasang satu sistem pengesan seperti Vessel Management System (VMS) di atas bot masing-masing supaya pihak berkuasa dapat mengesan kedudukan bot-bot tersebut.
Beliau berkata, sistem itu akan dapat memberi amaran awal sekiranya mereka dikesan menghampiri atau akan memasuki sempadan maritim kedua-dua negara.
Mengulas mengenai demonstrasi dan ancaman keselamatan yang ditujukan kepada kedutaan dan rakyat Malaysia, Anifah berkata, kedua-dua negara mengulangi jaminan bahawa keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia dan rakyat Indonesia di Malaysia akan dijaga demi kepentingan bersama.
Jelasnya, dalam hal ini, Malaysia telah meminta Kementerian Luar Republik Indonesia mewujudkan satu zon keselamatan antara premis Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan ketenteraman harta serta pegawai-pegawai di situ terjamin.

Last edited by Yao Benjamin (L6F/2010) on Tue Sep 07, 2010 10:32 am; edited 1 time in total
Yao Benjamin (L6F/2010)- Posts : 35
Join date : 2010-05-26
Susilo mahu rundingan berjaya
JAKARTA 6 Sept. - Kesepakatan hasil rundingan yang dicapai antara Malaysia dengan Indonesia yang berlangsung di Kota Kinabalu hari ini diharap mampu menangani sebarang isu berkaitan dengan sempadan maritim kedua-dua negara di masa depan.
Perkara ini dinyatakan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono melalui pegawai Pejabat Sementara Staf Khusus Presiden bidang Hubungan Internasional, Teuku Faizasyah.
Dalam pertemuan itu, Malaysia dan Indonesia diwakili oleh Menteri Luar masing-masing, Datuk Seri Anifah Aman dan Dr. Marty Natalegawa bagi membincangkan mengenai isu persempadanan yang menjadi pertikaian sejak sekian lama.
"Diharapkan rundingan itu mampu untuk mencapai kesepakatan pada masa hadapan dan mempercepatkan penyelesaian berhubung isu persempadanan maritim antara kedua-dua negara," kata Teuku yang juga jurucakap bagi Kementerian Luar Indonesia.
Ketika ditanya apakah ada sebarang perkara yang diminta oleh Susilo kepada Marty dalam rundingan itu, Teuku berkata tiada sebarang arahan dikeluarkan memandangkan ia dilaksanakan mengikut prosedur.
Katanya, Susilo akan memantau setiap hasil keputusan yang dicapai melalui kesepakatan rundingan persempadanan dengan pihak Malaysia.
Isu mengenai persempadanan maritim kedua-dua negara kembali hangat diperkatakan setelah berlakunya insiden penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan oleh polis Malaysia.
Ia mencetuskan protes segelintir rakyat Indonesia yang bertindak melempar najis ke arah Kedutaan Besar Malaysia.
Jelas Teuku, Susilo berpendapat, penyelesaian segera isu itu merupakan langkah efektif memulihkan kembali hubungan yang terjalin sejak sekian lama.
Bagaimanapun, timbul pertikaian mengenai ucapan Susilo yang menyatakan perlunya bersopan-santun dalam menyelesaikan konflik itu.
Pemerhati Hubungan Antarabangsa Universiti Indonesia, Hikmahanto Juwana, kesopanan adalah perkara wajib dalam sesuatu hubungan antarabangsa namun itu tidak bermakna Indonesia tidak boleh bersikap tegas.
Hikmahanto mengambil Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebagai contoh kerana mampu memerintahkan angkatan tentera ke negara-negara berkonflik tetapi pada masa sama meletakkan diri sebagai seorang yang cintakan kedamaian. - AGENSI

SOP dilonggar jika tahan penguat kuasa Indonesia
KOTA KINABALU 6 Sept. - Malaysia akan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) jika ia membabitkan penahanan penguat kuasa Indonesia di negara ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Katanya, SOP sedia ada akan diperhalusi supaya tidak berlaku tindakan seperti menggari dan memakaikan baju tahanan ke atas pegawai dari republik itu yang ditahan.
Katanya, meskipun kerajaan melonggarkan peraturan itu, tetapi ia tidak bermakna Malaysia bersalah ketika menahan tiga penguat kuasa perikanan Indonesia, 13 Ogos lalu.
"Kita mementingkan hubungan dan menjaga hati kedua-dua pihak," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia, Dr. Marty Natalegawa dan delegasi negara itu di sini hari ini.
Ditanya mengenai jaminan kerajaan Indonesia bahawa insiden membakar Jalur Gemilang dan melempar najis ke kedutaan Malaysia di republik itu tidak berulang, Anifah berkata, beliau yakin kerajaan Indonesia akan melakukan tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab.
Jelasnya, dalam hal ini, Malaysia telah meminta Kementerian Luar Republik Indonesia mewujudkan satu zon keselamatan antara premis Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan ketenteraman harta serta pegawai-pegawai di situ terjamin.
Katanya, SOP sedia ada akan diperhalusi supaya tidak berlaku tindakan seperti menggari dan memakaikan baju tahanan ke atas pegawai dari republik itu yang ditahan.
Katanya, meskipun kerajaan melonggarkan peraturan itu, tetapi ia tidak bermakna Malaysia bersalah ketika menahan tiga penguat kuasa perikanan Indonesia, 13 Ogos lalu.
"Kita mementingkan hubungan dan menjaga hati kedua-dua pihak," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia, Dr. Marty Natalegawa dan delegasi negara itu di sini hari ini.
Ditanya mengenai jaminan kerajaan Indonesia bahawa insiden membakar Jalur Gemilang dan melempar najis ke kedutaan Malaysia di republik itu tidak berulang, Anifah berkata, beliau yakin kerajaan Indonesia akan melakukan tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab.
Jelasnya, dalam hal ini, Malaysia telah meminta Kementerian Luar Republik Indonesia mewujudkan satu zon keselamatan antara premis Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan ketenteraman harta serta pegawai-pegawai di situ terjamin.
Yao Benjamin (L6F/2010)- Posts : 35
Join date : 2010-05-26
Similar topics
» Patutkah ISA dimansuhkan?
» Kuasa besar dunia lindungi Israel
» Noordin Terbunuh
» Pelancong Asia Barat berbelanja besar di Malaysia
» Tenaga pakar teknologi nano cabaran besar Malaysia

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum