PENGAJIAN AM 900 : 2014
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Patutkah ISA dimansuhkan?

5 posters

Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  WeiShi_L6F Sat Sep 27, 2008 10:44 am

Mari kta lihat apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan apa tujuannya?
Itu sebab hari ini, rakyat dan orang ramai kecuali ahli-ahli UMNO merasa bingung dan keliru dengan keadaan yang berlaku. Akta Keselamatan Dalam Negeri satu Akta bagi tujuan melawan anasir anti nasional dan subversif. Tetapi Menteri yang jaga undang-undang yang khabar Firma Peguam punya beratus peguam pun tak tahu apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan apa tujuannya. Bukan kah Akta ISA itu diperbuat di bawah bidang kuasa Perkara 149 Perlembagaan Malaysia. Cuba baca apa kata Perlembagaan Malaysia 1957.

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan”

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.

(2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkai undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

Sila baca perkara di atas dengan teliti dan beri pendapat anda.
WeiShi_L6F
WeiShi_L6F

Posts : 34
Join date : 2008-05-13
Age : 34

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  szejiengoo (U6F) Sun Sep 28, 2008 4:38 pm

Terima kasih kepada Wei Shi kerana memberi maklumat yang terperinci ini. Terlebih dahulu, saya berasa topik ini lebih sesuai diletak di bawah forum umum PA kerana saudari tidak memaparkan teks dari surat khabar.

Berkaitan dengan perkara ini, saya berpendapat bahawa ada sesetengah pihak telah menyalahgunakan kuasa dan akta ini. Fungsi ISA sebenarnya amat baik kerana ia dapat membantu negara apabila keamanan negara tergugat. Contohnya, apabila negara diserang pihak komunis ataupun aktivis-aktivis yang berkelakuan terlampau sehingga akan menimbulkan ketidaktenteraman negara dan perselisihan kaum.
Oleh itu, saya berasa ISA boleh diteruskan jikalau pihak yang berkuasa ke atas ISA dapat menjamin integriti mereka dan menjalankan tugas dengan penuh saksama.
Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia juga tidak berharap kes seperti yang terjadi pada wartawan Teresa Kok akan berlaku lagi.
Tindakan yang kurang wajar ini bukan sahaja telah menyalahgunakan ISA dengan sewenang-wenangnya, malah juga telah mengabaikan hak-hak rakyat untuk bebas bersuara dengan batasan tertentu.

szejiengoo (U6F)

Posts : 32
Join date : 2008-05-13

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  CikguPA Tue Dec 02, 2008 3:57 pm

ISA tak akan dipinda, dihapuskan walau ada ugutan

PUTRAJAYA: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.

"ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam.

“Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M Kayveas yang akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Syed Hamid berkata, kini terdapat 48 tahanan ISA berbanding 75 sebelum ini dan tahanan itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika mendapati mereka benar-benar sudah pulih dan tidak mengancam keselamatan negara.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan delegasi dari Singapura yang diketuai oleh Menteri Undang-undang negara itu, K Shanmugam dan dalam pertemuan itu isu ISA turut menjadi antara agenda perbincangan.

Kedua-dua negara tidak kesal mempunyai ISA sebagai undang-undang pencegahan kerana ia dapat mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Selain itu, isu berhubung kebebasan dan peranan media serta hak asasi manusia turut dibincangkan kedua-dua pemimpin berkenaan. - Bernama
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  OSH1990 Tue Jul 21, 2009 4:28 pm

Jika ISA dimansuhkan Malaysia akan mengalami balik 13may

OSH1990

Posts : 2
Join date : 2009-07-21

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  CikguPA Sun Jul 26, 2009 3:39 pm

Perlukah ISA dimansuhkan?

JAKARTA baru-baru ini sekali lagi digegarkan oleh letupan bom. Kali ini ia meragut sembilan nyawa dan mencederakan 50 orang yang tidak berdosa. Bayangkanlah sekiranya insiden yang sama menimpa negara kita, Malaysia.

Namun Malaysia masih bernasib baik kerana kecekapan pihak keselamatan dan perisikan negara yang proaktif menangani isu-isu keganasan dalam negara kita.

Di sinilah pentingnya ISA yang masih relevan dalam usaha kerajaan mengekang keganasan dari berlaku. ISA bertindak sebagai langkah pencegahan. Jelas terbukti selama ini ISA walaupun dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kejam tetapi tidak dinafikan ia berjasa mengekalkan keamanan negara selama ini.

Bayangkan apabila sebutir bom meletup di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, mengorbankan banyak nyawa, kemudian beberapa pengganas yang disyaki terlibat ditahan pihak berkuasa.

Ia adalah suatu tindakan yang tidak berkesan yang mana akhirnya pihak berkuasa akan disalahkan kerana lembap menangani keganasan dan agensi perisikan akan dipersalahkan kerana gagal mengesan pergerakan pengganas. Inilah senario yang berlaku kepada pihak berkuasa negara-negara malang yang menjadi sasaran pengganas di seluruh dunia.

Sebaliknya pihak berkuasa di Malaysia berjaya menangani isu pengganas dan keganasan dengan begitu berkesan sekali namun tindakan pihak berkuasa langsung tidak mendapat reaksi positif, tidak ada sebarang ucapan terima kasih daripada sekumpulan rakyat yang memang menikmati keamanan tersebut sebaliknya mereka mencemuh kerajaan sebagai kejam dan zalim mempergunakan ISA.

Kumpulan inilah yang bercadang menggerakkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak kerajaan memansuhkan akta yang dilaung-laungkan oleh mereka sebagai tidak berperikemanusiaan iaitu ISA pada 1 Ogos 2009.

Hakikatnya, kumpulan inilah yang sebenarnya kejam, sanggup mengheret rakyat yang tidak bersalah demi memenuhi kepentingan peribadi mereka malah ada pemimpin politik yang cuba menggunakan kesempatan ini untuk menutup masalah peribadi yang sedang dihadapi.

Mereka sanggup membakar semangat dan nafsu amarah rakyat dengan memutar belit kenyataan dengan menghambur pernyataan-pernyataan negatif terhadap ISA biarpun realitinya lebih banyak kebaikan hasil dari pelaksanaan ISA!

Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa demonstrasi jalanan tersebut, pihak kerajaan langsung akan dipersalahkan sebagai bertindak kejam sebaliknya pihak-pihak yang bertanggungjawab mengadakan demonstrasi pula akan dianggap hero.

Selalunya yang akan mendapat kecederaan ialah penyokong-penyokong bawahan yang akan bertindak di bawah sedar sebaliknya “hero-hero” mereka pula selamat kerana akan berada di barisan belakang untuk meniupkan api kemarahan orang ramai!

Dalam sesuatu demonstrasi tidak mustahil akan berlaku sesuatu yang lebih dahsyat seperti letupan bom kerana keadaan politik negara kini berada dalam suasana yang amat tertekan menyaksikan parti pembangkang semakin terdesak untuk meneruskan sandiwara mereka. Kematian ‘mengejut’ saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Teoh Beng Hock mungkinkah satu lagi konspirasi politik pembangkang yang sanggup mengorbankan nyawa?

Kepada seluruh rakyat Malaysia, adakah anda tidak rasa begitu gembira dengan apa yang anda nikmati sekarang? Adakah anda rasa kehidupan anda diselubungi dengan ketidakadilan? Adakah anda rasa disekeliling anda penuh dengan kezaliman? Atau adakah anda rasa sekiranya saban hari jalan raya-jalan raya perlu dipenuhi dengan demonstrasi jalanan barulah wujud keadilan atau Kuala Lumpur sering digegarkan dengan letupan bom barulah wujud keamanan!
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  CikguPA Sun Aug 02, 2009 6:44 am

ISA penting demi keamanan
AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah lama diwujudkan bagi membanteras aktiviti dan anasir subversif oleh pihak komunis dan konco-konco mereka yang pada masa itu dianggap sebagai mengancam keselamatan negara serta ketenteraman awam. Tambahan lagi apabila keadaan negara diisytiharkan darurat mulai 1948 hingga 1960.

Antara ciri-ciri penting dalam akta itu ialah ‘penahanan tanpa bicara’ selama 60 hari oleh pihak berkuasa ke atas seseorang yang disyaki melakukan perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai mengancam keselamatan negara serta ketenteraman awam.

Akibatnya ramai jugalah mereka yang telah ditahan mengikut akta tersebut. Ia termasuklah pemimpin-pemimpin politik, aktivis sosial, pemimpin NGO dan sebagainya.

Oleh kerana cirinya yang sedemikian rupa maka ia sangat tidak digemari oleh beberapa pihak. Malahan akta itu kini dianggap sudah tidak ‘relevan’ lagi dengan persekitaran negara semasa. Ini kerana Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikaitkan dengan rasional pengwujudan akta itu kerana mencetuskan anasir- anasir seperti tersebut sudah tiada lagi.

Namun anasir-anasir lain yang hampir menyerupai aktiviti subversif komunis itu kini kelihatannya semakin menjadi-jadi sehingga sesekali agak menakutkan orang awam mendengarnya atau melihatnya. Perhimpunan haram, pengucapan awam yang memasukkan unsur-unsur menghasut, membangkitkan isu-isu perkauman dan keagamaan secara serius sudah pun kedengaran di sana sini.

Wajarkah dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia ini membiarkan situasi seumpama ini tumbuh, membiak dan mungkin merebak dalam jangka masa tertentu sehingga nanti mengancam keselamatan negara serta ketenteraman awam?

Jawapan yang jujur kepada persoalan ini pastilah tidak.

Bagaimana pun jika ditilik kepada perkembangan semasa yang diambil kesempatan oleh sesetengah pihak dengan cuba mensensitifkan isu-isu politik yang dicampur-baur dengan isu- isu perkauman yang melampau, kewajaran untuk kerajaan pusat sekarang mengekalkan ISA adalah hakikatnya.

Bahkan dengan timbulnya segala tuntutan dan desakan melampau menerusi tunjuk perasaan, perhimpunan haram, penggunaan media tertentu oleh pihak-pihak tertentu bagi mengisi keperluan serta kepentingan mereka waktu mutakhir ini bertambah jelas lagi betapa ia mewajarkan kerajaan mengekalkan ISA dengan sifat-sifat asalnya yang sedia ada.

Ini kerana rakyat biasa yang tidak berdosa, dengan erti kata tiada langsung mempunyai kepentingan politik atau ‘kuasa’ atas tapak politik harus dibiarkan menjadi mangsa kepada sesiapa atau mana-mana golongan yang mempunyai kepentingan peribadi.

Oleh itu, sementara kerajaan masih di dalam kajian untuk menambah baik atau menghapuskan akta itu, sepatutnya juga kerajaan melihat kepentingan sebahagian besar rakyat yang mengharapkan ketenteraman mereka dilindungi menerusi undang-undang yang tegas dan kemas.

Mereka sangat inginkan sebuah negara yang aman sentosa bukan sahaja untuk mereka bahkan untuk generasi mereka yang akan menyusul. Semoga slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan itu benar-benar dirasai rakyat.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  Ping Shien SMKTSPJ Mon Aug 03, 2009 1:06 pm

Hello Pn Leela dan rakan-rakan saya sekalian di SMJK Chong Hwa, KL. Cikgu masih ingat saya? Aku sekarang belajar di SMK Taman S.E.A. di Petaling Jaya.

Okay, mari kita lihat pada isu ISA. Pada pendapat saya, ISA harus dikekalkan tetapi ia tidak seharusnya diyalahgunakan. Cikgu dan rakan-rakan sekalian, tanyaka diri kita, kenapa kita harus takut pada ISA jika kita merupakan rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang negara?

Aku berasa sangat kecewa dan marah semasa membaca berita tentang kekecohan yang berlaku pada Sabtu lepas. Demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang tidak membawa sebarang makna sedangkan kerajaan sedang mengkaji semula ISA. Selama ini, pihak pembangkang sering melakukan kekecohan yang tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat.

Katakanlah ISA telah dimansuhkan, apa yang pihak pembangkang mahu buat? Membuat kekecohan secara besar-besaran sesuka hati mereka? ISA adalah penting di sesebuah negara bagi mengawal tindak-laku masyarakat. Walaubagaimanapun, seperti yang saya telah sebutkan, kerajaan mesti mengkuatkasakan ISA dengan sebaik-baiknya.

Ping Shien SMKTSPJ

Posts : 1
Join date : 2009-08-03
Age : 33
Location : Malaysia

http://pingshien.blogspot.com

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  CikguPA Sat Aug 08, 2009 12:06 pm

UALA LUMPUR 7 Ogos - Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik sebaliknya ia hanya akan dikenakan terhadap mereka yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  CikguPA Sat Aug 08, 2009 1:38 pm

Negara kacau-bilau tanpa ISA

MUAK saya melihat kelibat dua pemimpin pembangkang yang turun semasa perhimpunan haram 1 Ogos lalu. Mereka ternyata merestui perhimpunan tanpa faedah itu.

Apa yang rakyat peroleh? Berapa ramai Melayu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang sehingga majoriti Melayu menjadi bahan untuk memansuhkan ISA.

Apa kepentingannya kepada rakyat? Tidak ada rakyat yang mahu menyusahkan diri, menimbulkan ketegangan dan sanggup ditahan di bawah ISA.

Hanya orang yang berkepentingan peribadi, yang ingin mewujudkan suasana tidak aman sahaja yang akan melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan mereka ditahan di bawah ISA.

Hanya mereka ini sahaja yang mahu ISA dimansuhkan supaya kegiatan mereka tidak boleh dibendung dengan undang-undang apa sekali pun.

Percayalah jika negara huru-hara, generasi akan datang akan menerima akibat dan pihak yang begitu lantang ini akan menerima kutukan kerana perbuatan mereka.

Kalau kita selesa dengan kehidupan sekarang, maka itulah yang sepatutnya kita wariskan untuk anak-anak kita, bukannya sebuah negara yang kacau-bilau.

Nasib Melayu di bumi Melayu ditentukan oleh Melayu sendiri. Melayu sesama Melayu bertelagah kerana kuasa, bangsa lain sibuk menguasai ekonomi, teknologi, IT dan sebagainya.

Percayalah jika perkara yang merugikan ini berterusan, kita akhirnya meminta-minta di tanah air sendiri. Fikirlah, hanya kita yang berguling-guling di jalan raya selepas solat Jumaat. Kita jugalah yang disembur gas pemedih mata selepas saja mengabdikan diri kepada Allah SWT, berpanas, basah kuyup hanya kerana menentang sesuatu akta yang sepatutnya kita pertahankan.

Yakinlah, jika tiada ISA, tuntutan dan isu yang lebih menggugat perpaduan akan timbul, terutama dari golongan yang rakus kepada kuasa.

Pada saya, ia sekadar untuk menutup kesalahan dan kebatilan yang kian ketara, kerana kebenaran akan timbul juga akhirnya.

Fikirkan negara mana anak-anak kita akan meneruskan kehidupan. Fikirkan juga pemimpin dan kerajaan yang bagaimana untuk anak-anak kita terus hidup penuh toleransi dan persefahaman.

Janganlah melatih anak-anak kita menjadi juara maki-hamun jalanan, pejuang yang terjerit-jerit menyeru keruntuhan, sedangkan anak-anak bangsa lain ketawa kerana mereka akhirnya terus hidup penuh kemewahan .

Fikirkan juga betapa ramai anggota keselamatan Melayu yang dimaki-hamun, dicerca dan dilontar batu. Tapi apakah kita lupa, mereka inilah yang menjaga dan memastikan keselamatan agar pemimpin pembangkang yang serba mewah dapat hidup tenang dan aman.

Lupakah kita betapa Ronnie Liu berkata tidak percayakan pihak polis, tetapi beliau lupa kerana adanya polislah beliau dapat berkereta untuk ke mana-mana.

Fikirkanlah betapa kita kejam kepada pihak keselamatan kerana ingkar arahan mereka supaya tidak menyertai perhimpunan tempoh hari.

Melayu jangan mudah lupa dan Melayu juga jangan malas berfikir - jangan menyokong membabi buta.

Insaflah dan fikirkan.


Tanjong Karang,
Selangor">
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Kajian Akta Berkaitan ISA Perlu Bagi Bawa Perubahan Besar

Post  CikguPA Sun Mar 21, 2010 4:45 am

20 Mac, 2010 14:11 PM

Kajian Akta Berkaitan ISA Perlu Bagi Bawa Perubahan Besar - Najib

KUALA LIPIS, 20 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji akta-akta lain yang dilihat berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.

Perdana Menteri berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) telah bawa perkara ini dalam mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat.

"Jemaah menteri fikirkan jika kita pinda Akta Keselamatan Dalam Negeri dan akta-akta lain yang berkaitan keselamatan tidak dipinda, maka akan berlaku keadaan yang janggal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 50 Tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, Hishammuddin berkata pindaan ISA perlu dibentang di Dewan Rakyat bersama enam akta undang-undang pencegahan yang berkaitan dan kajian semula akta itu akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Majlis Peguam.

Hishamuddin berkata akta akta berkenaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang akan dikaji daripada aspek keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah; Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit; Akta Buang Negeri 1959 (Pindaan 1972) berkaitan sama ada undang-undang itu masih relevan.

Selain itu, Akta Kediaman Terhad 1933 berkaitan keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 berkaitan tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.

Hishammuddin berkata akta itu sebenarnya sudah lama dalam penelitian KDN dan Pejabat Peguam Negara dan cadangan sama ada akta berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan sedang diambil kira.

Najib berkata kerajaan serius dalam usaha membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara ini.

"Kerajaan serius membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara kita yang lebih terbuka, kita perlu lihat undang-undang lain juga supaya kita dapat membuat perubahan yang besar dalam menangani keselamatan negara kita.

"Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat," kata Najib.

-- BERNAMA
CikguPA
CikguPA

Posts : 354
Join date : 2008-11-26
Age : 56
Location : bbb

http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Patutkah ISA dimansuhkan? Empty Re: Patutkah ISA dimansuhkan?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum