Pelajar Sekolah Jumpa Bayi Dibuang Tepi Semak
Page 1 of 1
Pelajar Sekolah Jumpa Bayi Dibuang Tepi Semak
KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah tidak menyangka gumpalan kertas surat khabar berlumuran darah yang ditemuinya semalam dalam perjalanan ke sekolah, mengandungi seorang bayi lelaki yang masih hidup.
Mohd Razif Zaid, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas di sini berkata, dia menemui bayi berkenaan dalam kertas surat khabar di tepi semak ketika berjalan ke sekolah bersama seorang rakan pukul 7.20 pagi.
“Saya bersama rakan terkejut apabila ternampak kertas surat khabar itu penuh dengan darah di tepi semak dan apabila mendekati melihat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di situ.

Shue fern (L6A)- Posts : 3
Join date : 2012-06-21
Re: Pelajar Sekolah Jumpa Bayi Dibuang Tepi Semak
Pada pendapat saya,kes-kes pembuangan bayi semakin berlaku disebabkan oleh kurangan pendidikan moral dan agama.Mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak bermoral contohnya hubungan seksual.Perbuatan ini menyebabkan perempuan itu mengandung dan mereka tidak mampu untuk menjaganya.Oleh itu ,mereka terpaksa membuang bayi di tepi semak.Selain itu,punca yang perdana utama adalah kanak-kanak perempuan yang dirogol terpaksa membuang bayi untuk menutup malu dan menjaga maruah keluarga.Kesan-kesannya adalah kadar kematian bayi akan meningkat kerana tidak mendapat jagaan perubatan yang rapi dan sempurna. Bayi yang dibuang akan mengalami masalah mental dan bersikap ekstrem jika tidak diberi tumpuan dan kasih sayang yang secukupnya.Lantaran itu,langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini adalah memberi didikan moral dan agama yang sempurna seawal yang mungkin kepada anak-anak bagi memandu mereka kearah kebaikan.Di samping itu,program-program motivasi dan kempen-kempen kesedaran haruslah dilaksanakan oleh pihak media untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
Shue fern (L6A)- Posts : 3
Join date : 2012-06-21
Similar topics
» Bayi ditemui di tepi tong sampah
» Bayi dibuang diselamatkan
» Bayi comel dibuang
» Kopitiam seluruh negara diragui
» Lagi bayi baru lahir dibuang
» Bayi dibuang diselamatkan
» Bayi comel dibuang
» Kopitiam seluruh negara diragui
» Lagi bayi baru lahir dibuang
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum