Kuasa besar dunia lindungi Israel
Page 1 of 1
Kuasa besar dunia lindungi Israel
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kekejaman Israel tidak akan sampai ke muka pengadilan walaupun negara yang menjadi mangsa mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.
Katanya, selagi kuasa besar dunia melindungi rejim Zionis, sebarang hubungan diplomatik tidak akan memberi apa-apa makna, apatah lagi mengheret regim itu ke muka pengadilan.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia tidak perlu menga dakan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membolehkan sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadap rejim Zionis itu.
“Ia tidak akan berhasil kerana mereka dilindungi kuasa besar dunia, sukar untuk bawa mereka ke muka pengadilan dunia. Itu realitinya, ia tiada kaitan dengan hubungan diplomatik, ” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Mengenai Instrumentasi, Kawalan dan Teknologi Automasi kali ke-10 (ICA 2010) di sini semalam.
Katanya, selagi kuasa dunia Barat tidak diimbangi kuasa Timur, dunia terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk melihat ketidakadilan Israel akhirnya ditangani.
“Saya fikir kita terpaksa menunggu 50 tahun lagi bila kuasa Barat dapat diimbangi dengan Timur. Ketika itu, barangkali kita akan lihat perhatian diberikan terhadap ketidakadilan yang dilakukan Israel, “ katanya.
Ditanya mengenai Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Dr Mahathir yakin kerajaan akan melihat dan menilai keperluan rakyat dan juga kepentingan negara.
“Saya yakin kerajaan akan mementingkan keperluan negara dan perasaan rakyat seperti selalu ditekankan selama ini. Pada saya kerajaan perlu menilai suara kumpulan yang mewakili rakyat seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan inilah yang dilakukan kerajaan sekarang, ” katanya.

YeeYew™ [SonG][U6B]- Posts : 152
Join date : 2009-05-17
Similar topics
» Tentera Israel tawan Rachel Corrie
» Bendera ancam demonstrasi lebih besar
» Pelancong Asia Barat berbelanja besar di Malaysia
» Saintis syorkan jana elektrik dengan kuasa angin
» Selangor tidak sokong bina loji jana kuasa nuklear

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum